Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
" Bangun , kita dah sampai " Sekali kejut sahaja Amanda terus celik . Yelah suara lelaki yang kejut , tambah pulak garau .
Sebaik Amanda keluar dari kereta , dia terkejut melihat kawasan rumah itu , biar betul ! Besaq gila ! Dia pon tak pernah terfikir , terdetik , termimpi , berharap nak rumah sebesar ni .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Besarnya ! Rumah siapa ? Awak ke ? " Amanda bertanya dengan teruja . Pertama kali dia lihat rumah gah itu .
" Hmm " Itu sahaja yang keluar dari mulut Harris .
Cis ! Aku excited tanya , dia ' hmm ' je ? Getus Amanda dalam hati . Dalam hati je . Tak berani depan depan .
" Angkat baju kau tu , aku tunjuk bilik kau "
" Bilik saya ? Kenapa bukan bilik kita Harris ? " Polos sekali pertanyaan Amanda .
" Kita ? Sekatil ? Mimpi jela aku nak tidur dengan pelacur " Pap ! Sabar la Amanda . Ingatkan dia okay je kahwin ngn kau , kau silap Amanda .
•••••
" So kalau nak apa apa bantuan , aku kat bilik sebelah ni je " Kata Harris sebelum beredar .
Hm besarnya bilik ni , macam besar sebiji rumah aku je , cakap pasal rumah , apa khabar la ayah kat sana . Ayra , kau apa cerita la . Dah dapat tawaran belajar ke ? Untung jadi kau . Omel Amanda sendirian .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Em nak buat apa eh ? Mandi pastu tidur jela , dah pukul 11 . Kemas ni esok pon boleh " Seusai bercakap sendirian , Amanda masuk kebilik air untuk membersihkan diri . Dah segar baru lena tidoq !
•••••
Pintu biliknya diketuk bertalu talu , rasanya sudah lama orang diluar mengetuk pintunya . Lantas Amanda celikkan matanya .. seketika baru dia tersedar dia dirumah suaminya dan dia hiraukan suaminya yang ketuk pintu dari 10 minit yang lepas .
Emm mati la aku , dah pukul 9 pulak tu . Macam mana boleh tidur mati ni .. Kalau ada telefon takde la aku terlajak macam ni . Rungut Amanda sambil kepalanya digarukan .
Pintu dibuka dan terpacul la wajah Harris yang sudah kemas berpakaian kerjanya . Mukanya tegang ! Sah ! Mati aku kejap lagi .
" Er sorry awak , saya terlaj— " Tidak sempat menghabiskan ayat Amanda ditengking oleh Harris .
" Apa ?!! Kau ingat aku kahwin dengan kau , kau boleh membuta lama lama macam kat rumah pelacur kau dulu tu ke ? Hey ! Aku tak upah bibik nak uruskan makan pakai aku , sekarang ni semua tu dah jadi tugas kau ! Buat la kerja . Bukan tidur macam bangkai !! Kau sedar Amanda , kau tu aku kutip dari lorong je , lorong maksiat .. " Sakit . Amanda tidak sengaja terbangun lambat . Bukan lambat mana pon . Tak perlu sampai hina sebegitu sekali . Lagipun ini hari pertama . Dia tak teroka lagi rumah besar ni , dia tidak berapa tahu selok belok rumah ni .
" Har-Harris , saya betul betul tak sengaja .. kalau awak ada masa lagi saya boleh buatkan sarapan sebelum awak pergi ker— " Again ! Tak habis cakap dah kena potong .
" Tak payah . Menyusahkan je . Lembab ! Dah aku nak pergi kerja . " Habis berkata Harris terus turun kebawah , tidak sempat Amanda hendak mencapai tangan Harris untuk salam suaminya . Sabar Amanda . Ni baru permulaan .
•••••
" Sayang , why you tak angkat call i semalam ? I whatsapp pon you tak baca .. Are you okay baby ? " Nada merajuk kedengaran di telinga Harris . Siapa lagi kalau bukan Diyana yang merajuk . Kekasih yang paling dicintainya .
" Sorry sayang , i busy pasal kerja , you jangan merajuk eh ? Kalau you still nak merajuk , i tahu macam mana nak pujuk . Today i belanja anything yang you nak . Okay ? " Pujuk Harris , mengharap Diyana terima pujukannya . Tapi buat apa Harris mengharap ? Dia tahu pasti Diyana terima pujukannya . Duit segala galanya .
" Seriously sayang ? Aww i tak minta , tapi orang nak belanja , i okay je . Okaylah jumpa you petang ni " Teruja sekali Diyana . Kekasih hatinya mahu belanja apa saja . Siapa tak suka .
Kalau Diyana tahu aku dah kahwin , apa la agaknya jadi nanti . Tak ! Diyana tak boleh tahu ! Aku taknak Diyana tahu selagi Diyana tak jadi isteri aku , bila dia dah jadi isteri aku , baru aku bagitahu pasal Amanda . Si pelacur tu . Harris mengomel sendirian , cukup takut dirinya ditinggalkan oleh Diyana jika gadis itu tahu tentang perkahwinannya lagi pula dengan pelacur . Jatuh standard CEO muda yang terkenal . Ceh
•••••
Dah hampir isyak , tetapi Harris masih belum pulang , kerjanya sepatutnya sudah habis pukul 5 . Kemana la awak pergi Harris .
Tidak lama selepas dia terfikir tentang Harris , bunyi pintu rumah dibuka dari luar kedengaran . Harris dah balik . Nak salam ke ? Takut la pulak . Takpelah cuba nasib jela . Bisik Amanda sendirian .
" Awak dah balik ? Saya dah masak kat dapur , jom kita makan sama ? Awak pergi mandi dulu nanti turun bawah ye . " Sambil Amanda bercakap , sambil itu tangan dihulur ingin menyalam suaminya , tapi lain yang dia dapat ..
Harris menepis tangan Amanda yang ingin menyalaminya , terus dia ceramah Amanda ." Aku balik penat penat kau membebel pulak . Kau makan jela , kau jangan nak anggap aku ni suami kau sangat . Kau lupa ke kita kahwin pon bukan sebab sayang , sebab terpaksa . Logik la wey aku nak kahwin dengan pelacur ? Mana aku nak letak muka kalau berita pasal aku kahwin ngn kau ni tersebar . Dah la ! Kau pergi sana ! Rimas pulak aku ! "
Terdiam terus Amanda . Kenapa Harris begitu ? Di cuma ajak makan sekali saja , tak perlu la sampai menggelarkan dirinya pelacur . Dia pun tidak minta semua ni terjadi . Sungguh tuhan saja tahu sakit dia macam mana . Tanpa dipaksa , air mata turun selebat yang mungkin .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
P/s ; Bukan muka Amanda .
Langkah kakinya menuju ke dapur , lauk yang dimasak ingin makan bersama Harris , disimpan didalam peti . Tak mengapalah dia tidak makan , nanti dia sendiri yang kecil hati bila nak makan teringat pulak kata kata Harris itu . Dia tersenyum , hari esok lebih baik dari hari ini .