Argh, stress!!
Daneen menongkat dagunya sambil melepaskan keluhan. Haniff yang sedang mengedit gambar di hadapannya di pandang. Bagaikan wajah lelaki itu ada jalan penyelesaian bagi masalahnya. Geram dia pada dirinya. Dek kerana kecuaianya, dia terlibat akan masalah ini.
Haihlah minyak wangi, kalau kau nak pecah pun tunggulah aku beli kamera baru dulu. Lepas itu kau nak pecah sampai harga sepuluh ribu pun aku tak kisah.Kata Daneen riak pada diri sendiri.Botol minyak wangi itu dibaling ke atas meja.
“Argh! “topi di kepala dicampak ke atas meja. Kemudian rambutnya yang panjang mengurai menjadi mangsa ragutan tangannya sendiri.
“Weh,relakslah! Apa hal kau ni?”soal Haniff menarik tangan Daneen turun.
Haih,seram pulak aku dengan dia ni. Karang,tak pasal rambut aku pula yang dia tarik.Bisik Haniff di dalam hati.
“Aku stress kau tahu tak? Stress!”
“Aku tahu kau stress tapi tak payahlah jerit dekat kedai makan ni.Malu,lah aku!”Haniff memandang sekeliling. Jelas semua pelanggan di restoran itu melihat dia dan Daneen.
“Lantaklah.”Daneen bersandar di kerusinya.Rambutnya yang kusut masai dibiarkan.Gayanya seperti orang baru lepas bergaduh.
Haniff menggeleng kepala.
“Kau stress pasal apa? Madam Chua, kan pergi overseas. Tak ada siapa pun yang stresskan kau. “
“Kau ingat dia aja ke yang buat aku stress? Orang sekeliling aku ni boleh buat aku stress tau termasuk kau! “ Daneen menunding jari ke arah Haniff.
“Ewah-ewah sedapnya kau tuduh aku buat kau stress. “
Daneen menjeling Haniff. Malas mahu melayan lelaki itu.
Haniff menyambung semula kerjanya yang tergendala dek kerana Daneen menganggunya tadi. Proses mengedit gambar itu dibuat dengan tekun memandangkan wajah model itu adalah Aisyah. Senyuman tersungging di bibir nipisnya. Tangannya pula lincah memegang tetikus sambil jarinya menari kiri dan kanan.
Daneen melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Haniff sejak tadi. Sakit pula hatinya melihat senyuman itu dikala dirinya sedang merana begini.
“Kau pehal senyum-senyum? Menyindir aku?”soal Daneen sinis. Matanya tajam menikam mata Haniff walhal lelaki itu tidak membuat salah langsung padanya.
Haniff mengerutkan keningnya. “Astagfirullahalazim. Kau ni kenapa Daneen? Marah orang lain aku yang kena. “ balas Haniff menutup komputer riba di hadapannya. Hendak melihat wajah Aisyah di skrin pun sudah tiada mood.
“Daneen! Daneen! Aku kerat lidah kau buat sup baru tahu. Berapa kali aku cakap panggil aku Boy. Daneen tu orang tertentu aja boleh panggil. “
Haniff mencemikkan mukanya.
“Dah pasal nama pulak kau nak gaduh dengan aku. Kau ni kalau buat perangai macam ini sahlah datang bulan. Moody semacam. “
Eh mamat ni! Macam tahu-tahu aja aku tengah bendera merah.Ke dia kira kitaran haid aku? Euww! Anas yang suami aku pun tak amik tahu takkanlah si Haniff yang tak ada kena mengena dengan aku sibuk-sibuk hendak kira bila hari aku datang bulan. Bisik Daneen di dalam hati.
Segera dia mencapai topi dipakai. Rambutnya dibiar lepas.
“Kau tak dengar ke aku cakap aku stress?”
Haniff memandang Daneen. “Dengarlah. Kau ingat aku pekak badak ke macam kau. “
“Ish,kau ni ! Nak dengar ke tak masalah aku. “Kata Daneen geram.
“Yalah apa dia? Siapa yang buat kau stress macam hantu Kak Limah ni? “ akhirnya Haniff mengalah.
Hantu Kak Limah dia panggil aku? Nampak buruk benar ke aku ni? Rambut aku okay aja. Malam tadi baru cuci kot, takkanlah sudah berbau. Daneen mencium hujung rambutnya memuaskan hati.
