" Sampai hati abang , patutlah tak tengok Amanda dekat hospital , rupanya ada orang lain kat belakang Amanda . Apa kurang Amanda ? Apa salah Amanda ? Abang pukul Amanda sebab Amanda naik kereta dengan lelaki lain , abang sendiri tahu Amanda call abang , mesej abang berpuluh kali tapi abang tak angkat . Bila Amanda balik , abang belasah Amanda separuh mati , Tapi bila abang dah buat Amanda terlantar kat hospital , abang lari dari bertanggungjawab . Masa pukul seronok , masa nak menjaga , rasa macam terbeban . Kan ? Amanda tak pernah marahkan abang , tak pernah tinggi suara , Amanda sakit , abang tak pedulikan pon , takpelah ! Biar Amanda keluar , abang jaga diri , Assalamualaikum " Air mata dipipi mengalir selebat lebatnya , Daniel yang terdengar kekecohan mula masuk kerumah Amanda . Terkejut dia melihat Harris dan Diyana disitu . Daniel menyuruh Amanda masuk dalam keretanya .
" Bro , thanks to me sebab tengokkan Amanda dekat hospital . Thanks to me again sebab hantarkan Amanda kesini , jenuh dia telefon kau , tapi kau buat taktahu je kan ? Lelaki jenis apa kau ni ? Ingat baik baik eh , aku , kalau nak rampas Amanda , aku dah lama rampas . Tapi aku berkawan dengan dia sebab aku nak lindungi dia . Dia ada suami pon suami curang belakang dia . Think Harris . Petik jari je Amanda boleh beralih arah ke aku . " Usai memberi kata kata sinis , Daniel keluar dari rumah agam itu .
Harris yang terkesima mula menundukkan wajahnya , kasihan dengan Amanda sebab dia mengabaikan wanita itu , bengang dengan Daniel sebab masuk campur hal rumah tangganya .
" You , abaikan jelah sayang , i kan ada , jom breakfast " Diyana memujuk Harris tapi Harris hanya menggeleng .
" You balik la Diyana , anything i call you . " Harris berlalu pergi meninggalkan Diyana yang menahan marah disitu . Tak guna betul la Amanda ni !
•••••
" Rose , sabarlah , aku kan ada . Kau sedih sedih macamni kau fikir semua ni melegakan ke ? Menyakitkan adalah . Kau jangan risau , Harris akan datang kat kau balik " Daniel memujuk Amanda . Kasihan Amanda , wanita dihadapannya selalu menerima nasib malang .
Tasik dihadapan direnung oleh Amanda . Air mata sudah kering . Hanya mampu berserah kepada Allah sahaja .
" Terima kasih Daniel , awak nak balik , balik la . Nanti saya naik grab je balik . " Amanda menyuruh Daniel pulang , tidak mahu lelaki itu berlama lama disitu . Menyusahkan dia pulak nanti .
" Its okay Rose , aku boleh je tem- " Kata katanya dipintas seseorang .
" Dah dia suruh kau balik , kau bla la , menggatal dengan bini orang buat apa , Amanda masuk kereta sekarang " Wajah Harris yang menyinga membuatkan Amanda kecut perut lalu akur dengan arahan Harris .
" Okay aku bla , tapi tolong jangan sakitkan dia , kalau kau rasa dia tu gatal sebab bergaul dengan aku , kau silap . Aku yang ajak Amanda berkawan . " Usai berkata kedua dua lelaki itu mengorak langkah menuju ke tempat masing masing .
Didalam kereta Harris dan Amanda masing masing senyap , Amanda tidak mahu bercakap dengan Harris , risau melawan je nanti .
" Amanda , okey ke ? Ada sakit kat mana mana lagi ke ? " Tanya Harris lembut seolah olah macam tiada apa yang terjadi .
" Im fine " Malas mahu berlebih lebih dengan Harris . Biarlah kena belasah sebab cakap sepatah dua patah . Asal dia tahu , dia tidak akan maafkan Harris .
" Isnin ni sayang boleh dah pergi kolej kan , nanti abang suruh Pak Mat hantarkan " Amanda menoleh memandang Harris . Pak Mat mana pulak ni ? Baru seminggu kat hospital , macam banyak je benda dia tidak tahu .
