Bab 24

650 20 0
                                    

“Sorry! Sorry!” Kata Wafia kelam kabut meminta maaf apabila terlangar orang di belakangnya.Kopi panas di tangannya turut tertumpah terkena baju kemeja lelaki itu.Tanpa meman-dang lelaki itu,dia terus mengeluarkan tisu dari tas tangannya.

“Tak apa.Sikit aja ni.”balas lelaki itu sambil menyembunyikan tangannya yang memerah terkena air yang panas itu.

“Maaf Encik.Salah saya tak tengok belakang.”tisu lembab turut dia keluarkan.Basah kemeja biru laut itu.

“Wafia,sikit aja ni.”tangan Wafia yang sibuk ingin membersihkan kemejanya dipegang.

Wafia memandang lelaki yang memegang tangannya itu. Serasa darah menyerbu ke muka, Wafia terus meninggalkan lelaki itu. Kenapalah sekarang di mana-mana dia harus berjumpa dengan lelaki itu? Laju kakinya melangkah keluar dari cafe itu tanpa menghiraukan panggilan Raziff kepadanya.

“Wafia, tunggu sekejap. “ lengan Wafia ditarik untuk berhenti.

Tercunggap-cunggap dirinya ingin menahan Wafia yang laju berjalan.  Dia tidak tahu apa salahnya sehingga gadis itu melarikan diri setiap kali mereka terserempak. Takkan perasaan benci gadis itu kepadanya masih ada?

“Lepaskan tangan saya! “Wafia menarik lengannya kasar dari pegangan Raziff.

“Aduh, “Raziff mengaduh kesakitan apabila tangan Wafia menepis tangan nya yang melecur itu.

Wafia menoleh memandang Raziff.  Dia melihat tangan lelaki itu. Takkan.....

“Raziff tangan awak melecur ke tadi?  Kenapa tak bagitahu saya? “ Wafia menarik lelaki itu mengekorinya ke kereta. Cekap tangannya mengambil peti kecemasan yang sentiasa dibawa di dalam kereta.

Dengan pengalamannya sebagai doktor di ruang kecemasan setakat melecur begini dia sudah hadapi lebih dari itu.  Sekejap saja tangan Raziff sudah berbalut. Tapi dia tetap rasa bersalah ketika ini. Dia terus meninggalkan Raziff sebaik memandang wajahnya.  Walhal lelaki itu tidak berkata apa-apa kepadanya.

“Saya okay. Jangan risau. “Kata Raziff bagaikan mengerti apa yang difikirkan oleh Wafia ketika itu.

“Awak boleh angkat Intan ke dengan tangan macam itu? “

Raziff tersenyum. “Intan tu kecik lagi.  Saya boleh dukung dia sebelah tangan saja. “

Betul juga!  Eh, kenapa aku risau sangat pasal dia. Kalau ikutkan rasa marah dalam hati kau tu bukan melecur saja dia berikan kepada Raziff. Lebih dari itu dia buat. Kalau membunuh itu tidak disabitkan dengan hukuman penjara sudah lama dia menikam lelaki di hadapannya ini.

“Dah, saya nak balik. “Kata Wafia sinis apabila matanya berlaga dengan Raziff. Jangan buka hati kau lagi Wafia. Ingat!  Lelaki ini pernah buang kau dulu sebab perempuan lain.

“Terima kasih sebab balutkan tangan saya ni. Walaupun balutan dia macam pelik sikit. “Raziff ketawa kecil melihat balutan tangannya yang kelam-kabut dibuat oleh Wafia. Apa-apa pun boleh.

Wafia diam-diam mengetuk dahinya perlahan. Kenapalah dia balut tangan lelaki itu begitu. Kalau orang lain tengok mesti dia tidak percaya aku seorang doktor.

Alamak!

Haip,  hati kau jangan main-main dengan aku sekarang, ya. Jangan berdebar sangat. Kau kalau berdebar lain macam. Boleh nampak dekat muka.

“Jom kita pergi minum. Awak free, kan hari ini? “

“Mana awak tahu yang saya free? “ ujar Wafia membuntuti lelaki itu masuk ke dalam cafe tadi. Tiba di kaunter barulah dia berhenti memandang jelas wajah Raziff yang sedang memesan sesuatu.