Daneen memandang Haniff sekejap sebelum meneruskan kata-katanya. “Straight to the point ,pinjam empat ribu setengah Haniff. Lepas aku beli kamera aku bayar balik. “ ujar Daneen tanpa ayat kiasan terlebih dahulu.
“Amboi tegak aja kau nak pinjam aku empat ribu. Ceritalah apa masalah kau sampai nak pinjam duit aku. “
Daneen membetulkan duduknya supaya lebih selesa bercerita. Wajah Haniff dipandang tekun. “Aku terpecahkan minyak wangi housemate aku and dia suruh aku ganti balik. Gila kau,harga minyak wangi dia empat ribu lebih.Mana aku nak dapat duit sebanyak tu.”luah Daneen sedih apabila teringatkan kejadian di dalam bilik Anas.Macam magik pula tiba-tiba minyak wangi itu terjatuh saat dia ingin menyebur.
“Amboi housemate kau punya harga minyak wangi tak agak-agak. Sampai empat ribu lebih. Dia buat guna bahan apa sampai mahal macam itu. “
“Tak tahulah aku. Tu hah botol minyak wanginya. “ Daneen memuncungkan mulutnya menunjukkan botol minyak wangi yang sudah terbelah dua itu kepada Haniff.
Haniff mengambil botol itu kemudian dihidu baunya. Wangi! Tak pernah dia menghidu bau minyak wangi lelaki yang selembut ini. Baunya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut. Sesuai untuk dipakai di dalam ofis. Tapi, chop!
“Asal housemate kau pakai minyak wangi lelaki? Jangan cakap kau sewa serumah dengan lelaki Daneen. “ nama Daneen kuat ditekan oleh Haniff.
Erk!
Bodohlah kau Daneen. Yang kau suruh Haniff bau minyak wangi Anas itu siapa suruh. Aduh,sekarang nak bagi alasan apa.Padan muka! Tambah lagi satu masalah. Bagus Daneen,good job! Bisik Daneen sendiri.
“Er,...er....”Daneen memikirkan alasan yang hendak diberikan kepada Haniff. Lelaki itu tidak melepaskan pandangannya.
“Hah,..”Haniff kuat menepuk meja di restoran itu.Sekali lagi orang-orang di situ memandang ke arah mereka.
Laju tangan Daneen mengetuk kepala Haniff. Terkejut punya pasal.
“Aduh,sakitlah!”Haniff mengosok kepalanya yang diketuk oleh Daneen. Pandangan tajam diberikan tanda tidak berpuas hati.
“Sorrylah,aku terkejut kau ketuk meja tadi. Please weh, pinjam empat ribu. Lima ratus lagi aku boleh tambah guna duit gaji aku. “Daneen merayu sambil mengosok tapak tangannya mengharap kepada Haniff.
Haniff mengaru dagunya yang baru dicukur.REDA dan pasrah itu saja ayat yang diulang di kepala Daneen.Jaket kulitnya ditanggalkan begitu juga dengan helmet di kepala.Kereta Anas yang terpakir di sebelahnya di dipandang lama.Hembusan nafas berat dihembus sebelum dia turun dari motor berkuasa tingginya.
Setelah memastikan pintu pagar tertutup rapat dia berjalan ke muka pintu utama.Lampu di ruang tamu terbuka bermakna suaminya ada di dalam.Dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk ke dalam rumah.
“Hah,kau pergi mana lambat balik.?” Anas mencekak pinggang memandangnga.
“Kerjalah!”Daneen menghempas punggung di sofa empuk sambil memejam matanya sekejap melepaskan lelah.
“Kau dah.... “
“Belum...”jawab Daneen lemah.” Aku belum ada duit nak bayar duit kau tu. Aku memang tak ada duit pun nak bayar.”kata Daneen jujur.
Anas menggeleng kepala sambil tersenyum.
“Kau dah...”
Daneen membuka matanya lalu memandang tajam ke arah Anas yang berada di sebelahnya.”Ya,aku minta maaf sebab pecahkan minyak wangi kesayangan kau tapi aku memang tak ada duit nak ganti semula.”ujar Daneen dengan suara yang lantang.
“Baiklah.Jadi, kau kena ikutlah arahan aku.”Anas mengangkat keningnya sambil memandang Daneen.
