Bab 21

621 21 0
                                    

Maka benarlah firman Tuhan melalui Al-Quran,surah Ali-Imran ayat 185: Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Inilah hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Satu tamparan hinggap di pipi Anas tanpa sempat lelaki itu memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.  Laju jantung Daneen melihat suaminya diperlakukan begitu. Jari jemarinya serta merta membeku tambah-tambah Datuk Abbas Mokhtar memandangnya seperti ingin ditelan hidup-hidup.

Anas diam tidak bersuara.

Seluruh keluarga Anas memandang ke arahnya. Tidak mampu dia mengangkat mukanya ketika ini. Dia takut. Dia malu.

“Abang, sudahlah. Dengarlah dulu penjelasan Anas. “Kata Datin Mona sambil menangis teresak-esak. Bahu Anas dipeluk erat.

“Budak tak guna ini dah tipu kita semua. Rupa-rupanya selama ini dia yang sembunyikan Danny. Apa nak jadi dengan kamu ini Anas...”tangan Datuk Abbas yang ingin memukul Anas ditahan oleh Daneen.

“Datuk semua ini salah Danny bukan Anas. “Mata Daneen bertentang dengan Datuk Abbas. Ya, dia perlu selesaikan semuanya hari ini. Makin lama dia menangguh semua ini semakin sakit hatinya melihat Anas diperlakukan begitu. Walhal lelaki itu banyak berkorban di dalam hidupnya.

Anas menarik tangan Daneen dari menghalang tangan ayahnya. Dia tidak tahu dari mana datangnya keberanian isterinya itu menghalang ayahnya. Malah dia sendiri hanya merelakan tubuhnya dipukul.

“Dannny akan ceritakan semua yang berlaku dekat Datuk tanpa ada satu pekara pun yang tertinggal tapi tolong jangan pukul Anas. “

“Baiklah, cerita dekat aku apa yang berlaku dekat kamu berdua.”

Daneen memandang Anas meminta izin.  Anas menggeleng kepala cuba menghalang. “Jangan Daneen... “Pinta Anas perlahan.

“Daneen Ahna!  Cerita dekat aku apa yang terjadi sewaktu kamu bercuti dengan Anas di Pulau Langkawi?”

Daneen memberanikan diri berdiri memandang ayah mertuanya yang duduk di sofa. “Kami berdua kena tangkap basah sewaktu di sana. “ujar Daneen perlahan. Datuk Abbas yang ingin menampar wajah Daneen dihalang oleh Anas. “Kurang ajar!  Aku tak pernah sangka kamu sanggup goda anak lelaki aku Danny! “

“Walid! “Tempik Anas kuat. Tidak sangka ayahnya sanggup menuduh isterinya begitu.

“Datuk, percayalah Danny tak pernah goda Anas. Kami berkawan baik dari kecil. Datuk sendiri tahu soal itu, kan? “terketar-ketar Daneen membidas kata-kata Datuk Abbas.

Datuk Abbas diam. Mengiyakan sendiri di dalam hati soal itu.

“Sebenarnya malam sebelum kami ditangkap berkhalwat ada sesuatu yang terjadi pada Danny. Arwah ayah ada berhutang dengan along. Jadi,  mereka tak dapat jumpa ayah, dia cari Danny dekat Langkawi. And, malam itu Anas cuba selamatkan Danny tapi orang kampung salah sangka. Dan berita Danny meninggal sebab terjatuh dalam gaung itu rekaan Danny untuk lari dari lelaki-lelaki yang kejar Danny malam itu. Danny buntu tak tahu hendak lari mana lagi.” Air mata Daneen mengalir lebat menceritakan hal yang terjadi lapan bulan lepas. Peristiwa yang merubah terus hidupnya sekarang.

Datin Mona memeluk erat tubuh Daneen cuba menenangkan gadis itu.  Dari kecil dia mengenali Daneen. Tidak pernah dia tahu hidup gadis itu sesusah begini. “Sabar Danny. Umi ada sekarang dengan Danny.” Belakang badan Daneen digosok perlahan.

“Habis, mana bapak kamu sekarang” soal Datuk Abbas Mokhtar sinis.

