Bab 26

673 21 0
                                    

Dirilah tegak-tegak. “Runggut Boy kepada Zila yang sedang posing di sebelah suaminya. Dia benci kerana asyik membetulkan posing Zila sejak dari tadi. Matahari pula sudah terik walaupun baru pukul 10.30 pagi.

“Betullah I diri macam ini. Takkan nak diri betul-betul tegak macam ini. “ Zila membuat gaya berdiri tegak seperti menyanyikan lagu Negaraku. “You ingat I tengah berkawad ke sekarang ni. “balas Zila geram apabila Boy seolah-olah sengaja mencari salahnya.

Boy merenung Haniff tajam. Haniff pula bagaikan mengerti segera mendekati Zila untuk membetulkan posing wanita itu.

“Boy maksudkan diri mengadap Anas macam ini. Lutut tu tegakkan jangan bengkok nanti tak lawa. Cik Zila dah memang lawa nanti karang..... “

“Kau berceramah apa lagi dengan perempuan tu. Dah, sini! “ tengking Boy. Dia tahu niat Haniff itu. Jangan ingat dia buta apabila kawannya ini selalu memandang Zila.

Anas mengurut dadanya terkejut. Benar-benar garang isterinya ini apabila bekerja. Nasib dia tidak terjatuh  ke dalam sungai dek kerana suara isterinya yang lantang itu.

“Woi, tangan kau tu siapa suruh letak dekat dada Anas. Ish! “Hamun Boy lagi sambil mengurut dahinya. Peninglah kepalanya dengan karenah Zila ini.

Kali ini Anas benar-benar  tergelincir dari batu sungai yang licin itu mujur Haniff sempat menarik tangan Anas. Hanya sebelah kasutnya saja yang basah.  “Thanks Haniff. “Ucap Anas.

Nafas Daneen laju apabila melihat Anas yang hampir terjatuh itu.  Kuat sangatkah suara dia sehingga Anas terkejut begitu. Ah, memang patut aku buat macam itu kalau tak besar kepala si ‘sotong’ itu.

“Tengok apa you buat!”giliran Zila pula memarahi Boy apabila melihat buku lali Anas berdarah.

Anas memandang Boy. “We need to talk Boy! “ tajam renungan Anas ke dalam mata Daneen. Kemudian tangan Boy ditarik jauh dari situ.



DANEEN merentap tangannya dari pegangan Anas. Pergelangannya yang sudah melecet ditiup kemudian digosok perlahan. Matanya mencerlung memandang Anas yang turut sama memandang ke arahnya. Zila dan Haniff yang berada tidak jauh darinnya dan Anas sekadar memerhati dari jauh.

“You’re too much Daneen Ahna! “

“Kenapa?  Apa salah aku?  Aku Cuma buat kerja aku saja. Salah? “

“Kau buat kerja kau memang tak salah.  Tapi sikap kau tu yang salah. Aku tak tahu cara bekerja kau macam mana tapi you’re too much bila buat Zila macam itu. “Anas menunjukkan ke arah Zila.

Daneen tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya di dada.

“Kenapa?  Sayang sangat dekat awek kau tu sampai aku tak boleh nak tegur.”  Sindir Daneen.

Anas diam.

“Aku cuma buat kerja aku. Cepat siap cepat balik. Lagipun dia memang kaku depan kamera jadi aku cuma menegur.  Salah ke? “

“Tak salah kalau menegur dengan cara baik. Anyway aku tak nampak pun apa salah Zila dekat kau sampai kau nak maki hamun dia macam itu tadi.  Kau sedar tak perbuatan kau Daneen! “ naik satu oktaf suara Anas memarahi isterinya.

“Aku tahu kerja aku Anas. Tak payah nak sekolahkan aku dekat sini! “ Daneen pusing membelakangi Anas.

Haniff mulai rasa tidak sedap hati segera mendekati Daneen dan Anas yang tidak jauh darinya. Zila juga berbuat begitu.

“Kalau kau tahu kerja kau buat kerja kau elok-elok. Kata photografer profesional tapi attitude macam sampah. “

Daneen memandang wajah Anas. Kolam matanya mulai panas. Bila-bila masa saja air matanya akan mengalir. Dia cuba kuatkan diri. Okay fine!  Lepas ini aku Cuma buat kerja aku. Siap cepat habis cepat. Aku tak payah hadap semua ini lagi. Kata Daneen di dalam hati.

“Bro chill okay. Boy memang gaya brutal sikit tapi dia tak maksudkan apa yang dia cakap.Nanti kau tengok hasil kerja dia mesti kau puas hati. “Haniff menjadi orang cuba meredakan keadaan.

