DAR 34

900 20 0
                                        

" Amanda , dekat sini saya ada 2 berita . Satu berita baik dan satu berita buruk . " Bahu Amanda disentuh lembut oleh Doktor Laila . Amanda yang sedang bermain dengan jarinya hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja . Tidak mahu memandang Doktor itu , takut dengar berita buruk dari mulut Doktor tersebut mungkin ?

" Okay , berita baiknya , tahniah Amanda , awak bakal jadi ibu . Kandungan awak hampir masuk 2 minggu . Memandangkan awak pernah keguguran sebelum ni , saya nak lepasni awak lebih berhati hati . " Pantas kepalanya didongak memandang Doktor Laila itu . Air matanya menitik . Ucapan syukur berulang kali diucap oleh Amanda .

" Bad news nya , saya harap awak tabah .. awak kerap kali sakit kepala kan ? Berdasarkan x-ray yang dilakukan , awak disyaki menghidap barah otak stage 2 dan terlalu hampir ketahap 3 . Kanser awak ni sudah lama bersarang dekat kepala awak . Cuma kesannya lambat muncul . Barah otak awak ni , berkemungkinan turun temurun . Mungkin mak dan ayah awak tidak menghidap kanser ini , tapi nenek atau atuk awak salah seorang ada penyakit ni . " Terang Doktor Laila panjang lebar . (Part ni aku hentam je .)

Zass ! Air mata kegembiraan , diganti dengan air mata kesedihan . Kepalanya digeleng geleng . Sekaan tidak percaya . Tak mungkin !

"Jangan risau Amanda , awak baru sahaja berada di penghujung tahap 2 . Masih ada harapan untuk sembuh . So nanti saya akan tulis dekat kad ni , bila awak perlu datang buat kemo . Okay ? " Pujuk Doktor itu , Amanda masih kaku .  Berita apa didengarnya . Tak , aku kena kuat demi anak dalam perut ni !

Usai menulis apa yang patut , Doktor itu menarik tubuh Amanda kedalam pelukannya . Air mata Amanda juga sudah kering . Senyuman dihadiahkan kepada Doktor itu .

" Jangan risau Amanda , saya akan cuba tolong awak sampai awak sembuh . " Ujar Doktor Laila . Amanda hanya menganggukkan kepalanya sahaja .

Pintu bilik pemeriksaan dikuak dari dalam . Daniel yang sedang menunggu Amanda dikerusi menunggu lantas bangun menuju ke Amanda . Muka Amanda kelihatan kurang sihat . Matanya juga sembab . Baru lepas menangis ? Ada yang tak kena ni .

" Rose , jom aku bawak kau pergi tasik dekat kawasan rumah kau . " Amanda hanya menganggukkan kepala sahaja . Ya , mungkin dia perlu menghirup udara yang segar , sedikit sebanyak masalahnya juga akan hilang .

40 minit perjalanan , mereka tiba di tasik yang diperkatakan tadi . Daniel membeli sebungkus roti dan juga secawan air jagung untuk Amanda . Amanda menyambut dengan senyuman . Kerusi yang menghadap tasik dipilih untuk duduk .

" Rose , kau ada apa apa nak cerita ke ? " Daniel memulakan bicara . Memandangkan Amanda hanya termenung sahaja . Airnya juga tidak luak .

" Daniel , ss—saya .. mengandung . " Daniel yang mendengar perkataan itu terus mengukir senyuman lebar . Tak lama lagi dia bakal jadi pakcik . Tiberghh

" Alhamdulillah weh , jaga kandungan kau baik baik . Tapi Rose asal kau tak happy ? " Soalan Daniel membuatkan Amanda menitiskan air mata . Gila tak happy ? Rasa nak melompat je dari sini sampai ke rumah . Tapi ..

" Dan— saya .. "

" Ye , cakaplah Amanda . Aku janji apa aku boleh tolong , aku tolong " Ucap Daniel . Air mata Amanda makin lebat . Terasa sesak didada Daniel melihatkan wanita itu menangis sebegitu rupa .

" Saya menghidap barah otak stage 2 " Esakan Amanda kedengaran jelas dicuping telinga Daniel .

Daniel ? Terkejut , air matanya juga ditahan supaya tidak menangis . Nafasnya tersekat . Dicuba mencari nafas . Senyuman diukir . Teragak agak lelaki itu ingin menyentuh bahu Amanda .

" Ro—Rose .. aku bantu kau pulih . Aku bantu kau jalani kemo . Aku akan sentiasa tolong kau Rose " Bahu wanita itu diusap lembut . Amanda seperti terbeban dengan masalahnya lantas memeluk Daniel . Cuma seketika sahaja . Daniel terkaku melihat Amanda sebegitu . Dia faham .. mungkin Amanda betul betul tertekan dengan masalah ini .

" Dan , tolong jangan bagitahu Harris atau siapa siapa pon . Saya merayu " Daniel hanya menganggukkan kepalanya sahaja . Dia sanggup berada disisi wanita itu sehingga Amanda pulih .

