DAR 3

791 28 1
                                    

Debaran makin terasa apabila Amanda perasan tinggal 3 hari saja lagi keputusan SPM bakal diumumkan . Makin sedih apabila lagi 3 hari juga la Amanda bakal berhenti bekerja di Warung Pak Abu , kerana Amanda mahu ke Kota Raya mencari pekerjaan yang bagus , dia yakin keputusan SPM nya mampu menampung dia di Kota Raya nanti . Dia juga ada buat simpanan untuk kesana, jadi dia tidak perlu risau apa apa lagi .

" Amanda , kau nervous tak ? Walaupun lagi 3 hari tapi jantung aku tak habis habis berjoget . Aku takut tak dapat banggakan mak ayah aku je nanti . Tu yang aku takut tu hahahah . " Tiba tiba Ayra menegurnya yang sedang mengelap pingan .

" Aku pon takut juga Ayra . Walaupun aku tahu ayah aku tak kisah pon pasal result aku tu , tapi aku still berdebar jugak weyy ! " Seloroh Amanda .

" Nanti kita pergi sama sama tau Manda . Kau pon lagi 3 hari je kat sini kan ? "

" Jom la kita ke KL tu Ayra , kita boleh sama sama . Aku yakin keputusanp SPM kau mampu bagi kau pekerjaan yang sesuai . "

" Aku nak sambung belajar la Manda . Lupa ke ? Hahaha . Nanti duit kau yang kau suruh aku simpan ni bila kau nak ?"

" Ye tak ye jugak kan . Lupa la . Pasal duit tu , time amik result kau kasi kat aku eh "

" Amanda Rose , aku sayang kau tau . Kau la kawan paling faham aku . Kau kawan aku dari kecik , kau satu satunya kawan yang faham aku " Ucap Ayra tiba tiba membuatkan kerja Amanda terhentu . Dah kenapa Ayra ni ?

" Oi kau pahal Ayra , aku pon sayang kau la wahai Ayra Nabila ! Kau jangan la sedih sedih , nak sedih sedih tunggu lepas amik result la . Baru kena dengan masa . " tergelak Ayra melayan Amanda . Amanda aku harap kau boleh jaga diri tanpa aku .

" Nanti kalau kau dah ada duit banyak , boleh kita masuk kolej sama sama kan Amanda . Takpon kalau kau tak cukup duit , kau boleh mohon kat mana mana pinjaman . Ha nanti bila kau dah mula belajar , kau buat la bisnes apa apa untuk tampung kau kat kolej . " Ayra memberi cadangan . Ceh belum ambil result lagi dah rancang macam macam . Amanda hanya tergelak sahaja .

" Kau gila agaknya Ayra .. duit aku pon lepas untuk aku dengan ayah aku hidup je .. ada hati nak bawak aku masuk kolej . Kau jelah yang masuk . Keluarga kau berduit . Bukan macam keluarga aku .. " Terdengar keluhan kecil dari mulut Amanda . Ayra yang melihat mula rasa kasihan .

" Eh , dahlah jom la sambung kerja , karang customer datang nampak kita mengular pulak " Ajak Ayra . Dia tidak mahu meneruskan idea nya mahu mengajak Amanda masuk kolej . Dia tahu gadis itu akan menolak ajakannya mentah mentah .

•••••

" Amanda esok nak aku tunggu kat mana ? Kau ada baju kurung tak nak pakai ? Kau naik dengan aku sekali la eh ? Kau nak aku makeup kan kau tak ? Kau reti tak lilit shawl ?" Tanya Ayra panjang lebar .

" Oi gila , ketuk kepala kau japgi apa tak dapat , bagi aku jawab semua soalan kau . Tunggu kat depan rumah aku pon boleh , aku ada baju kurung ibu aku , boleh je , takyah nak bersolek bagai la ! , aku pakai tudung bawal je . " Jawab Amanda . Malas mahu layan Ayra yang terlalu excited mahu ambil result .

" Jumpa esok my bestfriend . Loveyouuu ! " jerit Ayra sebelum motornya hilang dari pandangan Amanda .

Ayra aku sayang kau sangat sangat . Terima kasih jadi kawan aku even keluarga aku tak selengkap keluarga kau , keluarga aku tak sekaya kau , kau sanggup terima aku sebab kawan kau . Aku hargai Ayra Nabila . Desis hati Amanda . Lately ni dia asyik tidak sedap hati je . Macam ada perkara bakal berlaku . Harap tak ada apa yang terjadi .

Malam tu , Amanda tidak dapat tidur dengan tenang , entah kenapa hatinya makin terasa akan ada benda yang bakal terjadi . Ayahnya sudah 3 hari tidak pulang . Amanda semakin risau . Firasatnya kuat mengatakan malam ni akan berlaku sesuatu . Ya allah , hindarilah perasaan ini ya allah . Sesungguhnya aku takut . Gumam Amanda , sambil mulutnya terkumat kamit membaca doa tidur . Tidak berapa lama selepas itu Amanda tertidur .

•••••

Pukul 3 pagi Amanda dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dekat depan pintu rumahnya . Lantas dia mencelikkan matanya dan hatinya makin dipagut resah . Debaran di dada semakin kuat . Jantung bagai mahu putus dari tangkai nya . Tangan Amanda terketar ketar buka pintu biliknya dan menuju ke pintu utama .

Sebaik Amanda buka pintu , ayahnya jatuh dihadapannya . Sungguh terkejut Amanda lihat muka ayahnya penuh darah . Mungkin kena belasah . Tanpa membuang masa Amanda mengheret ayahnya perlahan lahan . Belum sempat dia mahu meletakkan ayahnya di sofa , beberapa kumpulan lelaki bersinglet hitam dan seorang Amoyy separuh umur , masuk kerumahnya . Makin berdebar hati Amanda .

" ini lu punya bapak ka ? Tada otak punya olang , sudah pinjam mau lari ka ?? You anak dia ka ? I nak you settlekan hutang lu punya bapak . Tarak banyak pun , RM30,000 saja maa . " Kata Amoyy itu sambil tergelak melihat muka Amanda yang terkejut mendengar jumlah ayahnya pinjam .

" Kalau lu tamau bayar ... "

Dia , Amanda RoseWhere stories live. Discover now