Bab 45

651 17 2
                                    

Zimir menendang pintu kayu usang itu dengan kuat. Mencuba melampiaskan rasa geram di dalam hatinya. Wajah orang-orangnya yang terpinga-pinga dipandang bengis.

“Siapa yang aku hantar cari anak Zamani dulu? “ soal Zimir serius.

Tiada siapa yang ingin mengaku. Masing-masing memandang sesama sendiri. Wajah mereka terus  menunduk langsung tidak ingin memandang wajah Zimir yang menyinga itu.

“Aku tanya siapa yang aku hantar pergi Langkawi dulu? “ lantang suara Zimir berkata sehingga ternaik bahu anak-anak buahnya.

Seorang lelaki yang bertubuh gempal menapak ke hadapan. Dengan bangles lipan yang tebal melingkari leher dan pergelangan tangan memperlihatkan dia seperti seorang yang gagah. Sekali pandang orang sudah tahu yang dia seorang ahli kongsi gelap.

“Saya bos. “

“Kau? “Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. “Mana anak perempuan Zamani?  Aku nak tengok mayat dia depan aku sekarang. “

Lelaki itu terdiam. Lebih kepada terkejut sebenarnya apabila tiba-tiba bosnya mengutarakan soal anak Zamani yang telah lama tiada. Serasanya anak perempuan Zamani pergi dahulu barulah Zamani.

“Dia kan dah lama tak ada bos. “

“Kau cari dia pakai mata ke pakai lutut?”

Lelaki itu mengerutkan dahinya.Tidak mengerti apa maksud Zimir itu. Dia memang sudah pasti yang Danny sudah mati terjatuh gaung dua tahun lepas.  Kalau tidak masakan pula dia berani memberitahu Zimir akan hal itu.

Laporan polis juga sudah memastikan yang Danny tidak dijumpai sewaktu proses pencarian dulu. Zimir mahu bukti apa lagi?  Bentak lelaki bertubuh gempal itu di dalam hati.

“Aku jumpa Danny! “kata Zimir selepas itu.

Semua terus berdiri tegak seakan tidak percaya apa yang dikatakan Zimir. Mustahil dua tahun lepas mereka sudah memastikan Danny mati masakan pula dia masih hidup sekarang. Ada di antara mereka ragu-ragu dengan kata-kata Zimir.  Ada pula yang mengatakan Zimir sudah gila.

“Dia Danny. Isteri Waiz Anas sepupu aku.Yang kau orang kejar malam itu sepupu aku bodoh. Kalau apa-apa terjadi dekat dia malam itu aku bunuh kau orang. “

Semua mengaru kepala.

“Anas? Dia memang ada di Langkawi waktu kami sampai di sana.  Dan memang anak Zamani kawan dengan dia dah lama. Aku siasat memang dia orang berkawan dari kecil. “ beritahu salah seorang dari mereka.

Mata Zimir terbuka luas. Tidak menyangka akan hal itu. Anas dan Daneen dari golongan yang berbeza bagaimana mereka bertemu?  Malah tempat tinggal mereka juga jauh.  Musykil Zimir.

“Aku nak kau perhatikan Danny.  Jangan buat apa-apa sampai aku suruh. “

“Baik bos. “Jawab mereka semua.



DANEEN memegang perutnya. Tiba-tiba dia terasa kejung dan sakit di bahagian pinggang. Lantas dia bersandar di kerusi. Kusyen kecil diambil lalu diletakkan di belakang badannya. Ah, selesa berbuat begitu.

Kandungannya sudah masuk 18 minggu.  Pejam celik pejam celik terasa sekejap benar masa berlalu.  Dan begitu jugalah hidupnya dan Anas.  Masih juga sama tiada tanda-tanda lelaki itu ingin memaafkannya.

Tiap hari dia berdoa kepada Allah agar melembutkan hatinya. Dia bimbang bila Anas tidak memaafkannya. Terasa langkahnya berat saja tanpa keredhaan suami. Puas dia memujuk tetapi tetap dia tidak dapat meruntuhkan ego suaminya itu.