“Dia dah meninggal dunia dua bulan lepas.”

“Macam mana...... “ayat Datuk Abbas tergantung apabila Daneen memotong laju.

“Kena bunuh dengan along sebab tak mampu nak bayar balik hutang-hutang dia.”sambung Daneen.

Anas memejam matanya rapat. Dia dapat merasai getaran nada isterinya saat menceritakan detik ayahnya dibunuh oleh along. Dia tidak pernah tahu soal itu selama ini. Baru hari ini Daneen berterus terang.

“Keluarga kami banyak hutang Datuk.  Dari arwah ibu hidup sampai sekarang arwah ayah pun dah meninggal, hutang itu masih belum langsai. Danny tak tahu nak buat apa lagi sekarang ini. Kalau tak ada Anas yang tolong Danny masa itu mungkin Danny betul-betul akan mati.”Daneen menangis teresak-esak di kaki ayah mertuanya.

“Datuk, Danny minta maaf sebab libatkan Anas dalam masalah ini. Danny janji lepas semua ini selesai Danny akan betulkan semua ini. Danny akan pergi jauh dari Anas. “

Membuntang mata Anas mendengar janji isterinya kepada ayahnya.

“Daneen Ahna!  Kau sedar tak apa yang kau cakap ini?  Kau sedar ke tidak? “Hamun Anas geram. Dia bukan barang taruhan Daneen kepada ayahnya. Apabila tidak mahu digunakan boleh digadaikan semula.

Aira mengenggam erat tangan kakak sulungnya. Dia juga turut menangis melihat ayahnya yang berhati dingin itu. Sanggup memisahkan abang kandungnya dari isterinya demi kepentingan dirinya sendiri.

Wafia juga turut mengalirkan air mata saat mendapat tahu ayah Daneen dibunuh dengan kejam. Pekara itu benar-benar menyentuh tangkai hatinya.

“Baiklah. Selesaikan semua ini. Aku tak nak anak aku terlibat dalam masalah keluarga kau. “

“Abang! “Kata Datin Mona.

“Walid! “Kata Anas lantang sehingga serak suaranya. Air matanya juga mengalir lebat seperti Daneen.

Daneen mengangguk lemah kepada ayah mertuanya. Ini jalan yang sebaiknya.  Dia sudah tidak larat lagi hidup begini. Anas terseksa begitu juga dirinya.

“Mari kita balik. “Datuk Abbas meluru keluar tanpa pamit. Datin Mona yang masih memeluk tubuh Daneen terpaksa pulang mengikut suaminya.

“Jaga Danny baik-baik Anas. “ bisik Datin Mona saat memeluk tubuh anak lelakinya itu.

Semuanya sudah pulang. Yang tinggal hanya Daneen dan Anas di dalam rumah itu. Anas memandang Daneen.Dia benar-benar kecewa dengan isterinya itu. Bersusah-payah selama ini dia cuba melindungi Daneen akhirnya Daneen sendiri menikamnya dari belakang.

“Buatlah apa yang kau suka Daneen.  Kau nak sangat berpisah dari aku, kan? “Anas terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya ditutup kuat menunjukkan rasa remuk hatinya.

Daneen mendongak ke atas melihat pintu bilik yang tertutup rapat itu. “Anas, maafkan aku. “



SOFIA melihat telefon bimbitnya yang tidak henti-henti berbunyi sejak dua puluh minit yang lepas. Nombor yang tertera juga dia sudah hafal. Gerak hatinya mengatakan itu adalah Izz. Mungkin dia menggunakan nombor lain untuk memperdayakan dirinya untuk menjawab panggilan itu.

Sofia mengigit kukunya. Menanti lagi akan panggilan yang sudah terhenti tadi. Seminit berlalu. Dua minit berlalu. Sepuluh minit berlalu. Sofia mendengus kasar. Tak adalah pulak!  Hish!

+Kenapa tak agkat call? Saya Rayyan.

Sofia terbatuk kecil membaca pesanan ringkas itu. Rayyan?  Tunangnya?  Bila masa aku bagi nombor telefon aku dekat dia? Jumpa pun tak pernah.  Mesti mak atau abah yang bagi.

-Nak apa call?