Daneen melihat kening suaminya yang sengaja diangkat beberapa kali itu. Gayanya seperti mengejek dirinya dengan cara halus begitu. Huh,
“Arahan apa........ “suara Daneen meleret sambil mengaru keningnya kasar. Gatal pula keningnya apabila melihat suaminya mengangkat keningnya sebenar tadi. Berjangkit pula kutu ni! Bisik Daneen seraya berdiri tegak.
“Jangan nak pura-pura lupa pula. Aku tak ada masa nak ingatkan balik. Now pergi kemas bilik kau yang bau macam kandang kambing. Sekejap lagi aku nak tidur. “Arah Anas tegas.
Hah? Daneen menyilang tangannya di dada. Hoodie tetap kepunyaan Anas memandangkan dia belum membeli chest binder yang baru.
“Apehal kau buat macam ni? Takut aku apa-apakan kau? “Anas mendekati Daneen dengan renungan nakal.
Daneen memejam rapat matanya. Tidak sanggup memandang mata gatal Anas yang sedang memandangnya. Bukan dirinya takut tergoda tetapi dia geli akan perbuatan lelaki itu.
“Daneen Ahna now! “ jerit Anas kuat di telinga Daneen.Melihat Daneen yang tersentak begitu bertambah seronok Anas mengenakannya.
Daneen mengetap gigitnya kuat sambil penumbuknya digengam kuat. Bila-bila masa saja penumbuk ini boleh dihayunkan tetapi fikirkan dosa dia cuba bersabar.
“Baiklah kanda. Dinda siapkan tempat beradunya, ya dulu. “Daneen menyelit rambut yang terjuntai ke belakang telinga sambil mengerlipkan matanya berkali-kali kepada Anas. Kesabarannya hanya berada di hujung tanduk saja ketika itu.
Terbatuk Anas melihat perbuatan Daneen itu.”Kau ingat aku tergoda ke kau kelip-kelip mata macam itu. “ Anas menghempaskan punggungnya di sofa. Tetiba terasa panas pula tubuhnya malam itu. Hendak hujan barangkali.
Daneen menjeling tajam kemudian mendaki anak tangga geram.
“Masakkan aku maggie! Aku lapar. “jerit Daneen di tingkat tiga.
HANIFF melemparkan senyuman ke arah Aisyah yang baru tiba ke set pengambaran bersama dengan Katty. Wajahnya tanpa solekan jelas begitu cantik di mata Haniff. Dia sukakan Aisyah versi yang ini.
“Aisyah jangan ragu-ragu dengan cinta ini~ Jangan kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu~“
Boy menyanyi lantang saat melangkah masuk ke dalam set pengambaran. Sebenarnya dari jauh lagi dia sudah memandang renungan Haniff kepada model baru itu. Sengaja dia ingin mengacau.
“Ish, kau ni! Suara sengau tu simpanlah sikit. “Haniff menegur Boy.
“Baiklah Abang Haniff. Saya simpan suara saya dulu, ya. “Sindir Boy kemudian ketawa mengekeh. Beg kameranya diletakkan di atas meja.
Haniff mengerutkan dahi.
Aik, mood baik pula hari ini. Semalam macam hantu kak Limah gayanya. Hari ini kalah Jannah Nick dalam Cofee Prince lagaknya. Mesti ada berita baik.
“Weh, happy semacam aja. Duit minyak wangi itu kau dah ganti ke? “ Tanya Haniff kepoh.
Boy memandang Haniff.
“Alamak kau ni! Aku baru tak nak ingat pasal duit tu kau dah ingatkan balik. Ish, potong mood aku betul. “ marah Boy sambil membuka laptopnya.
“Tak adalah aku tanya aja. Kut kut kau dah ganti. Jarang kau datang set muka tersenyum lebar macam ini. “
“Habis selalu muka aku macam mana? “ soal Boy memandang Haniff. “Macam ni? Oit Nick! Kau terhegeh-hegeh apa lagi? Cepatlah button baju kemeja kau. Kau ingat dada kau tu seksi sangat ke? “Hamun Boy membuatkan semua orang terpinga-pinga.
Haniff memetik jarinya. “Yes,ni baru Boy.Come on gais! Hakak kita dah marah.”sengaja Haniff menekankan perkataan ‘hakak’ di telinga Boy.
Menjeling Boy memandang Haniff.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