“Sakit pinggang? “ soal Haniff dengan kertas kerja di tangan.

“A’aah biasalah asyik duduk saja.” Kata Daneen sambil mengurut bahunya.

“Kalau kau penat pergilah baring dekat sofa tu. Gambar-gambar ni nanti aku siapkan then hantar dekat Madam. “

Daneen mengelengkan kepalanya. Dia sudah banyak terhutang budi dengan Haniff. Sepanjang dia terkena alahan dulu Haniff yang banyak menggantikannya. Sekarang dia terasa sihat sedikit bolehlah dia teruskan kerja-kerja lamanya.

Lagipula dia sudah tidak terlibat dengan photo shoot lagi. Semuanya dikendalikan oleh Haniff. Sukalah model-model di studio kerana Haniff yang mengambil gambar-gambar mereka semua.Kalau kena dengannya semua pasti merunggut. Sungguh dia rindukan suasana di studio.

“Kau dengan Aisyah macam mana? “ tanya Daneen tiba-tiba.

Haniff berhenti menaip. Dia mengangkat mukanya memandang Daneen. “She’s doing fine. Still dengan Nik. “

“Bunyi macam kecewa saja? “ ejek Daneen lalu ketawa kecil memandang wajah Haniff yang masam mencuka itu.

“Adalah kecewa sikit. Tapi itu dululah.  Sekarang aku profesional. Masa kerja aku kerja. “

Daneen mencemik.

Aku dah kenal kau lamalah Haniff.  Mengaku ajalah yang kau menangis tergolek-golek apabila Aisyah lebih memilih Nik daripada kau. Bisik hati Daneen.

“Zila kan ada?  Aku dengar dia ada hati dekat kau? “Kata Daneen. Bukan setakat dengar lagi hari-hari Zila berjumpa dengannya mengadu dombanya. Dia bilang yang Haniff tidak melayannya. Kerek eh kau Haniff. Kutuk Daneen di dalam hati.

“Zila? “Haniff ketawa kecil. “Aku dah anggap dia macam kawan-kawan saja.  Tak lebih dari itu. Lagipun dia dengan aku manalah setaraf. Dia CEO aku ni photo grafer saja. “ Haniff mulai merendah diri.

Daneen membuat muka kemudian mengetuk dahi Haniff menggunakan pen. “Tak setaraf apa lagi kalau bawa kau BMW sama macam dia. Inilah anak orang kaya tak bersyukur. “ bebel Daneen. Hah, dah mulalah aku ni nak bagi syarahan.

“Kita bawa BMW je orang tu hari ini bawa Audi. Lagi kaya. “

Daneen menjeling Haniff tajam. “Kalau aku kerja sini sepuluh tahun pun belum tentu merasa bawa Audi.  Nasib Anas bagi aku pinjam kereta dia. “

“Dia dah okay? “

Daneen menggeleng kepala. Macam yang dia katakan tadi yang dia sudah tidak nampak hala tuju hubungan mereka ini kemana. Dia tidak ingin terus berserah. Dia tidak mahu kehilangan Anas. Kalau boleh selamanya dia ingin Anas di sisinya.  Dia memang tamak dan jika terpaksa berebut Anas dengan orang lain pun dia sanggup termasuk Melisa!!!

“Macam tu jugalah. Tetap dengan ego dia. Hah, weh!!! “Daneen teringatkan sesuatu.

“Apa?  Apa? “Haniff juga kelam kabut apabila tiba-tiba Daneen menjerit begitu.

“Kau tahu dia upah pembantu rumah muka macam pembunuh bersiri. Seram aku nak duduk rumah tu? “

“Ish kau ni.Tak baik cakap macam itu. “

“Kalau tak percaya kau datang rumah aku. Aku rasa malam ini selagi Anas tak balik aku takkan masuk rumah kot. “

Haniff ketawa terbahak-bahak. Aduh,  kelakarlah kau ni Daneen. Habis kalau Anas tak balik rumah kau tidur dalam kereta ke? Bisik Haniff di dalam hati.

