Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
" Bagi saya 10 minit , saya nak bersiap . Tapi kita nak pergi mana ? " Soalan Amanda dibiar sepi . Terkejut Amanda bila dia bangun sahaja Harris sudah terpacak tepi katilnya dengan pakaian yang kemas . Katanya Harris mahu bawa dia keluar . Tapi tidak tahu mahu kemana .
Amanda mendandakan rambutnya kiri dan kanan . Mukanya tidak disolek melainkan bedak carry junior sahaja ditepek . Bibirnya pucat pucat pink . Tidak cerah tidak pucat . Dia memakai baju kurung pahang bersama sandal yang dibeli Harris sebagai tanda minta maafnya kepada Amanda sebulan yang lalu . Kerana dia telah menuduh Amanda mencalarkan keretanya padahal kucing jiran sebelah yang mencakar kereta dia . Kucing jiran sebelah selalu masuk rumah mereka . Dia teliti dirinya .. ok perfect .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
( Imagine style Amanda )
Satu tangga , dua tangga belum sampai tangga ketiga Harris memandang Amanda tidak berkelip . Lah baju kurung je pon . Dah takde baju lain . Itu je baju yang Black bagi ketika dia dibawa lari ke KL ni sehelai sepinggang .
" Awak , jom la . Okay kan saya macam ni je ? " Tanya Amanda meminta kepastian .
" Okay je . Pakai ape pon sama gak macam pela—" kalini kata kata Harris dipotong oleh Amanda .
" Ha dah lambat dah ni . Jom jom " Tidak mahu kecik hati , Amanda cepat cepat melarikan topik .
" Awak kita nak pergi mana eh sebenarnya ? "
" Rumah parents aku "
" Eh awak , jangan la . Saya takut , saya sanggup dimaki , dimarah setiap hari dengan awak asalkan awak tak bawak saya ke rumah keluarga awak " Rayuan Amanda mengundang ketawa kecil dari Harris . Gila punya perempuan .
Sudah penat merayu , Amanda kembali senyap . Dalam 1 jam 30 minit mereka sampai di sebuah rumah bak istana . Penat kalau Amanda describe rumah ni . Kaki laju membontoti Harris .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Assalamualaikum Mama , Jay ni " what ? Jay ? Hahaha ingat kau ahli gangster ke Harris ? Ejek Amanda dalam hati .
" Waala— , Ehem waalaikumsalam Jay , masuk la . " Salam yang dijawab terjeda seketika apabila ternampak seorang gadis ayu berbaju kurung . Lalu disambung kembali menjawab salam tersebut .
Suasana hening seketika . Yang ada di sofa itu hanya Harris , Amanda, Jelita , mama dan papa Harris .
" Apa yang Jay cakap , Jay harap takde siapa pon yang menyampuk sampai Jay habis cakap and , terima seadanya . " simple kata kata Harris , tapi penuh ketegasan .
" Okay .. " Nafas ditarik perlahan lalu menyambung kata katanya . " First , Jay dah kahwin dengan Amanda Rose , because satu insiden , second , jangan pandang jelek dari segi pakaian dia . Dia asal dari kampung . Bila ada masa yang sesuai , Jay akan cerita dari A sampai Z . Kami dah kahwin sebulan yang lepas , Now Jay nak semua okay je dengan Manda . " penerangan yang melegakan hati Amanda . Terlepas satu beban . Mana tahu lepas ni ada beban lagi ke ? Memang ada . Kot kot keluarga ibu mertua benci dia ke ? Tu bukan beban ke namanya ?
Apa yang Harris katakan tadi memberi kejutan satu keluarga itu kecuali Harris dengan Amanda la . Paling terkejut mamanya . Ayahnya berlagak biasa .
" Apa yang Jay dah buat dekat anak dara orang sampai kena kahwin ni ? " Firasat mamanya kuat mengatakan yang Harris berkahwin dengan Amanda mesti bukan disebabkan cinta . Mamanya tahu yang Harris dan Diyana bercinta , tapi tak mungkin Harris dengan Amanda boleh kahwin macamtu aja . Tambahan pula , keluarganya tidak dijemput malah perkahwinan itu disembunyikan hampir 1 bulan lebih .