Daneen berjalan kembali ke set dengan kamera di tangan. Dia diam saja tidak bersuara. Ini yang Anas mahukan dari dia, kan?  Dia Cuma mengarah saja kepada Haniff soal posing yang sepatutnya kepada Anas dan Zila.  Selebihnya dia hanya mendiamkan diri sehingga pengambaran tamat.

Zila tersenyum senget. Akhirnya ini peluangnya. Padan muka kau Boy.  Jangan ingat Anas diam selama ini mahu ikut kepala kau saja. Huh,  dasar gay!  Bisik hati Zila.

Selesai pengambaran hari itu. Haniff membantu Daneen mengemas semua peralatan yang digunakan. Satu persatu barang dihantar semula ke kereta sehingga tinggal barang yang ringan-ringan saja yang tinggal.  Anas dan Zila pun sudah menukar pakaian masing-masing dan bersedia untuk pulang.

“Kau baliklah dulu, lah dgn diaorang.  Aku nak amik gambar dekat sini. Nanti aku balik sendiri. “Ujar Daneen.

“Jangan macam-macamlah. Hari dah nak gelap ni. Esok pagi ajalah aku teman kau ambil gambar-gambar ini semua. “

“Tak boleh. Aku kena email dekat Madam malam ini juga. “

Haniff mencekak pinggangnya. Buntu sekarang ini.

“Balik ajalah dulu. Aku tahu jaga diri.  Lagipun tadi, kan ada anak panah jalan balik. Nanti aku ikut anak panah itu aja. “

“Betul ni? “

Daneen mengangguk.

Anas terus menaiki kereta Jip yang dipandu oleh Haniff begitu juga dengan Zila. Langsung dia tidak menoleh ke belakang meninggalkan Daneen seorang di hutan.

Keras hatinya hari itu. Dia memang benar-benar marah dengan sikap biadap isterinya itu. Tidak sangka cara kerja Daneen selama ini begitu. Apa masalah dia?  Kata Anas di dalam hati.

“Baik-baik Boy. Sebelum maghrib aku tahu kau dah balik. “Laung Haniff.

Daneen hanya memandang kereta Jip itu meninggalkannya seorang. Ini yang dia mahu. Berada seorang diri dan meluahkan segalanya sendiri. Tatkala kereta Jip itu sudah hilang dari pandangan dia menghamburkan semua tangisannya yang dipendam tadi.  Tersengut-sengut badannya menahan esak tangis. Tergamak Anas.



USAI menyudahkan doanya, Anas melipat sejadah yang digunakan tadi.  Songkok di kepala diletakkan di atas meja solek. Kain pelikat yang dipakai tadi diganti dengan seluar track suit yang lebih selesa untuk tidur.

Dia membuka pintu slidding untuk menghirup udara malam. Sesekali berada dekat dengan alam semula jadi ini rasanya begitu segar sekali. Rasa tenang saja fikirannya. Bunyi cengkerik dan katak yang silih berganti itu meriuhkan suasana malam itu.

Anas menoleh ke tepi memandang bilik Daneen yang gelap itu. Aik?  Gelap semacam aja bilik isterinya itu. Takkan maghrib begini masih tidur. Haih!

Anas merapikan rambutnya di cermin kemudian melangkah keluar dari biliknya ke bilik Daneen di sebelah. Kunci pendua itu disuakan ke tombol kemudian pintu bilik itu dibuka.

Bilik yang gelap tidak bercahaya itu diterangi oleh Anas.Dia melangkah masuk kemudian menutup pintu rapat. Tidak mahu Haniff ataupun Zila melihatnya di bilik Daneen.

“Daneen! Kau dalam bilik air ke?” Pintu bilik air yang tertutup itu diketuk. Beberapa kali tapi tiada sahutan.Anas membuat keputusan untuk meredah saja ke dalam. Alah bukan siapa isterinya juga.

Tak ada?  Belum balik lagi ke isterinya ini. Biar betul?  Hari sudah gelap.  Anas berkata sendiri. Hatinya mulai rasa tidak sedap. Teringat yang dia marahkan Daneen sewaktu pengambaran tadi. Haih,  rasa bersalah pula dia pada isterinya itu.

“Hello, Haniff nak tanya Boy dah balik bilik dia belum? “ Anas bertanya di talian.

“Eh, aku tak tahu bro. Dia belum balik ke?  Ish perempuan ini degil betullah.”  Omel Haniff di talian.

