Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Pintu diketuk dari luar , tangan yang ralit membuka butang baju terhenti . Apa lagi mama nak ni Desis hati Harris .
"Mama nak apa lag–" Terbantut percakapan dia apabila disangkakan mamanya tapi rupanya Amanda . Pahal si kerdil ni datang sini .
" Er aw-awak , mama suruh saya duduk sebi–bilik dengan awak " Gagap Amanda berkata . Tak berani mahu pandang muka Harris , sudahlah badan dia terdedah .
" Ha masuklah , petang sikit ikut aku keluar , baju kau tak banyakkan ? Aku perhati dari first kita kahwin , ulang ulang 3 helai baju kau pakai . Takde mulut eh nak minta aku belikan ? " cis Harris ni , karang aku minta kata aku mengikis pulak bisik Amanda dalam hati .
" Kau kutuk aku , aku pastikan kau tidur depan koridor tu " kata Harris lalu masuk kembali kedalam biliknya .
" Eh Harris Harris .. "
•••••
" Nak pergi mana ni ? " Soalan dari mama dijawab oleh Amanda .
" Harris ajak Amanda keluar sekejap mama . " Sambil tersenyum dia menyalami tangan tua mama Harris .
" Ha elok elok drive Jay "
Perjalanan yang memakan masa 40 minit akhirnya tiba juga . Nasib la Jelita memberi dia pakaian yang super moden sikit . Karang pakai baju kurung , kena ejek pulak dengan Harris .
" Kau pilih la mana pakaian yang kau nak "
" Eh saya tak reti , saya selalu beli dekat pasar malam atau kedai biasa je awak . "
" Aku takde masa la nak dengar kau punya rendah diri . Kau pilih jela . Cepat sikit . " Malas mahu berbalah , Amanda berjalan masuk ke kedai pakaian tersebut . Harris pula pergi ke kedai sebelah , mencari barang lelaki la katakan .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sedang memilih , dia terlanggar seseorang , terkejut dia . Ya dia terkejut kerana dia takut kerana terlanggar saja boleh cetus pergaduhan .
" Saya minta maaf , saya tak sengaja " tunduk Amanda di hadapan perempuan itu .
" Its okay , lain kali hati hati cik ? "
" Saya Amanda , awak pulak ? "
" Saya Diyana . "
" Saya minta maaf lagi sekali Cik Diyana . " Usai mendapat anggukan dan senyuman dari wanita itu , Amanda menghela nafas lega . Nasib tak gaduh macam dalam drama . Yela perempuan kerdil langgar perempuan seksi , mesti gaduh punya . Ceh .
" Dah settle ke Amanda ? " Tiba tiba Harris berada disebelahnya . Anggukan diberi tanda mengiyakan pertanyaan Harris . Mujur dia sudah memilih beberapa pakaian .
" Ni je ke ? " Sekali lagi Amanda mengangguk .
" Dah pergi kaunter bagi kad ni , aku tunggu kat luar "