DAR (Epilog)

2.9K 47 8
                                    

Sesampainya Harris dikantin , lelaki itu menghamburkan tangisannya . Kenapa ? Kenapa baru sekarang aku tahu kau sakit Amanda ? Aku tak sanggup hilang kau . Kalau aku tahu .. aku tak ikut cakap kau suruh kahwin dengan Diyana . Amanda tolonglah bertahan ..

Sedang Harrsi merintih , seorang lelaki menepuk bahunya . Harris lantas mengangkat mukanya lalu dipeluk lelaki dihadapannya itu .

" Aku tak kuat .. " Harris berkata perlahan . Lelaki itu mengusap belakang Harris . " Menangislah Ris .. "

" Daniel , kau tak patut rahsiakan benda ni . "

" Ya aku tahu , tapi ni semua kehendak Amanda . Dia nak kau kahwin dengan Diyana . Dia risau kalau dia tak dapat diselamatkan . Nanti siapa yang akan jaga kau kalau bukan Diyana ? Sebabtu dia nak satukan korang Harris . " Harris dia membisu sahaja . Daniel menarik Harris .

" Kau naiklah . Pergilah tengok isteri kau . " Harris mengangguk . Langkahnya longlai sekali . Sesampai ditingkat atas , Harris menuju ke arah keluarganya .

" Jay , pergilah . " Harris menarik nafas dalam dalam , ditolak pintu ICU itu . Dilihat sekujur tubuh terbaring seperti tidak bernyawa . Dihampiri Amanda . Mesin denyutan nadinya juga perlahan . Kerusi disebelah katil Amanda diduduki . Tangan Amanda digenggam lembut .

" Assalamualaikum sayang , abang datang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Assalamualaikum sayang , abang datang ni . Abang minta maaf sebab tak pernah ambil tahu pasal isteri abang ni . Abang dengan Diyana tak jadi kahwin . Kenapalah sayang nak sangat abang kahwin dengan Diyana tu ? Abang baru perasan perangai Diyana tu teruk rupanya . Hahaha .. " Harris gelak sendirian . Air mata sudah banjir dimukanya .

" Sayang .. abang bersyukur dapat jadikan Amanda Rose ni isteri abang . Walaupun perkahwinan kita semuanya salah abang , sekurangnya abang ada untuk lindungi sayang . Abang minta maaf sebab abang cemburu sayang dengan Daniel , walhal Daniel banyak tolong sayang . Kenapalah abang tak perasan semua ni ? Abang marahkan isteri abang ni keluar dengan lelaki lain , tapi bila abang keluar dengan Diyana sampai tak jaga batas , Amanda tak pernah sekali pon marah . Abang tahu dalam diam Amanda kecik hati . Abang silap sebab tak pujuk Amanda dulu . Abang silap sebab abaikan sayang . Abang seksa sayang , abang pukul sayang . Abang memang suami tak gunakan ? Abang minta maaf sayang . Sayanglah isteri dunia akhirat Abang . I loveyou Amanda Rose . " Usai berkata , Harris menangis sepuasnya . Tiada tanda tanda seperti Amanda akan bangun .

Sakit hati Harris melihatkan badan Amanda yang penuh wayar itu . Dia tahu Amanda cukup terseksa lawan semua penyakit itu . Dia menangis sepuasnya . Dahi Amanda dicium lama .

" Abang tak sanggup kehilangan sayang , tapi abang tak sanggup tengok sayang terseksa lawan kanser ni . Amanda , terima kasih jadi isteri abang .. " Nafas ditarik perlahan , walaupun tersekat sekat , dia tarik sekuat kuatnya .

" Abang redha Amanda pergi .. " Habis berkata kata , Harris menangis teresak esak . Tidak sanggup sebenarnya . Lama ditatap wajah Amanda , sehinggalah mesin denyutan nadi Amanda seperti hilang kawalan . Lantas dikesat air mata , wajah Amanda dicium , lalu dia keluar memanggil doktor . Doktor kelam kabut masuk bilik itu . Harris hanya mampu tengok dari cermin pintu bilik ICU itu sahaja . Amanda akan tinggalkan abang ..

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now