Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
" Amanda , lapar tak ? Nak makan ? " Malam sudah melabuhkan tirainya tapi Amanda masih lagi diam membatu di katil wad itu . Makan tidak , pergi ke tandas pon tidak .
" Tak lapar " Jawab Amanda ringkas .
" Makan la sikit , nanti karang makin sakit pulak "
" Taknak "
" Say- "
" Diam " Harris akur . Malas mahu berlama kerana dia tahu wanita itu tidak akan bercakap dengannya , dia bangkit dari kerusi . Dahi Amanda dicium , wanita itu membiarkan sahaja . Harris tersenyum .
" Abang pergi dulu , esok abang datang lagi " Selangkah Harris pergi Amanda bersuara .
" Suapkan Amanda " Sebaris perkataan membuatkan Harris tersenyum .
•••••
" Harris , you nak pergi mana ni ? Terkocoh kocoh ni ? Why ? " Tanya Diyana sebaik terlihat lelaki pujaan hatinya seperti mengejar sesuatu .
" Oh Diyana , i nak pergi hospital , Amanda tak sihat . " Balas Harris ingin membuka langkah tetapi ditahan oleh Diyana .
" I nak ikut "
" Emm .. ok but balik you pandai pandai eh ? I bermalam dekat hospital " Senyum Harris . Diyana hanya mengangguk .
•••••
Setibanya dihospital , Harris pergi ke tempat membeli barangan dia aras satu . Dia mencapai sejambak bunga ros dan sebakul buahan . Dia tersenyum mengingatkan kejadian semalam .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Flashback ..
" Sayang , makan banyak sikit , kalau makan banyak ni je bila nak sihat ? " Amanda hanya menggeleng kepalanya tanda tidak mahu . Baru 4 suap Amanda sudah menolak bubur itu .
" Nope . Sayang dah malam ni , lagipun kalau nak makanan berlauk boleh , tapi lepas 2 3 hari sayang kat sini . Abang janji apa je sayang minta abang belikan " Harris mengusap kepala berbalut Amanda .