Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Sudah sehari Harris pergi meninggalkannya di sini . Tapi tiada sebarang mesej pon yang Amanda dapat dari Harris . Bingkai gambar Harris dan dirinya diusap perlahan . Banyak gambar dia yang Harris tangkap senyap senyap , lalu dicucinya dan diletakkan dalam frame . Katanya nak buat kenangan kalau Amanda takde dekat rumah . Amanda tersenyum seketika . Air matanya jatuh perlahan lahan .
Kenapa aku yang harus diuji ? Aku cuba untuk redha , tapi aku tak mampu . Aku belum puas kenal Harris , aku belum puas jumpa ibu . Aku tahu masa aku dah tak lama , tapi aku dah jalankan satu tanggungjawab aku .. iaitu kahwinkan Diyana dan Harris . Supaya bila aku dah tiada nanti , ada orang yang mampu jaga kau ..
Amanda menuju ke cermin didalam bilik itu , wajah nya dipegang . Sudah cengkung walaupun dia tidak pernah tidak makan . Bibirnya juga pucat lesi . Diusap rambutnya perlahan lahan .. makin teruk gugurnya . Nafas ditarik perlahan . Bibirnya menggeletar menahan tangis .
Pintu bilik air dikuak oleh Amanda . Dicapai gunting lalu digunting rambutnya . 30 minit membersihkan diri , Amanda keluar dari bilik air dengan wajah baru . Kepalanya sudah tiada seutas lagi rambut . Licin ? Lebih kurang la . Terasa ringan sahaja kepala walaupun sakit kepala sering menyengat .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sejak dari tadi perasaannya tidak enak , dicapai telefon pemberian Harris , lalu didail nombor Daniel .
Tutt tutt .. tutt
" Hello Rose , ada apa ? " Tanya Daniel . Tiba tiba wanita itu telefonnya .
" Hai Daniel , boleh bawa saya keluar jalan jalan tak ? Harris dah berangkat ke Thailand semalam . Jadi saya ' takut ' tinggal sorang " Memandangkan hari ini hari Sabtu , Daniel tidak ada kelas di kolej .
" Okay Rose , siaplah . Lagi 30 minit aku ambil kau " Panggilan dimatikan oleh Amanda . Dia menuju ke wardrobe lalu dicapai sehelai blouse yang dibeli ketika keluar bersama Harris . Semuanya Harris . Haih rindunya ..
Amanda hanya mengenakan baju blouse hitam separas pinggang bersama seluar palazo hitam . Tudung selendang berwarna kelabu dililit kemas dikepala . Beg kecil disangkut dibahu kiri . Sandal tanpa tumit disarung . Lalu keluar dari rumah itu . Menunggu Daniel di pondok kecil berhadapan rumahnya sahaja .
•••••
" Rose , kau nak apa apa lagi ? Aku belanja . Kau cakap je " Sudah penat berjalan , mereka duduk disatu bangku kecil . Amanda yang sedang termenung itu ditegur oleh Daniel .
" Saya taknak apa apa dah . Kepala saya sakit la Dan " Amanda mengaduh kecil kepada Daniel . Daniel yang sedang menghirup air itu lantas menoleh ke Amanda . Dilihat wanita itu terpejam pejam matanya menahan sakit .