DAR 15

781 20 0
                                    

Seperti biasa , Harris akan pergi ke pejabat awal pagi . Cuma kalini berbeza sedikit . Amanda menyuruh dia membawa bekal . Katanya nanti takdelah susah susah balik makan tengahari . Bila teringatkan perangai kanak kanak Amanda , membuatkan dia tersenyum . Lagi lagi bila Harris mengajak Amanda keluar petang nanti . Comel je

Flashback ..

" Abang , harini abang takpayah la balik makan dekat rumah , sayang bekalkan abang lauk lauk ni . Nanti waktu lunch abang just makan kat office je . " Kata kata Amanda menyapa telinga Harris .

" Rajinnya bini abang masak pagi pagi . Tengok sikit lauk apa ? Emm sedapnya . Bekalkan lebih sikit eh sayang " Sambil Harris berkata , tangannya memeluk pinggang Amanda dari belakang .

" Okay , abang pi duduk sana . Biar sayang siapkan makanan , karang lambat jangan salahkan saya eh " Belum sempat Amanda menolak dada Harris suruh tunggu di meja makan , Harris menarik tangan Amanda lalu bermain dengan rambut Amanda yang sedikit terjuntai .

" Sayang , abang balik pukul 6 harini . Sayang siap siap eh sebelum abang balik . Harini abang nak bawak sayang jalan jalan , tengok wayang and beli barang dapur sikit " Ajakan Harris membuatkan mata Amanda bersinar .

" Betul ke ? Yeyyy . Sayang abang " Pipi Harris terasa lembab bila Amanda mencium pipinya dengan bibir yang sedikit basah .

End flashback .

Sedang tersengih sengih memikirkan bini dirumah , tiba tiba pintu office nya dirempuh oleh seorang wanita .

" Maaf Tuan , dia rempuh masuk macamtu saja . Saya tak sempat halang dia . " Kata P.A Harris itu sambil wajahnya ditunduk memandang lantai .

" Its okay Mia , awak boleh pergi " Jawapan Harris melegakan hati Mia , terus dia tutup pintu pejabat bossnya itu .

" Hai sayang , rindunya dekat you . Why you dah lama tak contact i ? " Pertanyaan wanita itu dibiarkan sepi . Akibat sedikit marah lantas bergerak menuju ke meja Harris dan melabuhkan tangannya diatas bahu Harris . Dek terkejut dengan perbuatan wanita itu , terus Harris berdiri .

" Eh Diyana ! kalau you tak ada apa apa urusan , you boleh keluar ! I ada banyak kerja nak kena buat " Kata Harris sambil jarinya ditunjukkan kepintu tanda menyuruh wanita itu keluar .

" WHAT ?! Sebelum ni you takde pon layan i macam ni sayang ?? Why you lain eh sekarang ? I sayangkan you Harris ! " Amuk Diyana tidak puas hati . Sebelum ni tak pernah pernah kena halau , ni tiba tiba je kena halau .

" Okay memandangkan you macam tak puas hati dengan perangai baru i , biar i straight to the point jela . I nak putus . I taknak ada hubungan apa apa dengan you dah . Kalau hubungan sebagai kawan , biar i pertimbangkan dulu . I buat semua ni sebab i dah ada isteri . Cinta i pada you , dah takde . Now semua cinta tu dah beralih pada isteri i . Dulu memang i gilakan you . But tu dulu Diyana , sekarang , i lebih gilakan isteri i sahaja . And i think tu je kot i nak bagitahu you . So get out from my office . Its over ! " Seusai berkata Harris mencapai kunci kereta , bekal makanannya , serta telefon nya lalu dia turun kebawah memandangkan sudah masuk waktu lunch .

" Har–harris . Ssamppai hat–hati you ! I tak akan putus asa ! " Diyana berkata sendirian lalu mengorak langkah keluar dari pejabat ex-boyfriend nya .

•••••

Sedang Amanda dan mama Harris leka menonton tv , tiba tiba mereka dikejutkan dengan kepulangan Harris . Baru pukul 5 . Kata balik pukul 6 ?

Tanpa buang masa , pintu dibuka , tangan suaminya disalam lalu briefcase suaminya dibawa . Amanda merangkul lengan suaminya untuk naik kebilik . Kesian , muka suaminya kelihatan penat sekali .

" Abang , nak Amanda picitkan bahu tu ke ? Abang nampak penat Amanda tengok " Amanda memulakan bicara bila dia lihat Harris hampir terlelap dengan pakaian kerjanya . Harris menggelengkan kepala lalu memandang Amanda sambil tersenyum .

" Sayang , sayang pergi la bersiap , kan abang cakap nak keluar tadi . Abang nak rest jap " Kata Harris . Lemahnya suara dia . Tidak sihatkah ?

" Abang tak sihat ke ? Kita tak payah la pergi berjalan . Sekarang ni abang baring betul betul . Amanda nak amik kain dengan air semangkuk , nak basahkan badan Abang . Abang lemah semacam je ni " Bebelan Amanda dapat sengihan dari Harris . Comelnya sikenit Amanda ni .

Kain dan air yang sudah siap direndam , dibiarkan seketika . Tangannya ligat membuka butang baju kerja Harris . Harris sudah pon tertidur . Setelah selesai membuka butang baju suaminya , Amanda mengambil kain basah itu , diperah sedikit lalu dilapkan di serata tubuh Harris . Dek kerana terkejut sebab air sejuk menyentuh permukaan kulit kering Harris , terus lelaki itu terjaga . Dilihat Amanda masih lagi tekun mengelap badannya . Mungkin Amanda tidak perasan dia sudah mencelikkan mata .

" Sayang , rajinnya isteri abang ni . Takpelah , sayang pergi la rehat , biar abang mandi . Abang cuma tak larat sikit je " Suara Harris mengejutkan Amanda . Bukan tidur ke tadi ?

" Betul ni ? Kalau macamtu abang pergilah mandi , biar sayang buatkan abang bubur tau . Dah pergi pergi " Halau Amanda . Harris hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah Amanda itu .

•••••

Malam melabuhkan tirai , Harris selepas maghrib terus tidur didalam bilik. Suhu badan Harris seperti mahu demam . Selesai Amanda mengemas dapur , dia mengorak langkah menuju ke bilik mereka . Kelihatan Harris masih tidur dengan berselimut sehingga paras leher . Sejuk mungkin .

" Abang , kalau abang nak apa apa , abang panggil je sayang eh , sayang ada kat sebelah abang . Selamat malam abang " Usai berkata Amanda mencium dahi lelaki itu . Tangannya dilingkarkan keperut Harris memandangkan lelaki itu tidur terlentang .

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now