“Kau janganlah gelak. Aku cakap benda yang betul tahu tak. Sekarang dah lah aku cepat terkejut. Sikit-sikit terkejut.  Esok lusa aku terkejut pula tengok muka kau tu. “

Haniff menjeling Daneen.

“Biar nanti anak kau keluar terkenan muka aku. “

“Tak apalah. Dapat muka macam arab-arab sikit macam kau pun jadilah. “ giliran Daneen pula mentertawakan Haniff.




DANEEN memandu kereta milik Anas ke dalam perkarangan rumah. Setelah dia memastikan enjin kereta semua sudah dimatikan dia menjenguk ke luar.  Anas belum pulang?  Aduh,  macam mana ini?

Dia memandang ke dalam rumah. Lampu yang masih bernyala itu buatkan dia yakin yang Mak Munah masih belum tidur. Dia menghembuskan nafas berat. Sudahlah pinggangnya sakit hendak masuk ke dalam rumah pula takut. Nampak gayanya tidur dalam keretalah malam ini. Kata Daneen di dalam hati.

Kerusi tempatnya duduk di belakang-kan sedikit supaya dia dapat bersandar dengan selesa sementara menunggu Anas pulang. Hatinya tiba-tiba berdebar. Sabar Daneen. Sabar.  Daneen mengurut dadanya supaya bertenang. Risau kalau Mak Munah keluar dari rumah.

“Mana pula phone aku ni? “Daneen mencari-cari telefon bimbitnya.

Lah, dekat sini rupanya. Bila masanya kau jatuh dekat bawah. Ini mesti bila aku brek mengejut tadi. Nasiblah tak ada apa-apa kalau tidak......

“Anas!!! “Jerit Daneen kuat tatkala melihat wajah Mak Munah yang memakai telekung sedang menjenguk-jenguk ke dalam keretanya. Seraya itu dia tidak sedarkan diri.

Pagi itu Anas mengatur langkah ke bilik isterinya. Dia diberitahu oleh Mak Munah yang isterinya pengsan saat dia ingin mengajak Daneen masuk ke dalam rumah.

Anas yang baru pulang dari tempat kerja itu mengetuk pintu bilik isterinya. Perlahan tetapi bergema bunyi ketukan itu.

Tiada sahutan!

Tidak menunggu lama Anas terus menerjah ke dalam bilik isterinya itu.  Dia melihat Daneen yang sedang tidur dengan nyenyak dengan bantal yang penuh di atas katil. Seperti selalu isterinya itu masih lasak tidurnya sehingga bantal-bantal terjatuh ke depan kamar mandi.

“Daneen!  Woi, Daneen! “Anas menggerakkan kaki isterinya.

Daneen tiba-tiba terjaga. Saat matanya memandang Anas yang sedang merenungnya dia bingkas bangun memeluk suaminya itu. Air matanya bagai disuruh-suruh menangis pagi itu. Melimpah-limpah yang keluar sehingga basah kemeja yang dipakai Anas.

“Abang jangan tinggalkan Daneen. Jangan tinggalkan Daneen. “ pinggang Anas yang dipeluk Daneen ditarik rapat sehingga Anas tidak dapat mengimbangi tubuhnya sendiri.

“Daneen behave!!! “Jerit Anas sebelum menahan tubuhnya dari menghempap tubuh Daneen yang sedang mengandung itu.

Mata Anas dan Daneen saling merenung. Air mata yang masih bersisa itu diseka oleh Anas. Tiba-tiba pagi itu dia jatuh kasihan pada isterinya. Semalaman dia tidak pulang pagi ini dia terus tergesa-gesa hendak bertemu Daneen kerana khuatir dengan apa yang dikatakan oleh Mak Munah.

Daneen menolak tubuh Anas yang berada di atasnya. Barulah dia tersedar sepenuhnya sekarang. Apa yang Anas lakukan di biliknya?

“Kenapa kau ada dalam bilik aku? “ soal Daneen.

“Kau pula kenapa pengsan malam tadi?”Anas menyoal balik.

Oh, pasal itu. Daneen cuba mengingati semula kejadian malam tadi. Dia kemudian memegang dadanya. Mujur kembali normal. Haih, ini semua Mak Munah punya pasal.