" Oh lupa nak cakap , Pak Mat driver baru untuk sayang . So lepasni kalau sayang nak pergi mana mana , just inform PakMat je " Harris berkata dengan senyuman diwajah . Asal suka sangat ? Seronok la lepasni boleh luangkan masa dengan Diyana tanpa gangguan Amanda ? Yela kalau amik Amanda kat kolej , nanti terbuang pulak masa dating mereka .
Amanda hanya mengangguk sahaja , kepalanya dialihkan menghadap tingkap . Malas mahu lihat wajah Harris . Wajah yang menyakitkan hatinya .
Setibanya mereka dirumah , Amanda meluru masuk kerumah itu . Bilik bacaan dituju . Dia lebih selesa disitu , kalau dulu , Harris akan menemaninya , tapi lepasni mungkin tidak . Amanda tersenyum sendirian .
•••••
" Harris , saya dah masakkan makan malam , kalau nak makan lauk dekat bawah tudung saji . " Selepas berkata Amanda berlalu pergi untuk menunaikan solat dibilik tetamu . Ya dia tidak mahu sebilik dengan Harris . Sakit hatinya .
" Wait , mana ' abang ' ? And kenapa Amanda tidur bilik tetamu ? " Harris bertanya seperti orang bodoh . Lupakah dia ? Geramnya .
" Saya panggil macamtu sebab saya taknak terlalu berharap dengan awak . ' Abang ' hanya sesuai untuk seorang lelaki yang membalas cinta seorang perempuan . Saya tidur bilik tetamu sebab saya selesa tidur situ dan saya nak privacy . Saya nak tidur . Saya masuk bilik dulu " Belum sempat dia berlalu tangannya direntap oleh Harris . Muka Harris kelihatan bengang sekali . Amanda tidak mahu menunjukkan wajah takutnya .
Pangg !!
" Berani kau Amanda . Aku pantang betul kau layan aku macam ni . Kau fikir kau siapa ? " Harris sudah mula marah . Bengang dilayan sebegitu .
" Tampar ? Tampar la lagi , belasah , pukul sampai saya mati , baru puas agaknya kalau saya ni mati , kenapa tak dengan Diyana awak naik tangan ? Dengan saya benda kecil pon awak belasah . Sayang sangat dengan Diyana tu sampai bini kat rumah separuh mati kena belasah . " Amanda berkata sinis . Serik hidup begini . Dia terus berlari menuju ke bilik tetamu . Pintu dikunci .
Telefon digenggam . Dicari nombor mak mertuanya . Sudah lama agaknya mereka tidak bersua , malah bercakap . Nombor Datin Rohana didail . Seketika kedengaran telefon dijawab . Terubat rindu kedua dua wanita itu .
Malam itu mereka borak sampai tidak sedar sudah jam 12 pagi . Mereka memutuskan untuk tidur . Amanda yang baru hendak lelap terjaga dek kerana ada seseorang mengetuk pintunya .
Lantas wanita itu bangun , pintu dibuka dan Harris dengan selambanya sahaja masuk ke biliknya lalu baring ditempat kosong sebelah Amanda . Bengang dengan cara Harris , Amanda mengejut Harris dengan kasar .
" Bangun la Harris , bilik awak kat sana . Saya nak tidur la " Suaranya dikeraskan .
Harris menarik Amanda supaya berbaring disisinya . Amanda akur sahaja . Rindu dengan Harris . Ego ditolak tepi , Harris memeluk pinggang ramping Amanda . Seketika kemudian , Harris membisikkan sesuatu di telinga Amanda .
" Sayang , abang dengan Diyana tak buat apa apa pon . Pagi tu , itu pertama kali dia datang sini . Dia cuma bawakkan sarapan pagi je . Yang Amanda nampak abang hampir kiss Diyana tu , abang bersyukur sangat sayang jerit walaupun abang terkejut . Abang tak buat lebih dari itu . Cuma pegang tangan je . Im sorry beauty . Sleep well " Pipi Amanda dicium sekilas . Dia tahu Amanda sudah tidur , tapi sengaja dia bagitahu supaya tak ada apa apa lagi dipendam oleh nya . Cuma title Diyana sebagai " girlfriend " nya sahaja masih dirahsiakan .
-Jayden Harris-
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...