“Hazelnut mocha latte satu. You?  Coffee?”soal Raziff yang tiba-tiba itu membuatkan Wafia mengangguk tiada pilihan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengangguk kepada lelaki itu.

“Anything else sir? “ kata pelayan perempuan itu.

“Erm,  you nak apa-apa lagi tak? “

Wafia menggeleng. Dia di situ bagaikan menurut saja kata-kata lelaki itu tidak membantah seperti selalu. Mungkin kerana semua orang di cafe ini memandang membuatkan dia tidak selesa. Setelah kejadian tertumpah air tadi dia masih berada di situ.

“Nah, jangan tertumpah lagi. “Raziff tersenyum manis sambil menghulurkan kopi panas itu kepada Wafia.

Raziff mengambil tempat di luar. Lebih terbuka untuk dia duduk memandangkan petang itu cuacanya redup. Lagi pula dia merokok. Tidak selesa duduk lama di dalam.

“Again Raziff? “Rokok yang baru dikeluarkan oleh Raziff dari kotak dirampas oleh Wafia. Wajah Raziff yang tidak berpuas hati itu tidak dihiraukan oleh Wafia. Like I care, huh!

“You tahu tak you ada baby sekarang ni. Bahaya untuk Intan kalau you dekat dengan dia. Kalau dulu you tak ada anak lantaklah you nak mati ke apa sekarang tak boleh. Faham! “

“Why sekarang I tak boleh mati? “

“Because Intan Aulia. Dia ada you seorang saja sekarang. Habis you nak sia-siakan hidup you dengan sebatang rokok ini berbanding dia. Bodoh you cubalah ubah sikit. “Renggus Wafia.

Raziff menegakkan duduknya.

Dia mengerti kata-kata Wafia itu.  Walaupun selama ini banyak saja iklan-iklan yang memaparkan akan bahayanya rokok tetapi dia langsung tidak hiraukan. Hari ini apabila dirinya ditegur oleh Wafia hatinya bagaikan tersentuh. Intan Aulia!  Ya, dia sekarang ada anak perempuan yang memerlukan dirinya. Malah kalau dia terus merokok bukan nyawanya saja dalam bahaya malah Intan juga.

Wajah Wafia yang putih kemerahan itu dipandang. Tidak berubah sedikit pun wajah itu. Tegasnya sifat gadis itu masih sama seperti dulu. Rasa rindu akan kenangan dulu.

“Apa pandang-pandang?  Tak puas hati saya cakap macam itu. “Wafia menjeling Raziff.

“No, you’re still Wafia Adliana yang saya kenal. Tak berubah sikit pun. “ balas Raziff.

Wafia mencemik.

“Saya tetap manusia yang masih bernafas dekat muka bumi Allah ni.”

“Termasuk Wafia yang ada dalam kenangan saya yang dulu? “Soal Raziff serius.

Wafia ketawa sinis mendengar kata-kata Raziff itu. Kenangan kau dulu aku dah buang dalam kotak memori aku ni. Buat apa aku simpan kenangan yang buat aku sakit hati. Bisik Wafia di dalam hati.

“I know you very well Wafia. I know you masih sayangkan I. Mata you tak boleh tipu macam apa yang you cakapkan. “ Raziff berkata dengan yakinnya.

Wafia memandang tepat ke arah lelaki itu. “Just in your dream Mr. Raziff.  I tak kutip sampah yang I dah buang.  Bg the way thanks for the coffee. “ Wafia terus bangun ingin meninggalkan Raziff.

“Just in case you rindu I just call me.  Nombor i masih sama. “

Raziff berjalan terlebih dahulu di hadapan Wafia yang sedang menahan geram. Dia suka melihat Wafia rasa tercabar begitu. Dia akan pastikan kali ini dia akan dapatkan Wafia kembali. Dia tidak mahu mengulangi kesilapannya yang lepas.



MADAM Chua merengus kasar apabila mendengar keputusan yang keluar dari mulut Boy. Rasa sabarnya sudah tidak boleh dibendung lagi tambah-tambah pekerjanya yang satu ini langsung tidak mendengar arahannya.

