DAR 30

909 16 0
                                    

" Jadi ibu duduk luar negara dengan suami baru ibu la ? " Ibunya menganggukkan kepalanya . Amanda yang terkejut itu hanya mengukirkan senyuman .

" Mana dia ? " Tanya Amanda mesra . Mahu berkenalan dengan bapak baru . Orang inggeris kott

" Kejap lagi dia datang la . Nanti ibu kenalkan . Jom minum dulu . " Pelawa ibunya . Wajah Amanda ditatap penuh gembira . Cantik sungguh satu satunya anak ibu . Sudah lebih 10 tahun tidak bertemu .

Flashback ..

" Amanda apa khabar ? Ibu rindu sangat dekat anak ibu sorang ni .. ibu ada cuba cari Amanda .. tapi keadaan tak mengizinkan .. " Kepala Amanda diusap sambil tersenyum . Terpalit wajah sedih ibunya .

" Amanda okay je ibu .. Amanda dah kahwin sekarang " Senyum Amanda sambil cincin dijari ditunjukkan kepada ibunya . Terkejut ibunya . Kemudian perlahan lahan mengukirkan senyuman . Kahwin muda anaknya ni .

" Amboi .. siapa menantu ibu tu ? Berapa lama dah Amanda kahwin ? Macam mana korang berkenalan ? Pandai anak ibu ni ye . Ayah mesti bangga anak kesayangan dia dah kahwin .. " Senyuman Amanda mati tiba tiba . Air mata ditahan . Nafas ditarik .. senyuman nipis diukirkan .

" Suami Amanda namanya Jayden Harris ibu . Dah 4 bulan lebih kami kahwin . Er Am-Amanda kenal Harris waktu Amanda err ha Amanda tolong pakcik Ayra meniaga kat kampung . Dia datang kampung sebab err lawat nenek dia . " Tipu Amanda , tak mungkin dia mahu beritahu perkara sebenar . Biarlah hanya dia dan Harris sahaja yang tahu . Suatu hari nanti akan terungkap juga .

" Buat kenduri besar besaran ke ? Ayah mesti orang paling gembira waktu majlis tu . Yela .. satu satunya puteri dia dah kahwin " Ayah lagi .. Amanda hela nafas . Tangan ibunya digenggam .

" Buat kecil kecilan je . Ibu .. ayah ... dah meninggal hampir 1 bulan yang lepas . Excident . " Air mata Amanda menitis . Harapnya ibu tidak bertanya lebih lebih tentang ayah . Dia juga tiada disisi ayah sewaktu lelaki tua itu di ambang maut .

" Aaa-apa ? Innalillah . Patutlah , 2 minggu lepas ibu datang cari Amanda kat rumah sana tapi takde siapa yang menyahut " Ibu sudah menekup mulutnya . Air mata ibu juga menitis . Ayah la kekasih pertama ibu . Air mata dikesat lembut oleh ibu . Senyuman nipis mula terpancar diwajah tua ibunya .

" Amanda tak keseorangan lepasni , Amanda ada ibu , Amanda ada papa .. walaupun kita tak duduk sekali , tapi Ibu sentiasa ada dengan Amanda . " Tubuh Amanda dipeluk erat .

" Papa ? Apa maksud mama ? Mama kahwin lain ke ? " Amanda pelik . Ada sesuatu ke yang ibunya rahsiakan ?

Ibunya senyum " Ya , ibu dah kahwin , lepas kali terakhir ibu jumpa Amanda , ibu lari ke Kuala Lumpur . 3 hari ibu merayau cari kerja .. tapi takde siapa yang sudi ambil ibu bekerja . Ibu kelaparan . Ibu kutip makanan dalam sampah . Tapi tuhan tu maha penyayang . Ibu dipertemukan dengan seorang lelaki kacukan inggeris . Noah Ibrahim . Ya ibu ingatkan dia bukan islam . Rupanya dia sudah masuk islam masa dia kecil . Alhamdulillah , tuhan temukan ibu dengan seorang insan yang baik . Ibu kahwin dengan dia selepas setahun kami kenal . Dia bawa ibu balik Australia . 2 minggu lepas baru ibu pulang Malaysia . Dan lagi sekali tuhan pertemukan ibu dengan orang yang paling ibu tunggu , dan sayang . Anak ibu" Panjang lebar penerangan dari ibunya . Menitis air mata ibu dan juga Amanda . Pipi anaknya diusap . Rindunya pada Amanda terlalu mendalam . Wajah Amanda direnung sedalamnya . Kemudian matanya terhenti disuatu tempat .

