Amanda terjaga dari lena apabila terdengar sayup sayup Azan zohor . Sudah lama agaknya dia rehat . Lantas dia bangun menuju ke bilik air mengambil wudhuk . Selesai mengambil wudhuk , telekung dipakai lalu dia menunaikan solat zohor . Banyak lagi kerja yang dia perlu buat . Jadi lebih penting solat dahulu .
Sedang dia mahu melipat sejadah telefonnya berdering minta diangkat . Tertera nama 'Abang' lalu butang hijau ditekan .
" Assalamualaikum abang , ada apa apa ke ? " Soal Amanda ramah . Walaupun kecewanya masih belum hilang tapi sebagai seorang isteri perlu taat kepada suami .
" Waalaikumsalam sayang , abang nak balik lunch dekat rumah kejap lagi . Sayang dah masak ke belum " Pertanyaan Harris membuatkan Amanda menggigit jarinya . Dia baru bangun , mana mungkin dia sudah masak .
" Ah.. err abang .. Amanda baru bangun . Amanda letih sangat " Sengaja disayukan suaranya berharap suaminya tidak marah .
" Sokay sayang , abang beli lauk kat luar , sayang masak nasi eh . Bye , loveyou " Terus Harris mematikan panggilannya . Malas mahu buang masa , kakinya laju menuruni anak tangga , risau tidak sempat pula nasi masak nanti .
•••••
" Abang tiba tiba balik makan tengahari ni . Ada apa apa ke ? " Soal Amanda ketika menyendukkan nasi kedalam pinggan Harris .
" Mana ada apa apa . Saja nak makan dengan isteri tercinta abang ni " Hidung Amanda ditarik sedikit membuatkan wanita itu mengaduh manja .
Sedang mereka makan , tiba tiba Harris memulakan bicaranya .
" Sayang , abang nak minta maaf , sebab petang ni abang takdapat teman sayang keluar . Abang ada meeting dengan company ternama . " Rayu Harris . Kunyahan Amanda terhenti . Lagi sekali Harris ? Sabarlah Amanda .. senyuman kelat ditarik menghiasi wajah kecewa Amanda .
" Tak apa . Amanda guna apa yang ada je . " Mahu sahaja dia berlari naik keatas menangis , tapi tidak mahu kejadian semalam berulang kembali , jadi dia hanya mendiamkan diri dan cuba menghabiskan nasi didalam pinggan .
" Sayang jangan marah . Ab- " Kata kata Harris dipintas Amanda .
" Amanda okay je . Makan cepat nanti boleh pergi kerja balik " Arah Amanda lalu pinggan yang sudah kosong itu diangkat menuju ke singki .
•••••
Tiada lagi bayangan kereta Harris , Amanda menutup rapat pintu rumahnya . Kakinya diaturkan menuju ke bilik . Sedih rasanya . Again again again Harris ? Air mata Amanda gugur buat kesekian kalinya . Banyak kali harapan palsu Harris taburkan kepadanya . Kalau tak boleh pergi , lain kali jangan bercakap seperti benda tu akan jadi !
Malas mahu melayan perasaan , Amanda mula mengemaskan biliknya , ruang tamu dan bilik bilik yang lain . Kalau duduk takde buat apa nanti karang lambat pulak masa berlalu .
•••••
Sedang ralit membuat kerja , telefonnya berdering minta diangkat . Tertera nama 'Diyana' ditalian .
" Hello , Harris .. you join ke JT Williams company punya perbincangan ? " Suara lunak gadis itu menerpa telinga Harris .
" Ya , i join . Company family you pon join kan ? " Soal Harris semula .
" Ofcourse ! Jumpa you dekat sana . Nanti dah habis meeting kita jalan jalan eh ? You free kan ? " Tanya Diyana dengan nada manja . Sengaja !
" Ah .. err free maybe . Apa apa jumpa sana . Bye . " Talian dimatikan . Malas mahu layan dan kerja pon masih banyak tidak disiapkan .