“Okay aku pergi cari dia. Kau tunggu sinilah dengan Zila. Kalau dia ada balik kau telefon aku. “

“Okay bro. Baik-baik. “



ANAS tiba di tempat pengambaran tadi sewaktu azan Isyak berkumandang. Suasana malam yang sunyi dan gelap gelita itu diredahi Anas berbekalkan lampu suluh di tangannya. Langsung tiada cahaya.

“Daneen! “Jerit Anas apabila melihat tiada kelibat isterinya di situ.

Tiada sahutan!

Krik!  Krik!  Krik!

Bunyi cengkerik yang menyahut di selang selikan dengan bunyi air terjun.  Tidak berputus asa Anas memanggil lagi nama isterinya berulang kali. Dia berganjak ke hadapan tempat dia menukar pakaian tadi. Mungkin isterinya di situ.

Peluh yang sudah membasahi dilap mengunakan lengan bajunya. Dia menyuluh lagi menggunakan lampu suluhnya kalau-kalau Daneen ada di sekitar tempatnya. Telefon bimbit juga dikeluarkan untuk menghubungi Daneen.

Hampa apabila panggilannya hanya dijawab oleh operator panggilan. Dia buntu di dalam kesunyian malam. Sedar akan kekhilafannya  siang tadi membuatkan dia rasa tidak sedap hati.   Fikirannya mulai terbayang sesuatu ditambah mereka di hutan sekarang.

Anas diam berfikir. Matanya liar memerhati sekeliling tempatnya duduk. Pohon-pohon yang tinggi melangit dilihat sambil mendongak. Bukannya dia lihat apa cuma ingin memberi ruang untuk berfikir kemana isterinya itu pergi.

Anak panah!

Anas tiba-tiba teringatkan soal anak panah yang disebut oleh Daneen sebelum dia dan Haniff berangkat pulang petang tadi. Segera Haniff mendekati beberapa pokok yang ditampal anak panah.

“Satu, dua.....Aik? Kenapa sebelah kiri?  Jalan keluar sebelah kanan? Siapa pula yang ubah ni?”Anas membetulkan semula arah anak panah yang menghala ke arah kiri.

Sedang dia membetulkan arah anak panah itu tetiba fikirannya terfikir sesuatu.Mungkin Daneen mengikut arah kiri seperti apa yang ditunjuk anak panah ini? Anas memandang ke kirinya kemudian menelan liur yang terasa kelat.

Laju dia mengatur langkah meredah tempat yang belum pernah dia terokai malam itu untuk mencari Daneen. Panggilan yang tidak putus-putus itu cukup memenatkan Anas tetapi selagi dia tidak bertemu Daneen hatinya takkan senang.

“Daneen! Kau dekat mana......”akhirnya Anas mengalirkan air mata setelah jauh meredah hutan.Dia penat dia haus dia buntu.Tiada arah tuju dan dia sudah tidak ingat jalan pulang ke tempat tadi.Hanya tawakal saja menemaninya sehingga ke tempat ini.

“Anas,aku dekat sini.”suara serak basah itu menjawab.

“Daneen! Kau ke tu? Mana kau? Aku dengar suara kau.”

“Sini!”dengan perih suara itu cuba menjawab panggilan Anas.

Anas memandang sekeliling tempat itu sehingga matanya terlihat kaki yang berselirat di akar kayu. Waktu itu dia terus berlari pantas tanpa memikir siapa.Isterinya itu kelihatan terbaring tidak mampu berbuat apa-apa.

“Anas,tolong aku!”tangan Anas digengam kuat oleh Daneen sambil menangis teresak-esak.Bersyukur dia Anas yang datang menyelamatkannya. Dia sudah pasrah jika tiada siapa yang mencarinya tadi.

“Sabar Daneen.Aku lepaskan kaki kau yang tersepit dekat akar kayu ni.” Anas lincah menarik kaki Daneen yang berselirat di akar kayu itu.

“Argh, sakit Anas!!”lengan Anas ditepuk beberapa kali memberitahu yang dia di dalam kesakitan yang amat.

Rasa basah dan melekit  membuat Anas menyuluh lampu ke arah tangannya.Besar matanya apabila rasa basah itu rupanya darah yang membuak keluar dari kaki Daneen.Dia benar-benar tidak tahu hendak berbuat apa sekarang.Dia kaku memandang Daneen dan kakinya silih berganti.

Bagaikan mengerti apa yang berada di fikiran Anas,Daneen cuba kuatkan dirinya.”Anas,aku kira satu dua tiga kau tarik kuat kaki aku.”

