Gulp ! Payau rasa air liur yang ditelan oleh Amanda .
" Mak–maksud ma-ma ? " Terketar soalan yang diajukan Amanda . Yelah cara mama Harris bercakap macam selama ni mama Harris itu berbaik dengannya sebab terpaksa sahaja .
" Eh Amanda jangan takut , mama tanya ni sebab mama nak kenal dengan Amanda . Mama dah tanya Harris sebelum Harris pergi kerja yang mama nak Amanda cerita kebenaran perkahwinan korang . "
Amanda mendiamkan diri , takut mahu menceritakan . Dia takut keluarga Harris tak dapat menerima dia .
" Jap mama call Harris , kalau Amanda tak percaya . " Telefon mama Harris dikeluarkan lalu mendail nombor anak lelakinya itu .
" Hello kenapa mama call ? Jay nak gerak pergi meeting ni . " Sapaan Harris kedengaran di telinga tua mama dan Amanda . Mamanya membuka loudspeaker untuk memastikan Amanda dengar .
" Jay , Jay tak marahkan kalau Amanda cerita segalanya dari A sampai Z ? " Pertanyaan mama dibalas oleh Harris dengan nada biasa .
" Tanya la mama , Sebelum tu , bagi Amanda telefon sekejap , tutup loudspeaker ye mama ? " Permintaan Harris untuk bercakap secara privasi diikutkan oleh mama .
" Hello , Amanda ? Ok dengar ni , apa je mama tanya , kau cerita semuanya kecuali , kau jangan cerita yang aku beli kau dekat rumah merah tu . Kau cakap yang aku jumpa kau time kau baru habis meniaga . Aku tak sedia lagi nak cerita semuanya . Aku harap kau faham . Okay , aku nak pergi dah ni . Bye sayang . " Harris terus mematikan panggilan itu , tapi yang menarik perhatian Amanda , bila Harris memanggil dirinya ' sayang ' .
" Dah dengarkan apa yang Harris cakap ? Now tell me everything " Kata mama . Amanda mula menarik nafas dan menceritakan segalanya .
Reaksi mamanya macam macam sekali , terkejut , kesian , marah dengan perbuatan Harris . Tapi nasi sudah jadi bubur , dia pun terima Amanda dengan hati yang terbuka .
" Okay mama dah faham . Takpe mama terima Amanda dengan sepenuh hati . Benda dah lepaskan ? Lagipun korang dah kahwin dah pun . Sekarang ceritakan pulak kisah hidup Amanda . Siapa ayah Amanda , ibu Amanda dan adik beradik Amanda sekali . Mama nak dengar " Pinta mama Harris kepada Amanda .
" Mama , yang itu Amanda janji akan ceritakan tapi bukan sekarang . Sebab Amanda belum lagi menceritakan sepenuhnya pasal diri Amanda dekat Harris . Bila Amanda dah ceritakan dekat Harris , Amanda cerita dekat mama pula . Janji . " Pujuk Amanda . Ya dia belum bersedia lagi . Sudah tiba masanya baru dia menceritakan segalanya .
" Tak apa mama faham , dah jom minum . Sambil tu boleh tengok tv . " Ajak mama Harris untuk mengelak daripada bertanyakan soalan kepada Amanda macam macam .
•••••
Sudah hampir seminggu dia tinggal disitu , di rumah mertua nya . Hubungan Amanda dengan Harris makin baik . Cuma cara Harris bercakap sama seperti dulu . Harris tidak memanggilnya pelacur seperti sebelum ni .
Sudah lama Harris memikirkan , bagaimana kehidupan isterinya sebelum mereka berkahwin . Dia tunggu masa yang sesuai untuk bertanyakan tentang diri Amanda .
Amanda yang baru selesai memasak didapur mula menyusun segala lauk pauk yang dimasak . Walaupun dia dirumah mak mertua nya , dia lebih suka kalau dia sendiri yang masak . Bibik kadang kadang saja tolong . Kerana bagi Amanda , dia suka buat kerja sendirian .