" Maaf ma , nanti Jay cerita kemudian . " Harris sepertinya takut takut mahu memberi tahu perkara sebenar .
" Amanda , pergi salam mama tu . " Suruhan Harris kepada Amanda bagai terkena renjatan .. Terketar ketar Amanda menghampiri mama Harris .
Apabila tibanya didepan mama Harris , Amanda menghulurkan tangan ingin bersalaman . Dia tahu pasti tangannya akan ditepis , tapi itu ibu mertuanya , hormat itu mesti kena ada .
Lain yang difikir oleh Amanda , lain yang terjadi .
" Manisnya kamu . Berbaju kurung , sopan sangat . " Kata mama Harris tersenyum sambil menerima huluran dari Amanda .
Amanda terkejut . Tapi Harris bereaksi biasa sahaja kerana dia kenal dengan perangai mamanya yang baik itu . Walaupun dalam diam mama dia tidak puas hati dengan jawapan yang Harris bagi . Tapi mama dia tidak menyalahkan Amanda , baginya cara Amanda memang menunjukkan dia seorang gadis yang polos dan ikut sahaja apa orang kata .
" So Jay duduk rumah yang dekat kondo tu ke atau banglo persendirian Jay tu ? " Papa yang berdiam diri akhirnya bersuara . Keluarga Harris terima Amanda dalam keluarga mereka walaupun asal usul wanita itu belum diketahui sepenuhnya lagi .
" Duduk banglo Jay tu papa . Kenapa ? " Harris memulangkan pertanyaan kepada papanya semula .
" Tinggal sini sementara waktu ni , kami semua nak tahu apa yang terjadi antara kamu berdua and kami nak kenal Amanda lebih terperinci . " Jawapan papanya Harris bangkang .
" No papa .. err Jay kan cakap , ada masa yang sesuai Jay cerita semuanya . Jay datang sini just nak bagitahu hubungan kami ni je . " Sebenarnya Harris membangkang keputusan bapanya suruh tinggal disitu kerana selepas ini dia akan susah hendak berjumpa dengan Diyana . Walaupun keluarga nya okay sahaja dengan Diyana , tapi selepas mereka mengetahui yang Amanda itu isterinya , adakah keluarganya akan menerima Diyana sebagai kekasih Harris ? Mungkin keluarganya akan menerima Diyana sebagai kawan Harris sahaja . Dan yang pasti , kalau duduk dirumah keluarganya , balik kena ontime , memandangkan dia sudah punya isteri . Jadi , dia tidak ada masa mahu keluar bersama Diyana . Dan Diyana akan mencarinya di kondo , banglo miliknya dan rumah keluarga nya . Dia cukup kenal dengan Diyana .
" No excuse Jay ! Mama nak kenal dengan Amanda lebih dalam lagi .. just sebulan je tinggal sini . " Mamanya pula yang menyampuk .
" Fine ! Sebulan je kan ? Okay . Just one month . " Usai berkata , Harris masuk ke biliknya .
" Amanda pergilah mandi mandi dulu , pakaian nanti Jelita bagi . Bilik Harris tingkat 2 hujung belah kiri . " Kata mama Harris sambil tersenyum memandang Amanda . Kalau dinilai , Amanda jauh lebih sopan berbanding Diyana . Walaupun Amanda tidak bertudung , tapi pakaiannya tidak terdedah . Lain sekali dengan Diyana yang suka keluar dengan mama Harris then shopping dress yang singkat singkat .
Bilik Harris ? Aku tidur sekali dengan Harris ke ? Err Gumam Amanda sendirian .
" Amanda tidur sekali dengan Har–Harris sekali ke ma ? " Soal Amanda polos sekali .
" Dah kata suami isteri . Amanda tidur berasingan ke dekat rumah sana ? " Tanya mama nya balik .
" Eh tak mama , Amanda err Amanda saja je cakap macamtu , Amanda naik dulu " Jawapan Amanda tak logik sekali .
Bercicit dia berlari menaiki tangga mencari bilik Harris . Walaupun rumah itu ada lift . Dia tidak reti menaiki lift . Tambahan dia fobia .