DAR 29

770 20 0
                                        

Amanda sudah siap berpakaian kemas untuk pergi ke kolej . Keadaannya juga sudah okay . Cuma parut kesan hentakan hebat dahulu oleh Harris masih kekal , tapi itu tidak menjejaskan kecantikkan Amanda .

" Hmmm

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Hmmm .. wanginya sayang . " Harris yang baru keluar dari bilik air menegur sang isteri yang sedang ralit membetulkan selendangnya . Amanda memberi senyuman nipis . Kalau cantik kenapa curang ?

" Harini Pak Mat hantar tau " Sambung Harris lagi . Amanda hanya memberikan senyuman .

" Abang tak kerja kenapa abang je tak hantar ? " Soal Amanda . Tak kerja patutnya dia la hantar .

" Abang ada hal kejap lagi .. lagipun Pak Mat tu driver sayang tau . Abang yang bayar gaji Pak Mat tu . " Sengaja Harris kata begitu , supaya Amanda memahaminya . Amanda hanya mengangguk lalu berlalu turun kebawah .

Ketika dia mahu menyentuh kuali untuk buat nasi goreng , Harris menegahnya .

" Eh eh , sayang nak buat breakfast eh ? Takpayah la , abang makan kat luar japgi dengan kawan kawan abang " Sekali lagi Amanda akur , malas mahu panjangkan cerita , tangan suaminya digapai lalu disalam . Sakit hatinya . Harris sepertinya sudah berubah .

•••••

" Selamat kembali ke kolej Puan Rose . " Ucapan pertama didengari . Ditoleh kekanan terserlah wajah Daniel yang ceria . Amanda tergelak kecil . Daniel , Daniel , Ada ada je .

" So , semuanya okay Rose ? Ada apa apa yang aku taktahu ke ? " Daniel bertanyakan kepada Amanda . Mati terus gelak tawanya . Terus teringat keadaan rumah tangganya . Senyuman nipis diukir .

" Nanti saya cerita , eh jom la awak tak tunjuk kat saya lagi mana kelas kita " Amanda mengajak Daniel . Sengaja dia mengalih topik , datang ke kolej bukan mahu bawa masuk masalah rumah tangga .

Rose , Rose . Kalau la dari dulu aku kenal kau , dah aku buat kau jadi bini aku . Wajah kau simpan banyak sangat masalah . Kau tak boleh sorok Amanda Rose . Desis Daniel dalam hati .

Sedang mereka menuju ke kelas , dari jauh terlihat dua gadis melambai lambai ke arah mereka . Itu Lily dan Ayra . Ya semuanya telah diceritakan kepada Ayra . Tentang dia berkahwin dengan Harris , tentang bapanya yang baru sahaja meninggal . Cuma tentang masalah rumah tangganya sahaja dia cerita kepada Daniel . Kalau dia cerita kepada Ayra , gadis itu tidak dapat berbuat apa apa , kerana 5 bulan dari sekarang dia bakal pindah ke luar negara dan sambung pelajarannya disana .

" Hoi ! Dating ehhhh .. " Usik Ayra . Amanda dan Daniel saling berpandangan lalu menampar bahu Ayra perlahan .

" Dating apa benda kat kolej ? Tak kerlasss langsung . Kami nak pergi ke kelas ni , tu yang jalan sekali " Daniel menyelamatkan keadaan . Kalau dapat dekat si Ayra dan Lily ni menyakat , sampai lusa pon tak habis .

" Ish kau ni Ayra , ada pula kata macamtu , si suami Amanda tu nak campak mana ? " Kata kata Lily meresap kedalam diri Amanda . Harris Harris Harris , buat apa ingat pasal dia ? Belum tentu dia ingat pasal Amanda

Daniel yang melihatkan perubahan muka Amanda , langsung cepat cepat minta diri . Tidak mahu Ayra dan Lily bertanya berlebihan .

" Ah korang kami gerak dulu la , nanti free free roger " Habis berkata , beg Amanda ditarik mengikuti langkahnya . Dia tahu lagi lama Amanda disitu , makin menerewang la pemikiran wanita itu .

•••••

Kelas tamat pada pukul 4:50 ptg . Amanda bercadang mahu pergi ke supermarket . Banyak barang dapur yang sudah habis . Duit yang Harris selalu tinggalkan dalam laci dapur jarang sekali digunanya . Memandangkan sekarang Harris sering busy , jadi terpaksalah dia sendiri yang pergi beli barang dapur .