“Apa masalah you ni Boy? “

“I dah cakap kerja I banyak dekat sini kenapa you nak hantar I pergi photoshoot dekat dalam hutan sana.  Ini model apa ni? “ Boy melempar gambar Zila yang bakal dijadikan model untuk majalah muka depan majalah syarikatnya.

Sudahlah panas hatinya masih belum reda tambah lagi dengan yang satu ini.  Tak kuasa dia hendak turut serta dalam projek ini. Kerjanya di sini semua akan tertangguh jika dia ikut serta dalam projek ini. Dan apa yang cuba dia jelaskan sekarang soal kerjanya. Bukan dia suka-suka hendak melawan majikannya.

“You jangan nak buat alasan Boy. I know your schedule. Lagipun selama ini boleh saja you handle dua tiga projek dalam satu masa. Kenapa sekarang tak boleh? “

“Schedule I memang penuh. Kalau you tak percaya refer pada Haniff. Kan Haniff? “Boy memberi isyarat kepada Haniff di sebelahnya.

Haniff terpinga-pinga apabila dirinya dilibatkan juga dalam hal ini. Madam Chua memandang Haniff menunggu jawapan. Haniff menghembus nafas berat seraya membetulkan duduknya.

“Actually Madam projek ini jauh....

Boy menepuk dahinya. Jawapan Haniff itu langsung tidak masuk akal. Bukannya sekarang tiada email ataupun kemudahan lain yang membolehkan mereka berhubung terus.  Carilah alasan lain Haniff oii... Omel Boy tidak puas hati.

Lagipun date dia dekat dengan tarikh photo shoot dekat sini. “Sambung Haniff lagi.

Madam Chua menyilangkan tangannya.  “I don’t see any problem with that.  Before this you all boleh saja handle projek jauh macam ini and then balik malam untuk uruskan photo shoot pagi esoknya. Kenapa sekarang tak boleh? “

Boy mengigit bibir bawahnya tanda buntu.

Dia memang tiada keinginan hendak melibatkan diri dalam projek ini. Tambah-tambah Zila dan Anas yang terlibat. Dua orang manusia yang cukup dibenci jika bersama. Kenapalah dalam banyak-banyak jurugambar di dalam syarikatnya kumpulan dia yang dipilih oleh Madam Chua.

“So,...how? “Soal Madam Chua memandang ke arah Boy dan Haniff silih berganti.

Boy diam.

Haniff duduk tidak senang apabila Boy sengaja membuat Madam Chua tertunggu-tunggu begini. Cepatlah Boy!  Janganlah keras kepala sangat. Runggut Haniff di dalam hati sambil berdoa semoga Allah membuka pintu hati kawannya ini.

“No! I tak akan buat. “Boy berdiri tegak. Keputusannya muktamad. Dia tidak akan pernah join projek ini tidak kiralah....

“I ada dengar you kena ragut hari itu.  Kalau you join this project I akan ganti kamera you yang hilang hari itu plus bonus you and Haniff 2k. “

Whatttt????

Haniff dan Boy berpandangan.

Dia memang suka duit. Yalah, siapa yang tidak sukakan duit, kan?  Tapi, tegar ke hati dia nanti dekat sana?  Sedangkan sekarang ini pun asyik begaduh kalau berjumpa kalau di sana entah bagaimana. Lagi satu, kalau Haniff tanya kepadanya soal kenapa dia membenci Zila bagaimana?

“Oii!  Cepatlah bagi keputusan. Aku banyak kerja ni. “Tegur Haniff menghentikan lamunan Boy.

Boy memandang Madam Chua kemudian Haniff. Lalu,  dia menghembuskan nafas berat seraya berkata. “Yalah!  Yalah!  But promise me pasal kamera itu. Kalau tak I tak nak buat photo shoots tu. “

“Okay darling. “Kata Madam Chua sambil senyum meleret. Suka dia apabila pekerjanya yang keras kepala ini mendengar cakapnya akhirnya.