Sofia balas. Sinis ayatnya itu. Biar lelaki itu tahu yang dia tidak pernah sukakan akan pertunangan ini.

+Saja. Tak prnah dgr suara tunang.

Ceit!  Nak dengar suara aku konon.  Cakap ajalah selama ini kau perhatikan aku dari jauh macam drama petang-petang itu. Konon nak dengar suaralah apalah. Buang masa ini semua!  Kata Sofia sendiri sambil mengayakan memek mukanya.

Nada dering Bruno Mars itu kedengaran lagi. Sah!  Lelaki itu.

“Hello. “Jawab Sofia sebelum lelaki itu berkata. Aik?  Tak jawab pula. Tadi bukan main nak dengar suara aku yang lemak merdu ini. Dah dengar pengsan pulak?  Main-mainlah dia ini.

“Eh, hello orang disana. Saya tak ada masa nak layan awak tau.Dah dengar suara saya, kan?  Lepas ini bolehlah tidur nyenyak. “kata Sofia lagi.

Hairan!  Dia telefon aku ke aku telefon dia?  Aku saja yang bercakap ni. Sofia memandang telefon bimbitnya. Masih di dalam talian. Tetapi kenapa lelaki itu mendiamkan dirinya.

“So, inilah suara tunang saya?  Kepoh juga awak ni, kan? “Lelaki itu akhirnya bersuara.

Hampir terlepas telefon di tangan. Sofia mendengar suara lelaki itu. Tidaklah terlalu garau dibandingkan dengan Izz.  Eh,apa hal aku bandingkan dia dengan Izz pulak ni! Sofia berdehem kecil. Cuba menenangkan dirinya.

“Dah dengar,kan? Oklah saya nak sambung tidur.”

“Eh, tunggu sekejap.”potong Rayyan.

Sofia melekapkan semula telefon bimbitnya di telinga. Hatinya tiba-tiba berdebar pula. Kencang pula tu. Haip hati. Jangan nak mengatal hokay!!  Sofia mengingatkan dirinya.

“Zara, awak tak kenal saya ke? “

Zara? Dia panggil aku Zara. Sebelum ini tak pernah ada orang panggil aku dengan panggilan nama depan. Yalah nama kau juga Fiya. Bukan salah pun dia sebut. Eh,hati ni. Yang pergi bela dia kenapa! 

“Kenapa diam?  Salah ke saya panggil awak Zara? “

“Tak!  Tak salah Cuma macam pelik tiba-tiba orang panggil saya Zara.”

“Jadi lepas ini awak kena biasakanlah sebab saya akan terus panggil awak Zara. “

Sofia diam.Tidak mengiyakan kata-kata tunangnya itu. Baginya sama saja.  Bukan ke lebih senang dengan Sofia. Tidaklah dia keliru.

“Hujung minggu ni kita jumpa. Saya tunggu awak dekat butik pengantin. “

Eh! Mengarah-arah pula dia ni. Tanya-lah orang dulu ada hal lain ke tidak.

“Saya tak free. “Jawab Sofia pendek.

Terdengar rengusan lelaki itu. Marahlah tu orang tak nak jumpa.

“Suka hati. Kalau awak nak nanti nikah dan bersanding pakai kain batik aja tak payahlah datang.”Rayyan terus mematikan talian begitu saja.

Sofia mencemik.

Aduh! 

“Suka hati aja nak mengarah orang itu ini. Kalau dah tahu nak pergi fitting baju hujung minggu ini kenapa tak bagitahu awal-awal. “Omel Sofia terus menutup lampu mejanya. Tidur lebih bagus.



SEPERTI yang dijanjikan hujung minggu itu Sofia ke butik yang dimaklumkan oleh Rayyan. Maira terpegun melihat butik pengantin yang mewah itu.  “Weh,  kita tak salah butik ke ni? “ tanya Maira kepada Sofia yang terpacak di hadapan butik itu.

Sofia memandang Maira.

“Jomlah balik Maira. Nanti-nanti ajalah fitting baju ni. “Sofia menarik tangan Maira untuk pergi.