" Amanda , kenapa dengan dahi Amanda sayang ? " Pertanyaan ibunya membuatkan dia mati akal mahu cari idea .

" Er .. aaa . Ni aa .. Amanda terhantuk dekat bucu meja masa kemas kemas rumah . Ibu jangan risau ni luka lama " Amanda menipu ibunya .. tidak mahu ibunya menanyakan lebih lebih lantas dia memotong percakapan ibunya .

" Ah ibu jom jom minum dulu . Nanti kita sambung balik " ibunya mengangguk sambil tersenyum . Selepas itu mereka menceritakan macam macam hal selama hampir 10 tahun tidak bersua muka .

End flashback

" Hello Nora , maaf lambat , em siapa ni ? " Noah yang baru sahaja sampai menarik kerusi disebelah Puan Nora . Puan Nora tersenyum ,

" Abang , kenalkan ni Amanda Rose , anak saya dengan arwah Razif . Saya pernah cerita dekat abang dulu " Amanda menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Noah , Noah menyambut mesra . Puan Nora dan Encik Noah pernah hampir menjadi ibu dan bapa . Tapi Puan Nora keguguran sebanyak 2 kali dan menyebabkan dia tidak boleh mengandung lagi .

" Assalamualaikum papa . " Ucap Amanda dengan senyuman dibibir .

" Waalaikumsalam Amanda . Wow Nora , awak sudah kenalkan abang dekat anak awak ke ? Em mesti banyak yang saya tertinggal ni .. so semua kena ulang balik apa yang korang borakkan " Nada Encik Noah sepertinya mahu merajuk . Puan Nora dan Amanda meletuskan ketawanya . Ayoo mengada betul . Sedang mereka bergelak tawa , mata Amanda terpandangkan sesuatu .. mati terus gelak ketawanya .

Diyana dan Harris berjalan sambil berpelukan . Tangan Harris di pinggang Diyana , manakala tangan Diyana juga memaut pinggang Harris . Jantung Amanda berdetak laju . Seperti mahu sahaja dia menangis disitu juga . Tapi mengenangkan dia baru sahaja jumpa dengan keluarganya , ditahan rasa sakit di hati . Amanda kembali menyambung gelaknya . Tidak mahu siapa siapa menanyakan macam macam .

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam . Kelibat Amanda masih lagi tidak muncul . Harris dirumah sudah mula bengang . Kemana sahaja isterinya pergi ?! Waktu belajar dah lama habis , ni mesti melencong kemana manaa dengan jantan lain . Siap kau Amanda .

Hampir pukul 9:30 malam , barulah Amanda pulang . Dek kerana seronok sangat bersembang dengan ibunya , Amanda sampai terlupa yang dia melepak sehingga lewat malam . Pasti dia akan kena marah dengan Harris .

" Assalamualaikum " Salam diberi dari luar . Rumahnya masih terang . Tv juga terbuka . Harris tak tidur lagi . Nasib dia ada tapau makanan untuk Harris .

Harris yang baru sahaja keluar dari dapur terus memandang Amanda dengan muka yang sedang menahan marah . Gelas ditangan dihentak dimeja makan . Amanda yang sedang mengunci pintu sedikit terkejut . Lantas menoleh ke arah Harris .

" Harris , ni saya ada bawakkan mee goreng untuk awak , saya minta maaf balik sebab tadi say— "

Panggg !!

Panggg !!

Dua das penampar selamat mendarat dipipi bersih Amanda . Satu dikiri satu dikanan . Perit .

" Kau ni betina jalang kan ? Dah habis kelas .. balik la terus . Kau merenyam dengan jantan lain buat apa ? Kau gatal sangat apahal !!? " Amuk Harris ditelinga Amanda . Wanita itu mengecilkan badan . Air mata tak usah dicakap . Mendayu dayu turun .

" Harris . Awak tak dengar lagi explain dari saya " Sayu sahaja suara Amanda . Harris mencengkam sanggul Amanda , lalu menarik muka wanita itu menghadapnya .

" Kau nak explain apa lagi betina ?! Nak bagitahu yang kau keluar dengan jantan sebab saja saja ? Macamtu ? Kau ni memang perempuan jalang la !! " Harris mengherdik Amanda . Disepak segala bungkusan barang yang dibeli Amanda . Habis berterabur barangan itu . Mee goreng yang dibelinya juga habis berselerak dilantai .

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now