" Rose , balik naik apa ? " Soalan yang diajukan oleh Daniel mendapat isyarat jari telunjuk dari Amanda . Sepertinya Amanda menunjukkan sesuatu kepada Daniel . Daniel hanya mengangkat kening , tidak faham .

" Ish awak ni , saya tunjuk kereta tu la . Sekarang ni Harris dah upah pemandu untuk saya . Tu dalam kereta tu namanya Pak Mat . " Ujar Amanda panjang lebar . Ha dah keluar celoteh isteri orang ni .

" Oh , hehehe aku tak faham . Apa apa nanti ada problem bagitahu aku Rose . Elok elok balik tu . Jumpa esok " Daniel melambaikan tangannya , dan disambut baik oleh Amanda sekali dengan senyuman manis diwajah wanita itu .

Amanda menuju ke kereta Pak Mat yang terletak dibawah pokok . Pintu hadapan dibuka . Ya Amanda tidak suka dia terlihat seperti anak orang kaya . Duduk di seat belakang , berlagak seperti ada pemandu peribadi gitu .

" Assalamualaikum Pak Mat , boleh tak bawak saya pergi Mid Valley sekejap , saya nak beli barang sikit "

" Waalaikumsalam , boleh Amanda . " Amanda yang menyuruh Pak Mat memanggilnya menggunakan nama sahaja . Tidak suka ada ' puan , cik ' . Dia bukan siapa siapa . Yang kaya suaminya sahaja .

•••••

Setibanya di Mall itu , kakinya mula bergerak ke grocery sebab nak cari barang dapur , bukan nak shopping .

Banyak juga barang yang dibeli oleh Amanda

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Banyak juga barang yang dibeli oleh Amanda . Stock lebih lagi bagus . Takdelah asyik nak keluar sahaja . Dia menuju ke tempat biskut biskut . Oreo digapai , tiba tiba tangan seseorang juga turut menggapai oreo yang sama . Amanda yang terkejut lantas menoleh . Senyuman dihadiahkan . Familiarnya muka ..

" Takpelah , auntie amiklah , saya boleh cari biskut yang lain " Usai berkata Amanda senyum lalu mengorak langkah ingin pergi . Tetapi tangannya digapai oleh auntie tadi . Ketika Amanda mahu berpusing , tubuhnya ditarik terlebih dahulu , tahu tahu sahaja dia sudah berada didalam pelukannya .

Amanda yang pelik hanya membiarkan sahaja . Mungkin begini cara makcik itu mengucapkan tanda terima kasih . Siapa tahu kan ? Lama mereka berkeadaan begitu . Amanda berdehem sedikit supaya wanita itu tersedar . Ya wanita itu baru tersedar lalu melepaskan pelukannya . Mata wanita itu merah dan penuh dengan air mata . Amanda yang masih pelik hanya senyum sahaja .

" Auntie okay ? Say-"

" Amanda .. " Wanita itu bersuara . Terkejut Amanda . Macam mana wanita itu tahu nama Amanda ? Nak kata pakai nametag takde pulak . Amanda memandang wajah wanita dihadapannya . Seperti dia kenal .. tapi ingatannya susah mahu berputar sekarang .

" Err macam mana tahu nam- " Sekali lagi kata kata Amanda dipotong . Tapi kalini membuatkan tubuh Amanda keras disitu dan darah dalam badannya seakan terhenti ..

" Amanda Rose , anak ibu .. " tubuh Amanda ditarik kedalam pelukan sekali lagi .. Amanda masih kaku . Bbetul ke apa yang didengarnya ?

" Ib—ibu ? Tt—akk .. Aman-da rinddu ibu .. ibu jan-jangan main main " Pelukan wanita itu dibalas . Ya patutlah wajah wanita itu seperti pernah nampak . Cuma yang membezakan wanita dihadapannya adalah , kini bewajah baru , memakai tudung .

" Ini ibu sayang .. ibu terlalu rindukan Amanda . " Pelukan dileraikan . Air mata dilap kasar , tidak mahu menampakkan kesedihan dihadapan seorang anak . Walaupun imej Amanda yang sekarang telah berubah , seperti ada parut kecil diwajah , tudung dikepala .. tetapi ibunya masih dapat cam wajahnya .

Dia , Amanda RoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang