DAR 19

607 14 0
                                    

Seperti yang diminta , Harris dan Amanda bertolak ke Perak pagi itu . Perjalanan yang memakan masa 1 jam 30 minit akhirnya tiba . Tempat pertama yang mereka pergi adalah sekolah . Kerana mahu mengambil sijil SPM Amanda . Banyak cikgu cikgu tanya mengapa Amanda tidak munculkan diri ketika hari penyampaian sijil . Amanda hanya memberikan alasan , dia ke Kuala Lumpur kerana masalah keluarga .

Tempat kedua yang ditujui oleh Amanda dan Harris adalah rumah sahabat baiknya , Ayra . Setibanya mereka dirumah Ayra , rumah itu kelihatan sunyi . Seperti sudah ditinggalkan . Kereta pun tidak nampak . Mungkin Ayra sudah berpindah . Sayu wajah Amanda bila dapati Ayra tiada di rumah itu . Tanpa buang masa mereka menuju ke teratak terakhir iaitu rumah Encik Razif , bapa Amanda .

" Assalamualaikum " Salam diberi oleh mereka berdua . Tapi tidak berjawab . Begitu juga salam kedua . Masih tiada jawapan . Ketika salam ketiga mahu diungkap , jiran sebelah rumah mereka datang menghampiri .

" Amanda kan ? Amanda pergi mana ? Amanda menghilang macamtu je . " Tutur jiran itu dengan nada sayu .

" Amanda kerja kat Kuala Lumpur makcik . Em makcik ada nampak ayah saya tak ? " Tanya Amanda ramah . Tapi wajah sugul jirannya itu membuatkan dia tidak sedap hati .

" Amanda taktahu ke ? 2 minggu lepas , ayah kamu meninggal kena langgar dengan lori . Dekat jalan besar depan sana tu . Orang kampung dah uruskan jenazah ayah kamu . Ramai cuba cari kamu , tapi tak jumpa . " Terbungkam Amanda mendengar berita yang disampaikan tadi .. badannya terus lemah , suami disisi cuba membantu menyalurkan kekuatan . Air mata deras mengalir . Tak mungkin .. ayah .. Amanda banyak buat dosa dengan ayah ..

" Kalau takde pape makcik minta diri dulu ye nak , Amanda tabahkan diri tu . Yang dah pergi biarkan pergi . Kalau nak ke kubur , dekat lorong Tukang Sidin tu . Assalamualaikum " Usai berkata jirannya itu berlalu pergi .

" Ab-abang .. ayy-ayahh-" Amanda rebah dipangkuan Harris , Harris yang terkejut lantas mengangkat Amanda masuk ke rumah usang bapa mertuanya itu . Dibaringkan Amanda dikatil single yang terdapat di salah satu bilik itu . Mungkin ni bilik Amanda .

Setelah memastikan Amanda dibaringkan dengan betul , Harris terus tawaf kawasan dalam rumah usang itu . Macam ni susahnya Amanda dengan bapa mertuanya dulu ? Amanda , mungkin tuhan hantarkan aku untuk jaga kau .

                            -Bilik Amanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                            -Bilik Amanda .. gambar google-

Setelah puas melihat sekitar rumah usang itu , Harris kembali masuk ke dalam bilik Amanda . Diduduk dibirai katil itu . Belum sempat tangannya mahu menyelok poket seluar , matanya tertancap pada satu benda .

Telefon ? Telefon zaman bila ni ? Ni mesti Amanda punya . Dicapai nokia 3310 . Ditekan punat telefon itu , tidak menyala . Mungkin tiada bateri ? Telefon itu disimpan didalam kocek seluarnya . Niatnya untuk bermain game ditelefonnya dibatalkan . Dia tidak meneroka lagi bilik Amanda . Lantas dia pergi ke sebuah almari kain disudut hujung bilik itu .

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now