DAR 5

823 23 0
                                    

" Assalamualaikum Amanda , ooo Amanda . Mano kau pergi ni oi . Karang kita lambat lak nak ke sekolah . Jangan cakap kau tak siap lagi . Oi Amanda ! " Bebel Ayra sorang sorang didepan pintu rumah Amanda . Sunyi . Sepertinya tiada orang . Ayra cuba nasib lagi mengetuk pintu rumah Amanda .

Belum sempat Ayra mahu membebel , sesorang yang dikenali membuka pintu utama itu , Ayra sungguh terkejut muka Encik Razif sangat teruk. Bengkak dimerata tempat . Tanpa membuang masa Ayra terus pergi ke arah Ayah Amanda .

" Eh pakcik Razif , pakcik kenapa ni ? Pakcik ok tak ? Pakcik Amanda mana ? Harini kami nak amik result SPM ni . " Seperti yang semua orang tahu , Ayra memang suka tanya banyak soalan .

" Pakcik okay , kamu jangan cari Amanda lagi , Amanda tak duduk sini dah , kamu pergi sekarang . " Kendur suara Encik Razif menghalau Ayra .

" Tapi pakcikk , Aman— " Tidak sempat menghabiskan kata katanya , pintu rumah tersebut dihempas oleh tuan punya rumah .

Amanda , mana  kau , jangan buat aku risau .. ya allah apa patut aku buat ni . Desis hati kecil Ayra .

•••••

" Kau jangan sedih , aku cuba bagi kau makan bila Amoyy tidur nanti , sekarang kau bersihkan diri kau tu dulu . Pastu kau rehat la . Nanti aku panggil " Kata Black dengan nada yang lembut . Amanda tersenyum kepada Black . Ya masih ada lagi orang yang berhati perut macam Black .

Setelah bersihkan diri , Amanda termenung atas katil sambil menitis kan air mata . Agak agaknya macam mana lah keputusan SPM Ayra , mesti dia pergi rumah aku cari aku kan ? Tapi apa pulak la jawapan ayah . Ayra , mesti nanti kau dapat sambung belajar kan ? Aku tahu tu , congrats . Tapi aku kenal kau , mesti nak sambung belajar luar negara . Kau tinggalkan aku kat sini ? Dan bila lagi kita nak jumpa ? Aku doakan kesejahteraan kau Ayra Nabila . Sekali lagi , air mata merembes keluar dari mata bulat Amanda .

Flashback

" Kau apahal kurang ajar sangat ? Kau tu pelacur . Pelacur yang takde duit ! Tangan kotor kau naik lempang muka aku , kau sedar tak kau tu siapa ? Pelacur weyy !! Menyesal aku langgan kau ! Aku nak report kat Amoyy bodoh tu . Bagi aku pelacur takde otak pulak tu ! " Amuk Eric selepas Amanda terlempang mukanya .

Amanda menangis sepuas hati apabila Eric menarik tangannya turun dari tangga dan jumpa Amoyy . Amoyy yang pelik itu sudah dapat agak ada sesuatu yang terjadi .

" Why Eric ? Dia buat hal ka ?? " Tanya Amoyy pura pura tidak tahu . Masakan tidak tahu ! Wajah Eric jelas kemerahab menahan marah yang membuak buat . Puih !

" Memang buat hal !! Kau reti tak ajar pelacur pelacur kau beradab dengan cust !!? Memang merosakkan mood aku betul la !! Aku taknak pelacur ni , pulangkan balik duit aku now !! Tengkingan Eric mendapat perhatian seluruh kawasan itu .

" Ayaaa ! Sorry laa Eric , i pulangkan separuh saja ma , separuh lagi sudah burn sebab you sudah sentuh wa punya GRO , itu deal kita masa you booking dia tadi kan ? Ambil ni and you boleh keluar . You jangan buat bising disini ! " Balas Amoyy mendatar . Tanpa berlengah lagi , Eric ambil duit tersebut lalu pergi .

Amoyy memandang Amanda yang terkulat kulat memandang lantai . Sambil matanya menitiskan air mata . Ya Amanda tak berani pandang Amoyy sekarang ni .

" Apa you sudah buat ha Amanda ? You sengaja cari pasal ka ?? "

" Saya tak sengaja auntie , saya terlempang dia . Saya betul betul tak sengaja "

" What ? You tampar dia ? Ergh ! "

" Ya auntie , saya minta maaf . "

" You ni Amanda ,  I sudah warning you tadi ! Apa you sudah buat ? Duit tak dapat , malu yang i dapat ? Shit ! Leong ! Jangan kasi perempuan tu makan harini ! " Tengking Amoyy terus berlalu pergi dari situ .

End flashback .

" Aku harap hari esok lebih baik dari harini . " senyum Amanda secara terpaksa . Malam itu dia cuba melelapkan mata . Tapi fikirannya kusut sekali . Ya dia sungguh risau . Apa akan jadi dengan masa hadapannya ? Siapakah hero yang akan menyelamatkannya ? Bila dia akan keluar dari tempat ini ? Sekali dia masuk sarang maksiat ini , bila dia sudah bebas , gelaran ' pelacur ' tetap melekat di badannya .

Sedih .. dia masih tidak faham . Adakah ayahnya yang menggadaikannya ? Sebab tidak punya wang untuk langsaikan hutang ? Tak mungkin ayah akan buat macamtu . Sedang dia berfikir fikir seorang diri , matanya semakin lama semakin layu .. lalu tidurlah seorang puteri malang ..

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now