“Nanti itu bila?  Sebulan lagi kau nak kahwin tau. Bukan setahun lagi. Sepatutnya sekarang ini semuanya dah siap. Dah, jomlah masuk. “

Sofia diheret oleh Maira masuk ke dalam butik pengantin itu. Gaun pengantin dan sut lelaki yang tergantung begitu eksklusif. Mata Maira pula yang rambang melihat gaun-gaun pengantin itu. Tapi, apakan daya dia sudah pun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hadiff Fitri.  Hari ini sengaja dia tidak membawa anaknya itu bersama. Sesekali tinggal dengan suami apa salahnya.

“Ya puan selamat datang. Boleh saya bantu. Puan nak cari rekaan yang macam mana? “ tanya seorang pekerja butik itu.

“Erm, saya datang sini nak fitting baju pengantin saya. “ jawab Sofia.

“Ok, nama puan? “

“Saya tak pernah datang ke sini.  Tapi,  bakal suami saya yang suruh datang fitting baju. Nama dia Rayyan. “

Pekerja butik itu tersenyum. “Tengku Rayyan ke? “

Sofia memandang Maira. Tengku?  Anak Tengku ke bakal suami aku ni?  Takkanlah anak Tengku duduk sekampung dengan aku. Mustahillah.  Ini mesti orang lain.

“Kalau Rayyan saja ada tak?  Sebab saya tak surelah nama bakal suami saya tu ada Tengku ke tidak dekat depan. “

Maira memukul perlahan lengan Sofia.  “Woi, apa ni nak kahwin tak tahu nama penuh suami. “

Pekerja butik itu ketawa kecil.

“Sekejap, saya perika dulu tempahan Tengku Rayyan untuk pasangan dia.  Kalau tak sama dengan nama puan saya cari yang lain. “

Sofia dan Maira mengangguk kemudian melabuhkan punggung di ruangan menunggu.

Mata Sofia mencari seseorang di dalam butik ini. Katanya Rayyan ingin bertemu dengannya di sini tetapi batang hidungnya tidak kelihatan.

“Kau dah pernah jumpa ke si Rayyan tu? “Soal Maira.

Sofia menggeleng. “Jangankan jumpa ,muka dia pun aku tak tahu macam mana rupa. Hari ini baru nak jumpa. “

“Ya Allah Fiya. Kau boleh  nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal.  Tengok sekarang nama dia pun kau tak tahu. “

“Family aku yang aturkan Maira. Aku terpaksalah terima. Aku harap dia lebih baik dari Izz. “

Maira berhenti menyelak helaian majalah di tangannya. “Izz?  Kenapa dengan Izz?  Dia jahat ke? “

Sofia memandang Maira.

“Lah, kau tak tahu ke dia manusia yang jahat dekat muka bumi ni. “Sinis jawapan Sofia.

“Maksud kau? “ tanya Maira masih tidak mengerti.

“Dia dah tunang juga Maira. Sebelum aku tunang dengan Rayyan dia dah bertunang dulu. Tapi, dalam masa yang sama dia berkawan dengan aku. Sebab itulah aku kata dia manusia paling jahat. “

Maira menggelengkan kepala. Tidak sangka perangai Izz begitu. Nampak saja luaran alim soal agama.

“Fiya?  Maira? “ tiba-tiba ada suara garau menegur mereka.

Maira dan Sofia menoleh ke belakang.  Serta-merta membeku wajah Sofia apabila matanya bertentang dengan Izz. Wajah lelaki yang dia rindui tetapi dalam masa yang sama dia benci apabila teringatkan lelaki itu adalah tunang perempuan lain.

Manalah si Rayan ni. Boleh aku kenalkan dekat Izz yang aku ni pun ada tunang. Bukan dia seorang. Huh!

“Izz?  Buat apa dekat sini? “Soalan bodoh Maira itu buatkan Izz mengangkat keningnya. Di butik pengantin mestilah membeli baju pengantin.

“Izz datang fitting baju. Sebulan lagi, kan takut tak sempat. “balas Izz.  Matanya memandang Fiya lagi. Tidak boleh dia alihkan pandangannya pada sesiapa kecuali pada gadis itu.

“Fiya datang fitting baju juga ke?  Mana tunang Fiya? “

Ceit,perli aku ke?