Tentang Amanda dirumah ? Langsung tidak fikir kecil hati wanita itu . Baginya jika Amanda sudah memaafkannya , mungkin Amanda tidak kisah . Padahal , Amanda maafkannya kerana tidak mahu bergaduh . Yalah , kalau berperang , Amanda menggunakan mulutnya sahaja , sebaliknya Harris , menggunakan tangan dan boleh jadi guna peralatan . Tapi tak pernah lagi la kena belasah dengan barang . Mungkin akan datang ? Ceh berharap ke ?
•••••
" So , setakat ni sahaja perbincangan dari group saya . Saya harap ada yang sudi bekerjasama , especially company you Jayden . " Pertanyaan dari owner syarikat JT Williams itu menyentakkan Harris . Serta merta pen ditangan diturunkan lalu memandang James T William itu .
" Ah , err i okay je James . Bila bila you nak bincang , just datang my office " Ujar Harris memandangkan semua mata mata memandangnya . James hanya tersenyum sahaja ke arah Harris . Siapa tidak kenal James 3 beradik . Yang first Jazz T William , yang kedua , Jimmy T William dan yang terkahir James T William . Sebab tu syarikat mereka dinamakan JT Williams .
" Okay so , you all boleh bersurai " Kesemua ahli ahli dari syarikat yang berlainan mula beransur pulang . Tinggal Harris dan Diyana sahaja . Sedang Harris mahu bangun dari kerusi , lengannya ditarik oleh Diyana .
" You .. err i ada ajak you keluarkan tadi ? So jom ? " Pujuk Diyana . Jam ditangan dikerling oleh Harris . Sudah pukul 6:00pm . Memandangkan Amanda tahu yang dia ada meeting jadi takde hal kot dia keluar dengan Diyana ?
•••••
Sudah pukul 9 malam tapi Harris masih tidak pulang kerumah . Macam semalam tapi harap kejadian semalam tak terjadi la harini . Mesyuarat apa sampai kemalam ?
Tv yang sedia terbuka dikalih channel yang lain . Tak ada cerita yang best . Telefon dicapai , nombor Harris dicari lalu didail . Tetapi panggilannya tidak dijawab . 2 kali call pon tak diangkat . Mungkin sibuk drive ?
9:30 malam kelibat Harris kelihatan dimuka pintu . Amanda berlari anak mengejar Harris . Isu kena belasah semalam sudah dimaafkan oleh Amanda memandangkan wanita itu bersih hatinya . Jadi tidak perlu menyimpan dendam dengan suami sendiri .
" Abang dah makan ? Harini kenapa balik lambat lagi ? " Tanya Amanda ramah .
" Belum makan , tadi abang keluar dengan kawan abang . Saja ajak melepak . " Balas Harris menyembunyikan hal sebenar .
Amanda tersenyum nipis " Harini Amanda masak sup sayur dengan ikan goreng je . Abang okay ke ? Sebab mulut Amanda tak boleh terima benda pedas .. "
Harris mengangguk sambil mengusap kepala Amanda . " Abang okay je sayang , dah jom makan , nanti boleh tidur . Esok first day sayang kat kolej " Lengan Amanda ditarik lembut menuju ke meja makan . Sambil makan sambil berborak . Sudah lama Harris tidak dengar celoteh wanita itu . Macam macam diboraknya . Lipas belakang tong gas pon dicerita . Tv takde channel yang best pon dicerita . Lagi merepek , keropok lupa ikat pakai getah sampai masuk angin pon diceritanya .
Bila dah rindu , semua benda jadi kelakar . Suara Amanda pelengkap hari dia . Gelagat Amanda , senyuman Amanda , gelak tawa Amanda . Bagaimana dia boleh sanggup membelasah wanita kecil itu . Dia tidak mahu barannya ditunjuk di hadapan Amanda , dia tahu nanti dirinya pasti tidak dapat dikawal . Amanda jadi mangsa bengkak bingkai .
Dia berharap tiada lagi bala yang datang dan masuk kedalam rumah tangganya . Lagi lagi berkaitan dengan Amanda . Kalau Harris sudah mengamuk , pukul Amanda sampai mati pun Harris sanggup .
![](https://img.wattpad.com/cover/226973148-288-k119163.jpg)
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...