“Oh malam tadi... Aku penat sangat kut. “Bohong Daneen.

“Yeke? “Anas melabuhkan punggungnya di birai katil sambil melipat lengan baju kemejanya ke siku. “Bukan sebab kau terperanjat tengok Mak Munah. “

Ya Allah terharunya aku bila Anas ambil berat pasal diriku.

“Mak Munah yang cakap macam itu.  Kau gelabah semacam bila berjumpa dengan dia. “Potong Anas.

Ceit, ingat dia tahu sendiri. Yalah,  bini kau ni takut dengan Mak Munah tu.  Muka dia itu seram tau. Kau apa tahu.

“Baru satu malam aku tak balik macam-macam hal jadi dekat kau.  Kalau aku tinggalkan kau.... “

Daneen menarik tangan Anas.

“Aku tak nak kau lupa yang aku ini seorang yang tamak. Aku takkan lepaskan suami macam kau walau apa pun yang terjadi. “

Ya, aku tamakkan Anas. Tetapi bukan kerana harta atau rupanya tetapi kerana kasih sayangnya sebelum ini dan sabarnya yang begitu berharga.

“Kau tak boleh buat apa-apa kalau aku dah buat keputusan. “ Anas berdiri memandang Daneen.

Daneen menghembus nafas berat.

“Selagi ada masa untuk aku ubah aku akan ubah. Aku takkan tinggalkan kau.” Daneen terus mencapai tualanya lalu masuk ke dalam kamar mandi.

Dia bersandar di balik pintu menghamburkan tangisannya yang bisu. Perit sungguh hati ini bila topik perpisahan yang Anas bangkitkan. Perutnya diusap lembut.

“Baby, ibu janji takkan tinggalkan baby ya. “Kata Daneen pada anak dalam kandungannya.





ZIMIR melemparkan senyuman saat Anas membuka daun pintu. Wajah Anas yang jelas terkejut itu buatkan Zimir ketawa kecil. Gayanya seperti nampak hantu saja. Aira yang berada di belakang Zimir terus melulu masuk menolak badan abangnya itu.

“Kak Daneen. Oh Kak Daneen. “Panggil Aira saat melabuhkan punggung di ruang tamu.

Anas mempelawa sepupunya masuk.  “Eh, Mir masuklah. “

Zimir mengangguk kemudian melangkah masuk buat pertama kali ke dalam rumah Anas. Dia memandang sekeliling rumah tiga tingkat itu.  Cantik rumah ini. Bisik hatinya.  Sebenarnya matanya meliar mencari batang tubuh Daneen. Sengaja dia mengajak Aira ikut sama tidaklah nampak canggung jika dia datang seorang ke sini.

“Kak Daneen tengah mandi. Kau orang dari mana pagi-pagi datang ni? “

Aira memandang Zimir.

“Jogging. Tak nampak adik berpeluh-peluh ni. Datang nak makan rumah abanglah. “Selamba Aira berkata.

Zimir tersenyum dengan kata-kata adik kepada Anas itu. Bukan itu tujuan sebenarnya Aira. Bisik Zimir.

Anas mengetuk kepala adiknya perlahan. “Dasar gemuk. Tak gunalah kau jogging tadi. Haish budak kecik ni.”

“Adik dah memang kurus. Saja teman abang Zimir ni jogging. Tengok dia yang gemuk. “

“Ewah-ewah cakap orang pula gemuk. Abang fit tau. “balas Zimir mempertahankan dirinya.

Daneen yang sudah merapikan dirinya melangkah keluar dari bilik. Dari dalam bilik dia sudah mendengar riuh rendah suara Aira di ruang tamu. Baguslah ada adik iparnya itu di rumah. At least kalau suaminya keluar tidaklah dia kejung di dalam bilik kerana takut dengan Mak Munah.

“Kak Daneen. Wah, baby bump dah nampaklah. “Kata Aira teruja lalu memimpin kakak iparnya ke ruang tamu.

Daneen tersenyum senang.