HANIFF memandang Boy yang menghentak-hentak barang di atas meja. Sah, ini mesti kes tak puas hati soal projek itu. Dia tak nampak apa-apa masalah soal projek itu tetapi kenapa kawannya ini tak mahu terlibat.  Bukannya jauh sangat hanya di Johor saja. Cuma beberapa jam  dari Kuala Lumpur.

Haniff menggeleng kepala. Muk yang hampir terjatuh tu cepat disambut oleh Haniff. Kalaulah dia nampak muk itu hampir terjatuh pasti gawat. Satu kerja pula dia perlu mengemas kaca berderai pecah. Haih,  Boy!  Boy! 

Sesekejap Boy berdiri. Sesekejap dia duduk sambil mengigit hujung kukunya. Sambil termenung jarinya mengetuk meja. Entah apa yang dia fikirkan agaknya. Jangan-jangan dia takut masuk hutan? Fikir Haniff.

“Woi asal kau tak nak join projek tu? “ Soal Haniff pada Boy yang duduk di hadapannya.

Boy merenung kawannya tajam

“Aku malaslah. Leceh tau nak kena pack barang-barang ni semua. Shooting ajalah dekat studio ni.”runggut Boy.

“Alah, sebelum ni boleh aja.”Haniff menaikkan keningnya.

“Tu dulu.Sekarang tak boleh.Faham?”

“Awat sekarang tak boleh? Marka hang marah kah?”Haniff menyoal dalam loghat Kedah.

Boy menjeling Haniff tajam.”Marka tengkorak hang. Aku banyak kerja tahu tak. Ish, menyusahkan betullah. “ topi di kepala Boy lembar jauh ke lantai.  Rambutnya yang terikat kemas dibuka kemudian diselerakkan.

Hah, muncul dah Kak Limah ni. Kutuk Haniff di dalam hati. Asal kepala serabut suka mengerbangkan rambut dia. Fikir orang tak seram ke tengok rambut dia tu. Kata Haniff lagi.

“Tapi aku naklah join projek ni. Kau tahu, kan aku ni minat gila dengan Waiz Anas. “

Boy terperanjat dengan kata-kata yang keluar dari mulit Haniff. Jangan kata kau minat laki aku?  Choi!  Aku takkan biarkan hubungan sejenis ini berleluasa.

“Gila ke apa kau ni?  Kepala otak kau dah mereng ke apa? “Marah Boy tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus marah kepada Haniff apabila kawannya itu berkata begitu.

Aik?  Marah nampak. Ini peluang dia untuk mengorek rahsia kawannya dan Anas.  Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ini. Kata Haniff sambil senyum senget.

“Yalah, kau apa tahu. Waiz Anas ini orangnya berkarisma. Dia ni macam ada aura dia sendiri. Bak kata orang putih,maskulin. Kulit sawo matang dia.  Badan tegap dengan urat-urat dia tu.  Oh my.....”

Pang!

Boy menampar muka Haniff kuat. “Ada nyamuk jantan hinggap dekat pipi kau tadi. Dia kenal agaknya kawan ‘sejenis’ dia.”kata Boy selamba.  Geli dia apabila Haniff menyatakan ciri-ciri Anas dengan terperinci begitu.  Dah gila agaknya kawannya itu.

“Sakitlah. “Haniff membalas dengan menampar lengan Boy. Geram dia.

“Aduh!  Agak-agaklah yang kau pukul ni perempuan. Sakit tahu tak! “

Haniff mencebek.

“Perempuan?  Ingatkan ‘sejenis’ macam aku tadi. Rupa sama aja. “ Haniff terus berlari ke pantri. Takut Boy membuat apa-apa kepada dirinya.  Walaupun Boy itu perempuan tapi kekuatan diri Boy itu mengalahkan dirinya yang tulen lelaki ini.

Boy melihat Haniff yang melarikan diri itu. Tahu takut!  Huh...

Gambar Anas dan Zila diambil dari failnya. Tajuk majalah itu saja sudah membuatkan dia loya. Kenapa dalam banyak-banyak usahawan muda di Malaysia ini Anas harus berganding dengan Zila untuk muka depan majalah.  Panggillah Vivy Yusoff ke.  Usahawan wanita berjaya juga.








Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now