+ Sorry lupa inform you, I ada hal penting. Kita jumpa next time.

Sofia membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Rayyan itu. Hal penting?  Aku ni tak penting ke untuk dia?  Habis sekarang aku kena mengadap Izz ini seorang. Bisik Sofia. Dia memandang Izz yang menunggu jawapannya.

“Tunang saya....”

“Zara ke?  Oh, inilah tunang Tengku Rayyan. Manis orangnya. “ sapa seorang perempuan berumur. Pantas Sofia menyalami tangan yang dihulurkan kepadanya. Begitu juga Maira.

“Ya saya. Ni... “

“Panggil aja Aunty Mel. Eh, Izz pun ada?  Cik tunangnya.... “Aunty Mel memandang Sofia. “Dia tunggu kamu dekat bilik fitting. Pekerja aunty ada dekat sana. Pergilah tengok dia. “

Sofia mengemam bibirnya. Keadaan begitu canggung ketika itu. Izz terus beredar meninggalkan semua di situ.  Sofia tersenyum sedikit. Kau dah tak ada makna untuk dia, Fiya. Lupakan dia.

“Zara dah tengok ke baju pengantin?”

“Panggil Fiya aja aunty. “Kata Sofia tidak biasa orang memanggilnya dengan panggilan Zara.

“Oh Rayyan seorang ajalah ni yang boleh panggil kamu Zara. Iyalah aunty panggil Fiya. Tunggu sekejap, ya. Aunty bawakan baju kebaya kamu. Rayyan yang pilih sendiri tau. “

Maira memegang tangan Sofia. Dia pula yang teruja ingin melihat baju pengantin kawan baiknya ini.

Kebaya songket sudah pun tersarung di tubuh Sofia. Dia sukakan baju bersandingnya ini. Dalam diam dia memuji bakal suaminya yang pandai memilih warna dan fesyen untuk dirinya yang bertudung ini. Kebaya berwarna kuning air kelihatan cantik di tubuh Sofia yang tinggi lampai itu.

“Fiya, lawanya kebaya kau. “Puji Maira ikhlas. Dia mengambil beberapa keping gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya nanti. Dia yakin suaminya pun akan mengatakan kebaya ini cantik buat Sofia.

“Ok ke weh?  Tak terang sangat warna dia? “Sofia menilik bajunya di cermin.

“Cantik Fiya pakai kebaya ni.”puji Izz dari belakang. Fiya memandang Izz melalui cermin besar di depannya.  “Aunty mel, Izz rasa bahu baju tu kena tarik sedikit. Nampak terletak sikit. “ komen Izz.

“Itulah aunty pun perasan. “Aunty Mel menarik sikit bahu baju kebaya yang dipakai Sofia kemudian diletak peniti. Nanti mudah dia beritahu pereka bajunya.

“Izz kau pun pakai songket warna kuning? “Tegur Maira apabila melihat di tangan Izz ada kain songket berwarna kuning air. Sama warnanya seperti Sofia.

Sama?  Dasar tiru aku!  Sibuklah!!  Jerit Sofia tidak berpuas hati.

“Tunang aku suka warna kuning. Aku ikutkan aja. Kebetulan pula sama. “ Izz ketawa kecil begitu juga Maira.

“Banyak betul kebetulan kamu berdua ini. Izz pun bersanding tarikh sama dengan Fiya. “Beritahu aunty Mel tanpa ditanya.

Sofia hanya diam saja tidak menyampuk. Karang,nampak sangat aku terhegeh-hegeh.Sepanjang dia mencuba baju-baju persalinannya dia langsung tidak bersuara.Tidak tahu kenapa Izz juga perlu mencuba baju sama dengan dirinya hari ini.

“Terima kasih aunty Mel layan Fiya yang cerewet ni.”kata Sofia sebelum pulang.

“Tak adalah Fiya.Bakal suami kamu itu lagi cerewet.Penat aunty nak melayan. Yalah, kahwin ni sekali seumur hidup. Mestilah nak serba-serbi sempurna.”

Sofia mengangguk mengiyakan. Dia dan Maira melanglah pulang dengan hati senang.Baju sudah settle. Tinggal barang-barang hantaran.











Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now