“Korang dari mana ni berpeluh-peluh?” Soal Daneen pula.

“Kita orang pergi jogging dekat taman depan sana tu. Ajak budak kecik ni tak tahu pula Anas ada dekat rumah. “

“Aku baru saja balik. “Laju Anas memotong.

Aira dan Zimir terus memandang Anas.  “Abang tak balik?  Tidur mana? “

“Tidur hotel. “

“Dengan siapa? “

“Dengan...... “Anas memandang Daneen yang sedang menundukkan wajahnya kemudian memandang Zimir yang Cuma belagak biasa saja. Aira pula sedang menunggu jawapan darinya. “Dengan diri aku sendirilah. Aku penat sangat tak boleh drive. “

“Kau pergi mana? “tanya Zimir.

“Tak ada pergi mana. Banyak projek aku kena handle sebelum cuti panjang nanti. “Anas mengurut belakang tengkuknya. Penat semalam masih tidak hilang lagi.

Daneen memandang Anas. Kemana suaminya hendak bercuti panjang?  Bercuti dengan Melisa?

“Abang nak cuti panjang?  Bawa Kak Daneen pergi bercuti ke? “Aira sudah senyum lebar mengingatkan pekara itu.  Tangan kakak iparnya diusap lembut.

Anas diam tidak menjawab.

“Tuan Anas, Puan Daneen sarapan sudah siap. “Kata Mak Munah yang muncul dari dapur.

Melihat Mak Munah, Daneen memeluk lengan Aira. Serta merta dia menyorok di balik badan adik iparnya itu.

“Jom makan. “Ajak Anas.

Aira dan Zimir sudah ke meja makan manakala Daneen masih setia duduk di ruang tamu. Anas menoleh ke belakang melihat isterinya yang masih tidak berganjak.

“Kau kenapa tak makan ke?”tanya Anas.

Daneen diam.

“Pekak ke aku tanya kau ni? “Anas cuba memegang perut isterinya yang sudah kelihatan. Tidak pernah dia mengusap perut itu seperti suami-suami yang lain lakukan apabila isteri mereka mengandung.

Daneen terus menepis tangan Anas.  Dia berdiri tegak memandang ke dalam mata suaminya itu. “Pergilah bercuti dengan Melisa itu. “Marah Daneen tiba-tiba.

Anas kaku apabila dituduh begitu.

“Besar sangat ke salah aku sampai kau hukum aku macam ini Anas?  Aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri kau. Aku dah tak tahanlah hidup macam ini. Aku dah penat. “ jerit Daneen sebelum Anas menekup mulut Daneen lalu mengheret isterinya ke salah satu bilik di bawah.

Masuk di dalam bilik Anas melepaskan Daneen. Wajah Daneen dipandang geram. Dia khuatir yang adiknya bakal dengar apa yang Daneen katakan.  Kalau Zimir sahaja tidak mengapa tetapi kalau Aira habis dirinya.

“Kau nak adik tahu ke? “

Daneen menangis teresak-esak.

“Kita akan pergi bercuti lagi sebulan.  Bagi aku settle kerja aku lepas itu baru kita bincang soal kita. Please Daneen, aku pun penat bila kita macam ini. “

Aku tak tersilap dengarkah ni?  Dia bawa aku?  Bukan Melisa?  Tapi kenapa?

Habis kau nak dia bawa Melisa ke?  Habis kau nak hubungan kau dengan dia berakhir begitu dan menyerah terus.  Kasih sayang kau dekat dia macam mana pula?  Fight for your love Daneen!  Jangan menyerah.

“Baiklah. “Daneen menyeka air matanya. Wajah Anas dipandang sebelum berjalan keluar dari bilik.

“Eh Puan Daneen tak..... “

Daneen terus berpatah balik masuk semula ke dalam bilik apabila bertembung dengan Mak Munah. Tiba-tiba dia mencari Anas.

“Asal tak keluar? “

“Ada Mak Munah. “Jawab Daneen lalu duduk di birai katil. Menunggu sebentar sementara Mak Munah pergi.

Anas menggeleng kepala.




Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now