Setelah segalanya sudah siap dihidang diatas meja makan , Amanda mula memanggil Harris didalam bilik . Memandangkan harini Harris cuti , hanya tinggal mereka berdua sahaja dirumah itu . Mama dan papa Harris keluar . Jelita pula pergi rumah kawannya .
Kaki diatur menaiki tangga . Pintu dipulas , terlihat Harris yang menyandar diatas katil sambil tersenyum senyum melihat telefon . Harris ni tersengih sengih . Nak kata chat makwe ... , emm tapi entah entah dia memang ada makwe . Harap harap takde la . Hahaha Bisik hati Amanda . Malas mahu layan perasaan , terus ditegur Harris .
" Awak , makanan saya dah siapkan , jom turun makan . " Kata Amanda . Belum sempat Amanda berlalu pergi Harris memanggilnya kembali .
" Amanda duduk sini jap , aku ada benda nak tanya sikit ." Kata kata Harris menerima anggukan dari Amanda . Terus dia berjalan kearah Harris dan duduk berhadapan dengannya .
" Awak nak tanya apa ? " Polos sekali . Dengan mata bundarnya itu , menampakkan pertanyaannya itu comel sekali .
" Boleh kau cerita kisah hidup kau ? Sebelum aku jumpa kau dekat red house tu . " Amanda telan air liur , mungkin dah tiba masanya dia bercerita . Sampai bila Harris taknak dengar cerita dia . Bila gaduh kena gelar pelacur . Risau sebab taktahu cerita sebenar , gelaran tu melekat sampai bila bila .
" Oh ok–okay . " Nafas ditarik , dan dia memulakan ceritanya . " Nama saya Amanda Rose Binti Raz—" tak sempat habis bercakap Harris memotong .
" Itu aku tahu la , aku nak kau cer–" kini Amanda pula yang potong percakapan Harris .
" Nak mula cerita kena mula dari first la ! Awak ni .. dah diam biar saya bercakap " Geram sahaja dengan Harris ni . Tergelak kecil Harris tengok Amanda memuncung . Malas mahu memanjangkan cerita , terus dianggukan kepalanya .
" Saya mula balik , nama saya Amanda Rose Binti Razif , saya dilahirkan 3 April 2002 . Ibu saya Nora Amani Rahman . Ayah saya pula , Razif Abdullah . Saya takde adik beradik . Ibu dengan ayah saya ada bisnes sendiri . Ayah ada syarikat , AR Holding tak silap saya . Gabungan nama Ibu ' Amani ' dengan ayah ' Razif ' . Kehidupan kami bertiga sangat bahagia . Semuanya cukup , sehingga saya berumur 5 tahun , orang dalam syarikat ayah saya pecah amanah , dia menyeleweng separuh dari duit syarikat ayah . Ayah cuba bangkit , and bekerja keras untuk naikkan balik syarikatnya . Tapi sayang , tak sampai 3 bulan ayah berusaha , syarikat ayah terpaksa ditutup . Kami jatuh bankrup . Ayah dah cuba cari kerja bahagian syarikat , tapi ramai yang kenal dengan ayah , diorang tak terima ayah sebab takut syarikat diorang pulak bankrup gara gara ayah . Last last ayah mohon kerja disebuah kedai makan . Gaji ayah tak sebanyak dulu . Cukup untuk kami makan . Sejak dari itu , ayah tidak pernah mengajak kami keluar berjalan seperti dahulu . Kereta ayah sudah dijual sebab mahu pakai duit . Bila ayah jual kereta ayah beli motor sebiji . Untuk memudahkan ayah pergi kerja . Motor secondhand je awak . Bila umur saya meningkat 6 tahun , semuanya berubah . Ayah panas baran . Ibu selalu dimarah oleh ayah , ayah tak pernah naik tangan dekat ibu , sampai satu hari tu ... " Amanda berhenti seketika , air mata berjuraian , rasa sakit didada . Harris menarik Amanda kedalam pelukannya . Makin meraung Amanda .
" Its okay Amanda , take your time " Kata Harris sambil mengusap belakang Amanda .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
Storie d'amoreStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...