Pagi itu , Puan Nora bangun awal . Dia bercadang mahu bawa Amanda ke kantin . Selama ni , anaknya itu asyik terperap sahaja dalam bilik . Jadi biarlah dia bawa Amanda ke kantin untuk kali ini sahaja . Sebentar lagi anaknya itu bakal menjalani pembedahan .
Tepat pukul 10 , Doktor Laila datang ke wad Amanda . Terlihat Amanda sedang bergelak ketawa dengan keluarganya . Daniel juga turut berada disisi Amanda .
" Hai semua , Amanda dah bersedia ? " Semua menoleh kearah Doktor Laila . Mereka memberikan senyuman kepada Doktor itu . Amanda menghela nafas perlahan .
" Saya dah sedia Doktor . " Doktor Laila mengangguk lalu menghampiri katil Amanda . Mereka hanya memerhatikan sahaja . Sebelum Amanda menuju ke bilik pembedahan , dia berjumpa dahulu dengan Puan Nora , Encik Noah dan Daniel .
" Ibu , terima kasih sebab ada dengan Amanda . Insyaallah kalau diizinkan oleh Allah untuk Amanda bernafas lagi dibumi ni , Amanda janji Amanda akan sentiasa bersama ibu , macam masa Amanda kecil dulu dulu . " Puan Nora mengusap kepala Amanda . Sebak dirasakan . Air mata ibunya mengalir . Tiada tanda mahu berhenti airmatanya itu .
" Doa ibu sentiasa untuk Amanda . " Dicium dahi Amanda . Kemudian , Amanda menghampiri Encik Noah .
" Papa , terima kasih sebab terima ibu Amanda . Amanda sayangkan papa macam mana Amanda sayangkan arwah ayah Amanda . Papa jangan sia siakan ibu tau . Sayang papa . " Tangan Encik Noah digenggam seketika .
" Amanda jangan risau , papa takkan sakitkan ibu Amanda . My love for you Amanda . " Encik Noah hanya menggenggam kembali tangan Amanda . Orang terakhir yang Amanda jumpa Daniel .
" Rose .. " Kelihatan Daniel juga sudah mula sebak .
" Eh Daniel , jangan nangis , malu la awak ni .. Hahaha . Daniel , terima kasih tau . Terima kasih banyak banyak , awak jaga saya , awak tolong saya . Banyak sangat awak buat kebaikan terhadap saya . Nanti bila saya dah sihat saya janji saya akan balas jasa awak . Selama setahun saya akan belanja awak makan dekat kedai paling mahal . Okay tak ? "
Daniel yang sedang menitiskan air mata itu tertawa kecil dengan tawaran Amanda itu . " Rose , aku tak menyesal kenal kau Rose , aku sentiasa doakan kau , walaupun kau isteri orang .. peduli apa aku ! " Amanda tersenyum seketika mendengar ayat terakhir Daniel . Sebelum pergi , Amanda memandangkan ketiga tiga wajah itu . Senyuman dilemparkan . Doktor Laila meneruskan menolak katil Amanda ke bilik bedah .
----------
Sudah hampir 4 jam mereka menunggu dengan sabar dihadapan bilik bedah itu . Kalau diikutkan , Harris dan Diyana akan nikah 2 jam dari sekarang . Jadi biarlah mereka bahagia atas penderitaan orang lain .
Sedang mereka menunggu , seorang Doktor keluar dari bilik pembedahan itu , ketiga tiga mereka lantas bangun dan menuju ke Doktor itu .
" Macam mana keadaan anak saya Doktor ? " Encik Noah bersuara . Melihatkan wajah Doktor itu kelihatan sugul , membuatkan mereka mengeluh .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...