Raya Edition:Part 2

605 19 2
                                    

Daneen menjeling Melisa melewati cermin besar di hadapannya. Baju yang berada di pegangannya sudah tidak menarik perhatian lagi apabila melihat Melisa sibuk memilihkan baju untuk suaminya.

Sabar Daneen.

"Ibu, ibu Alisya nak baju warna ni boleh? " kata Alisya sambil menunjukkan baju kurung berwarna hijau itu.

"No!  Tak boleh! "Kata Daneen tegas pada anak perempuannya. Mana tidak sakit hatinya apabila anak daranya memilih warna yang sama tema dengan Melisa. Gila kau!  Laki aku kau nak rembat takkan dengan anak aku sekali kau nak heret. Cool down Daneen. Jangan jadi Danny! 

Daneen menarik nafas dalam.

"Abang, sini kejap. Zip baju ni tersangkutlah."panggil Daneen sengaja mahu menjarakkan suaminya dan Melisa.

Anas tidak dengar.

Sabar Daneen. Istigfar!

"Abang... "Panggil Daneen lagi kali ini lebih lembut suaranya.

Anas masih sibuk melayan Melisa yang memilih baju kebaya itu.

"Baik, sabar aku pun dah hilang. Alisya jom kita balik!!! " tangan Alisya diragut kasar sebelum keluar dari kedai itu tanpa memberitahu Anas.

Teksi yang kebetulan berada di depan kedai itu segera dimasuk. Sakit benar hatinya dengan Anas. Sudahlah Melisa sibuk ingin mengikut mereka mencari baju raya sekarang dia pula yang dipinggirkan.

Alisya yang terkulat-kulat di sebelah di cium.

"Ibu kenapa tak tunggu papa?" Soal Alisya petah.

"Papa sibuk sayang. "

"Sibuk dengan aunty Mel?" Pandai Alisya meneka.

Daneen sekadar membiarkan soalan anaknya berlalu tanpa menjawab. Dia memandang ke luar tidak mahu menangis di hadapan anaknya. Kalau tidak raya tahun ini pun dia tidak kisah. Tapi, kasihan pada anaknya. Tergamak kau Anas.

Tiba di rumah, terus dia masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan semua orang yang memanggilnya di pangkin. Air matanya sudah tidak tertahan lagi.

"Alisya, mai sat. "Panggil Mak Tok Maznah.

Alisya pergi ke arah pangkin seperti yang disuruh. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas riba Aira.

"Nah, aku bagi hang. "Mak tok menghulurkan bahulu panas itu kepada Alisya sekadar umpan. Alisya mengambil kuih bahulu itu kemudian perlahan-lahan disuap ke dalam mulut.

"Awat ibu hang balik nangis lagu tu?  Mana pak hang? "

Alisya memandang Aira.

"Mana papa Aira? " tanya Datin Mona pula yang sedang memukul telur itu.

Bahulu tradisional yang wajib dibuat setiap tahun itu sudah menjadi tradisi keluarga mereka. Mak Tok Maznah tidak suka bahulu yang dibuat menggunakan oven. Katanya rasanya kurang sedap berbanding dibakar menggunakan sabut kelapa.

"Papa dengan aunty Mel. Tinggalkan ibu dengan Alisya. "

Semua terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Alisya. Masing-masing memandang sesama sendiri. Wafia yang baru turun ke pangkin turut sama terkejut mendengar kata-kata Alisya.

"Sungguh ka ni Alisya? "

"Sungguh tok. Papa sibuk carikan aunty Mel baju. Alisya nak baju hijau tapi ibu tak kasi. Ibu ajak Alisya balik. Dalam teksi tadi ibu menangis Alisya tahu. " cerita Alisya lagi.

Mak Tok Maznah mengurut dadanya sambil beristigfar panjang.

"Hang tepon anak hang Mona. Pantang betoi aku dengar cerita lagu ni. Awatlah Anas sibuk sangat dengan Melisa tu sampai anak bini terabai. Ish, geram sungguhlah aku. Kalau aku jumpa Anas sat lagi aku putaq kepala dia humban dalam sungai. "

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now