Yes, this is Daneen Ahna.
Daneen melihat penampilan barunya di cermin besar. Dia sangat berpuas hati dengan perubahannya ini. Sudah lama dia ingin jadi perempuan dalam erti kata sebenar. Dia akan tunjukkan kepada Anas yang dia lebih bagus dari si ‘sotong’ itu.
Tombol pintu bilik dibuka begitu juga dengan Anas yang berhadapan bilik dengannya. Jantungnya berdebar saat berpandangan mata dengan lelaki itu. Apa perasaan lelaki itu setelah melihat perubahan dirinya ini?
“Kau dah buang tabiat ke Daneen? “ soalan pertama itu memecah gegendang Daneen.
What? Buang tabiat.
Kenapa? Tak lawa ke aku pakai macam ini? Dia berlari masuk ke dalam bilik. Melihat dirinya di cermin sekali lagi. Kenapa Anas pelik pula? Bukannya aku berubah secara drastik pun. Bukannya aku mengenakan solekan tebal seperti perempuan-perempuan di dalam drama tv itu. Aku Cuma memotong rambutku yang panjang ke paras bahu untuk kelihatan muda. Tu yang amoi kedai gunting itu cakap.
“Kenapa kau potong rambut? “Soal Anas di muka pintu. Tangannya disilang ke dada memandang Daneen tajam.
“Biarlah rambut aku bukan rambut kau. “Balas Daneen jelek.
Anas ketawa sinis.
“Not bad, tapi aku lagi suka rambut kau panjang macam Zila. “Komen Anas kemudian berlalu turun ke bawah.
Zila! Zila! Zila!
Daneen merengus kasar. Terbit rasa menyesal apabila dia memotong rambutnya. Kenapa? Aku tak lawa ke potong rambut macam ini. Kenapa aku tak pernah lawa dekat mata kau Anas? Aku kena buat apa lagi untuk jadi lawa?
Daneen duduk di birai katil. Baru dia ingin berubah, Anas sudah mematahkan semangatnya. Apa lagi yang dia ada apabila suaminya mem-bandingkan dirinya dan Zila.
“Ish! Aku bunuh juga Zila ni karang. “ hamun Daneen sambil meragut topinya kasar. Seperti selalu walaupun di dalam rumah dia mengenakan topinya.
Anas yang sedang bersarapan di meja makan didekati. Dia harus bersemuka dengan Anas. Biar lelaki itu tahu dia tidak suka dibandingkan terutama dengan si ‘sotong’ itu.
“Kau pun tak adalah handsome sangat macam Haniff. “Kata Daneen tiba-tiba.
Anas rasa tercekik dengan kata-kata Daneen. Pantas dia meneguk jus oren. Wajah Daneen dicari selepas itu.
“Kau ni kenapa Daneen? Aku tengok dua tiga hari ini kau jadi pelik. Ke kau depressed sebab kena buang kerja? “ ujar Anas.
Daneen memutar bebola matanya ke atas. Aku depressed sebab Zila bukan sebab kena buang kerja. Ops, salah! Dicutikan kerja.
“Aku nampak pelik ke? “
Anas mengangguk laju.
“Kau pelik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kau kenapa, doh? Ada masalah cuba share. Seram kau tahu tak duduk serumah dengan orang pelik ni. “
Daneen memukul kuat meja makan.
“Apa yang pelik pasal aku? Salah ke aku berubah jadi perempuan? Kau juga yang suruh aku jangan pakai chest binder dekat rumah. Sekarang aku tak pakai. Aku berubah jadi perempuan kau kata aku pelik. Kau nak apa sebenarnya Anas. “Luah Daneen geram. Anas terkebil-kebil dengan pengakuan Daneen itu.
Topi di kepalanya dibuang jauh. Panas pula pagi ini. Jelas sekali topik pagi ini yang panas.
“Aku tak minta kau ubah diri kau. Aku Cuma cakap jangan pakai chest binder itu lagi. Aku dah macam tak kenal siapa kau. Tengok penampilan kau pagi ni. Aku tak boleh terima. “
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