“Tapi.....”

“Satu...Dua...Ti...ga.......”Daneen menjerit kuat seraya itu Anas merentap kaki Daneen yang tersepit itu.

Mengigil seluruh badan Daneen menahan sakit.Tangan Anas digengam kuat seraya menghamburkan tangisnya di dada Anas.Dia benar-benar takut.Takut akan kehilangan Anas buat selama-lamanya seperti tadi.Dia tidak boleh berfikir jika Anas tidak datang malam ini untuk menyelamatkan dirinya.

“Syhhhh,aku ada dekat sini dengan kau.”pujuk Anas.

“Anas aku degil.Patutnya aku ikut kau dengan Haniff balik tadi.”

“Dah,dah benda nak berlaku.Sekarang kita kena keluar dari sini.Aku balut kaki kau dulu, ya. Tahan sikit. “Anas membuka baju T-shirt yang dia pakai kemudian membalut kaki Daneen.

“Kenapa guna baju kau? “Kata Daneen serba salah.

“Kenapa? “

“Baju kau, kan mahal. Kotor dah kena darah aku. “

Anas menggeleng kepala sambil tersenyum senget. “Kau lagi mahal dari baju aku. “

Tubuh Daneen digendong oleh Anas sambil mencari arah jalan pulang walaupun dia sendiri tidak tahu di mana dia berada sekarang ini. Hanya mengikut naluri hati. “Aku tahu jalan balik. Ikut sampai hujung sungai ni nanti kau jumpa balik tempat shooting tadi. “Beritahu Daneen.

“Memandai aja kau..... “Kata Anas sambil menggeleng kepala.

“Yalah, kau tak perasaan ke tempat ini pusing-pusing tempat yang sama aja.  Itulah kau dulu bonggok belajar geografi. Mana nak tahu. “Sempat lagi Daneen mengutuk Anas.

“Sure ea?  Aku dah lalu ikut sungai ni kalau tak jumpa aku tinggalkan kau dekat sini seorang. “ usik Anas.

Daneen diam sekejap sebelum membalas. “Lepas tinggalkan aku dekat sini kau kahwin dengan Zila? “

Anas berhenti melangkah. Dia memandang Daneen yang berada di belakangnya kemudian ketawa kecil. Tidak sangka isterinya membuat kesimpulan begitu.

“Aku,kan dah ada isteri.Buat apa nak kahwin lagi.”jawab Anas.

“Tapi kau mampu.”pangkah Daneen.

“Siapa cakap aku mampu? Tengok nak jaga kau seorang pun aku tak mampu Daneen.”

“Bila kau nak kahwin dengan Zila?” Daneen cepat menukar soalan.Malam ini dia mahu Anas jujur kepadanya supaya dia tidak mengharap lagi.

Anas menghembus nafas berat.”Berapa kali aku nak cakap,kan aku dah ada isteri.Zila ke siapa ke itu tak penting buat aku. Kalau isteri seorang pun aku tak boleh nak jaga apa guna aku sebagai suami kau Daneen.Aku tak naklah kahwin dengan Zila atau siapa.Aku dengan kau saja dah cukup.Kita tak boleh bahagia ke kalau hidup berdua Daneen?”

Daneen diam mendengar pengakuan Anas itu.

“Daneen Ahna....”panggil Anas meneruskan perjalanan.

“Ya!”jawab Daneen pendek.

“Aku cintakan kau.Kau? Cintakan aku tak?”

Aku?  Apa punya soalanlah Anas ni.  Jangan buat aku blushing dalam gelap ni boleh tak Anas. Well, kalau nak ikut sayang dah lama aku sayangkan kau.  Tapi bila ikut cinta...

“Aku tak tahu apa yang aku rasa tapi aku cemburu kau dengan Zila. “

“Ceit,  itu namanya cemburu. Klise betul jawapan kau tu. Jawablah macam dalam movie itu. I love you too Waiz Anas! “Jerit Anas gembira.

Daneen tergelak apabila Anas menjerit begitu. Tidak tahu kenapa hatinya turut sama gembira mendengar pengakuan Anas itu. Ini yang dia tunggu selama ini. Ini yang dia mahu Anas ungkapkan kepada dirinya. Walaupun brutal kau tetap aku CINTA!!!

“Hah, jangan tergelak-gelak ea dekat belakang. Kau berat tau! “ sempat lagi Anas mengutuk.

“Aku berat sebab bawa cinta kau ke hulu hilir.  Kau apa tahu. “

Anas membuat gaya seperti ingin muntah.















Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now