•••••

" Abang .. esok saya nak keluar dengan kawan kawan saya boleh ? Sebab Ayra , Ahad dia nak pindah luar negara . Jadi kami cadang nak pergi jalan jalan dekat Pavillion je . Tak ramai . 4 orang je . Ayra , Lily dan Daniel . Lagi— "

" Amanda nak keluar sebab ada jantan gatal tu je kan ? No ! Abang tak izinkan . " Remote tv yang berada ditangan Harris dihempas kasar .

Jantan gatal Harris panggil dia ? Dia ada saat aku macam ni Harris . Desis Amanda dalam hati . Air matanya setitik dua titik menitik . Telefon dicapai , nombor Daniel dicari lalu menghantar pesanan ringkas Kepadanya .

Daniel bff
- Assalamualaikum , Daniel , saya minta maaf , mungkin esok saya tak join keluar jalan jalan . Kepala saya sakit sangat ni .

Terpaksa ditipu lelaki yang ada ketika dia susah . Saya minta maaf Daniel .

Seketika kemudian telefonnya bergetar menandakan ada mesej baharu yang masuk . Segera dibacanya .

Daniel bff
- Waalaikumsalam , sokay Rose , rest secukupnya , hari isnin aku bawak kau pergi checkup , alang alang tu pergi check keadaan kau tu . Goodnight Rose .

Telefonnya dimatikan . Kan bagus kalau Harris melayannya  sama seperti Daniel melayannya . Senyuman nipis diukir . Kepala juga sudah berdengap dengap . Memandangkan dia sudah tidak larat mendaki tangga , sofa menjadi pilihan untuk dia tidur .

•••••

Pagi itu , Harris bangun awal pagi . Memandangkan sabtu dan ahad cuti , jadi harini dia terbangun awal . Dilihat disebelah , Amanda tak ada . Dari semalam lagi , waktu dia terjaga mahu guna tandas , Amanda tak ada disebelahnya . Harris mengorak langkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu .

Setiba di ruang tamu , dia mengintai Amanda kot kot ada di dapur . Tapi tiada . Malas mahu mencari , Harris menuju ke sofa yang berada dihadapan tv . Terlihat sekujur tubuh isterinya sedang tidur mengerekot . Sejukkah ? Harris menghampiri Amanda .

" Amanda .. Amanda , bangun . " Kejut Harris bersama goyangan dilengan Amanda .

Masih tiada respon . Kejutan kali kedua pon sama . Sehingga kejutan kali ketiga .

" Ab—abang mmaaf . Ahh " Kepalanya yang terasa sakit dicengkam oleh Amanda . Bibirnya juga seakan pucat . Ditahan sakitnya itu .

" Abang .. nak makan ke ? Kejap , Amanda pergi masak " Tegur Amanda sekali lagi . Harris hanya mengangguk sahaja . Belum sempat dia Amanda mahu kedapur , dirinya dihalang oleh seseorang .

" You takpayah la masak Amanda . I tengok you macam tak sihat je . Karang tak sedap terus makanan you tu nanti . Honey , i masak untuk you eh ? " Bergema suara Diyana . Amanda apa lagi ? Menundukkan kepalanya sahaja . Dia naik kebilik . Menangis sepuas puasnya . Bila fikirkan anak dalam kandungan ni .. dia harus kuat . Nanti kandungan dia pula yang terjejas .

Nombor telefon ibunya didail . Macam macam mahu diceritakan . Seketika ibunya mengangkat .

" Assalamualaikum , ibu .. ibu sihat ke ? Papa sihat ? " Amanda memulakan bicara . Kedengaran riang .

" Waalaikumsalam anak ibu , kami semua sihat sayang . Amanda sihat ? Kenapa suara serak je ni ? "

" Amanda okay je ibu . Ibu .. Amanda ada berita baik untuk ibu .. Jeng jeng jeng .. ibu dengan papa bakal jadi atok dan nenek ! " Ucap Amanda penuh kegembiraaan . Senyumannya melebar .

" Hah ?! Betul ke ni ? Ya allah .. kejap kejap . Abang oo abang .. dengar ni Amanda nak cakap "

" Hello Amanda , ada apa apa ke ? Ibu nampak macam gembira je ? " Encik Noah pula yang bercakap .

" Papa bakal jadi atok . Hikhik " Gelak kecil Amanda dihujung talian . Berborak tak ingat dunia . Lama juga mereka oncall . Tentang penyakit Amanda , hanya Daniel sahaja yang tahu . Tidak mahu ibunya risau , jadi dia pendam sahaja . Tanpa sedar ada seseorang memerhati .

" Okay ibu , Amanda sayang ibu juga . Waalaikumsalam " Usai menamatkan panggilan , telefon diletak kembali diatas meja . Tiba tiba .

" Call dengan siapa ? "

Dia , Amanda RoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang