Sudah sebulan berlalu , tapi keadaan masih sama . Dingin , buat hal masing masing . Sungguh ini bukan seperti pasangan suami isteri yang sudah berkahwin . Dalam sebulan itu juga la Amanda mula menyayangi Harris . Harris suaminya , dia patut mencintai dan menyayangi suaminya . Tetapi tidak bagi Harris . Cintanya tersemat rapi buat Diyana . Ya Amanda masih tidak tahu Harris mempunyai kekasih .
Seperti selalu , dia mengerling jam di dinding rumahnya . Hari hari Harris pulang lewat . Jarang makan dekat rumah . Walaupun dia tak sedingin dulu , tapi cara dia buat aku kecil hati hmm . Amanda suka mengomel sendirian . Siapa lagi yang nak diajak bersembang selain bercakap dengan diri sendiri ?
Pintu rumah diketuk , agak kuat . Terus terbantut segala yang diomel kan .
Bila pintu rumah terbuka , Harris terus jatuh di atas badan Amanda . Terus Amanda kaku . Ini pertama kali dia berhadapan dengan situasi macam ni . Bau alkohol dari Harris meloyakan tekaknya . Tanpa tunggu lama , Amanda berusaha memapah Harris baring di atas sofa . Air masak diambil dari dapur diberi kepada Harris suruh Harris minum . Harris menepis kasar .
" Kau ni apahal ! Kau tak nampak ke aku macam mana !! Bagi air masak pulak . Aku tak suka segala yang datang dari kau " Pedas kata Harris . Amanda cuma mengukir senyuman sahaja .
" Awak minum la dulu bagi dalam perut tu proses segalanya . Awak minum minuman keras , lepastu awak mabuk , menjejaskan kesihatan la Harris . Nanti awak sakit macam mana ? Nah minum sikit " Lembut sekali Amanda memujuk suaminya itu . Tapi apa yang Harris balas amat menyakitkan hatinya .
" EH KAU NI BOLEH TAK JANGAN RUNSING KAN AKU ?! PERGI MATI LA AKU MINUM APA PON , KALAU KAU TAK SUKA AKU MABUK MACAM NI KAU KELUAR LA . KAU DATANG TAK DIPINTA . AKU RASA ENTAH ENTAH KAU PERANGKAP AKU TIME KAT HOTEL DULU . BETUL KAN ? KAU NI MEMANG JAHAT LA PEREMPUAN . PATUT LAH , SESUAI DENGAN GELARAN UNTUK KAU . P.E.L.A.C.U.R . " Sejurus habis bercakap , Harris ambil gelas ditangan Amanda lalu menjirus Amanda yang hampir menangis . Makin termanggu Amanda dilayan begitu .
Walaupun dia dilayan sebegitu , Amanda masih menghormati Harris . Dia masih lagi tersenyum memandang Harris .
" Saya minta maaf kalau memaksa awak , saya naik bilik dulu , nak tukar baju . Kalau awak nak makan , dekat bawah tudung saji tu ada lauk . Kalau awak nak saya panaskan , awak panggil je saya . " Amanda meninggalkan Harris yang tercengang di sofa itu .
Aku dah layan dia macam ni sekali pon , dia tetap tersenyum ? Masih hormat aku ? Kenapa dia masih layan aku dengan baik ? Keterlaluan sangatkah aku ? . Hilang terus mabuk Harris bila Amanda jadi baik sebegitu . Dia mendaki anak tangga menuju biliknya .
Ketika dia melintasi bilik Amanda , pintu bilik itu terbuka sedikit , dan sayup sayup dengar suara Amanda bercakap seorang diri . Hati lelakinya tiba tiba merasa kasihan terhadap Amanda . Jahatnya dia sebagai suami melayan Amanda begitu . Walaupun perkahwinan ini terjadi disebabkan salah dia , tetapi tergamak dia memfitnah Amanda . Tidak mahu berlama terus dia masuk kebiliknya .
•••••
Selesai mandi , Harris menghenyakkan katilnya untuk beradu .. tetapi kata kata Amanda di biliknya tadi kembali menerjah fikirannya .
Ibu , kan best ibu ada kat sisi Manda . Manda takde siapa siapa dah . Ayah tak cari Manda pon , Ayra pon Amanda tak dengar khabar . Manda ada Harris je dekat KL ni . Manda hilang segalanya bulan lepas ibu . Manda nak balik , nak cari ayah . Oh lupa nak cakap , Manda dah kahwin dengan Harris , tapi kitorang kahwin sebab ... rahsia . Kalau ibu nak tahu ibu kena muncul dulu . Tapi tak mungkin ibu nak muncul . Kalau la Manda ada telefon , boleh call Ayra , ajak Ayra cari ibu . Tapi macam pelikkan ? Apa yang nak peliknya . Zaman sekarang telefon pon dh canggih . Macam macam boleh buat hehehehe . Emm ayah , ibu , Ayra Amanda nak bagitahu korang yang Manda kat sini bahagia sangat . Walaupun Harris layan Manda acuh tak acuh , Manda tak kisah , Manda okay je ibu Harris layan Manda macam mana pon . Kira okay la Harris bercakap dengan Amanda . Kan ibu kan ? Tapi Manda cuma tahu nama Harris je ibu . Jayden Harris . Nak je Manda panggil Harris tu Jayden . Tapi taknak la . Harris pon dah ok . Bila la Harris nak bawa Manda jumpa mak ayah dia kan ibu ? Layak ke Manda ni ? Hahahaha . Okay la ibu , lupa nak cakap , harini masak ayam masak lemak cili api . Amanda dengar Harris suka lauk tu . Tu yang Manda masak . Harris kata sedap ibu . Nanti ada masa Amanda luah lagi kat ibu tau . Sayang ibu sangat sangat .
" Bila masa aku makan lauk dia ? Ke dia nak sedapkan kata kata dia je ? Amanda Amanda . " Kepala Harris digeleng banyak kali lalu dia turun ke dapur ingin menjamah lauk Amanda masak tadi . Jujur dia lapar . Tapi ego taknak makan air tangan Amanda .
Sekali suap , not bad , dua kali suap , sedap dan berlanjutan sehingga tinggal kuah sahaja . Ayam semua dia sudah tibai . Masakan Amanda memang menggoda ! Kenapa dia tak pernah tahu dari dulu lagi ? Haih la Amanda Rose .
Selesai makan dia naik kebilik memandangkan esok dia off , dia hendak membawa Amanda pergi rumah familynya . Sudah tiba masanya .. biarlah keluarganya tidak menerima Amanda . Walaupun dia benci dengan Amanda , tapi sebagai seorang suami , tugasnya melindungi isterinya . Yang penting dia berharap Diyana tidak tahu tentang statusnya .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...