" Abang , okay tak Amanda pakai macam ni ? Ke biasa je ? Tak cantik ke ? Mana la tahu kot kot Amanda paling selekeh kan .. " Pagi pagi lagi rumah agam itu dihuni oleh suara riuh Amanda . Tanya pakaiannya ok atau tidak . Tudungnya macam mana , kasut pakai kasut apa ? Haihlah isteri ..
" Sayang , slow slow please . Isteri abang ni dah cantik dah . Pakai apa pon dah cantik . Cuma nak lagi cantik kena kiss abang dulu " Pipi lelaki itu ditekan tekan oleh dirinya sendiri , mahu Amanda cium .
" Eii kesitu pulakk ! Hmm nahh " Sebuah ciuman dihadiahkan dipipi sang suami . Tersenyum lelaki itu .
" Dah jom , kita breakfast kat luar je . Pendaftaran pukul 9 kan ? Sempat lagi makan kat luar . " Pelawa Harris . Kesian Amanda . Harini hari pertamanya jadi apa salahnya wanita itu rehat sehari dari buat sarapan pagi , ceh .
•••••
Mereka tiba disebuah kedai makan yang berhampiran dengan Kolej Amanda . Isterinya itu kelihatan teruja sekali . Tidak sabar mungkin . Dari kedai makan itu , kelihatan ramai pelajar yang menuju ke kolej . Budak baru juga kot . Amanda memesan roti canai dan teh o suam manakala Harris memesan nasi lemak dan teh panas . Setelah habis makan , mereka menuju ke kolej .
" Sayang , nak abang teman sayang pergi daftar ke ? " Tanya Harris setelah kereta sudah berada dihadapan pintu pagar kolej .
" Abang tak lambat ke nanti ? Amanda okay je kalau abang nak teman . " Senyum Amanda , berharap juga Harris temannya kerana dia sedikit kekok melihat suasana kolej itu , rata rata semua anak orang kaya .
" Itu office abang , so ikut suka abang nak masuk jam berapa . Jom turun . Abang tolong sayang buat apa yang patut " Berlagak sekali jawapan yang Harris berikan .
Mata wanita itu melilau sekeliling kolej itu , bukan apa , ini adalah impiannya untuk sambung belajar . Jadi dia terlalu excited untuk memulakan pelajaran . Harris disebelah hanya menggelengkan kepalanya . Tangan Amanda dicapai lalu digenggam . Amanda hanya membiarkan sahaja .
-----------
" Wey kita dah lewat ni , dah la harini ada intake baru , karang sesak la lobi . " Kata seorang gadis kepada kawannya , Lily
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...