DAR 1

1.6K 33 2
                                        

" Woi Manda , termenung apa lagi tu ? Orang sibuk menghafal nota , kau boleh termenung pulak ? Pahal kau ni ? " bebel Ayra merangkap sahabat baik Amanda .

" Nampak macam aku tengah termenung ke ? Aku tengah menghafal la ni , cuma mata aku je merayap , tapi otak still menghafal . " sangkal Amanda .

" Oh , takdelah Manda , lusa kita dah nak exam besar , kau kan budak pandai , jangan sebab masalah dalam rumah kau tu , pelajaran kau hanyut . Aku sentiasa ada dengan kau Amanda . Kau belajar pandai pandai , nanti kalau kau dapat masuk U , kau dah boleh lupakan dah masalah kau yang setinggi gunung Kinabalu tu . " ini salah satu sebab kenapa Amanda lebih memilih berkawan dengan Ayra walaupun Ayra kadang kadang tu mengada-ngada , tapi cara dia nasihat orang , memang buat orang bersemangat balik .

•••••

" Amanda !! Mana makanan ??!! Kau tak masak ke ?!! Ke kau nak suruh aku masak sendiri ?!!! Kau dengar tak ni Amanda !!! " Teriak Encik Razif dari dapur .

" Ya ayah , sorry ayah , Amanda ingat ayah balik lepas maghrib . Lagi pun Amanda baru je habis kelas . Ayah tunggu sekejap , biar Amanda masak . " kata Amanda sambil  pandangannya menekur lantai . Tidak berani bertentang mata dengan ayahnya .

" Ada anak pon pemalas , duit aku bagi , makan pakai aku dah bagi , suruh masak pon banyak alasan !! Dasar tak kenang budi punya anak , jangan sampai aku buat kau macam aku buat dekat mak tak guna kau tu !! " Amuk Encik Razif  .

" Apa ayah ni ! Sampai macamtu sekali ?! Ayah jangan nak babitkan ibu dalam hal ni . Amanda cuma tak sempat masak je yah , Amanda baru habis kelas , lusa Amanda ada exam besar , itu yang Amanda berkampung kat sekolah sekejap . Amanda minta maaf  la ayah , Amanda  bukan nak kurang ajar , tapi ayah sendiri boleh fikir . Benda kecil ayah perbesarkan . Ayah pergilah duduk depan dulu , biar Amanda masak sekejap . "  Jawab Amanda senada .

" Kau ni Amanda , betul la perangai kau ni sama macam betina tak guna tu !! Aku dah takde selera nak makan . Jijik aku ada anak macam kau !! " Marah Encik Razif .

Ya allah , tabahkan hatiku ya allah , berilah hidayah kepada ayahku ya allah . Bisik Amanda dalam hati sambil melihat ayahnya keluar dari rumah itu .

•••••

" Again Amanda ? Termenung lagi , kita dah nak masuk dewan peperiksaan ni Manda . Kau tolak tepi dulu masalah kau tu . Now kau fokus untuk exam . " Seperti biasa Ayra akan tegur perangai Amanda yang suka termenung tu .

" Eh , sorry la , banyak sangat masalah aku ni Ayra . Dah la aku nak lupakan masalah ni sekejap . Jom la weh , karang lambat pulak . " Kata Amanda .

•••••

Pejam celik pejam celik , mereka telah pon duduki peperiksaan besar iaitu SPM . Ya harini juga merupakan hari terakhir mereka menjawab exam itu . Dan hari terakhir mereka bergelar pelajar .

" Finally , bebas dari sekolah , bebas dari exam . Alhamdulillah semua aku boleh jawab , cuma sikit sikit je aku hentam . Hehehe , kau pulak macam mana Manda ? " Tanya Ayra .

" Aku macam biasa lah , semua celah gigi je . Hahahah , alhamdulillah , habis jugak kita dari sekolah kan . So apa perancangan kau lepasni Ra ? " Soal Amanda ketika Ayra memakai topi keledar .

" Aku nak tolong pakcik aku kat kedai makan dia tu , sementara tunggu result , aku kumpul la sikit sikit duit . Mana la tahu dapat tawaran ke ' U ' ke .. hahaha , so kau buat apa je lepasni ? Jom la kerja sekali dengan pakcik aku , kedai dia memang nak pakai orang . " Terang Ayra panjang lebar .

" Okay jugak tu . Nanti apa apa kau roger roger je aku . Ni kau pergilah balik dulu , aku nak beli barang kejap kat kedai depan tu . Apa apa datang jela rumah aku ye Ayra " Balas Amanda untuk tamatkan perbualan mereka seraya bergerak ke kedai runcit yang dicakapkan . Kalau sembang dengan Ayra ni , sampai ke maghrib pon belum tentu habis .

•••••

Tinggal sebulan lebih sahaja lagi Amanda , Ayra dan pelajar pelajar sebaya dengannya mendapat keputusan SPM . Sambil menunggu keputusan , seperti yang dipelawa oleh Ayra , Amanda bekerja sambilan di kedai makan pakcik Ayra , atau lebih dikenali sebagai Pak Abu .

" Amanda tolong layan jap customer meja hujung tu " pinta Ayra sambil jarinya menunjuk ke meja yang dimaksudkan . Kelihatan sekumpulan anak muda yang sebaya dengan mereka duduk disitu . Tanpa membuang masa Amanda pergi ke meja tersebut .

" Ya ? nak order apa ? " tanya Amanda sambil tersenyum .

" Kitorang nak kau boleh tak ? " Balas seorang anak muda dari kumpulan itu yang mendapat sorakan dan gelakan dari geng nya .

" Korang jangan main main boleh tak ? Ada ramai lagi customer yang saya kena handle . " Amanda sudah mula malas melayan . Lagi dilayan , lagi naik lemak !

" Ala sorry laa cik adik , kitorang nak suka suka je " Balas seorang lagi rakan mereka sambil tanggannya menyentuh jari Amanda yang diletakkan diatas meja tersebut .

" Ish apa sentuh sentuh ni , takde adab ke ? " Amanda mula naik berang apabila mereka menyentuh nya .

" Woi korang nak order , order la elok elok . Dia tu perempuan . Malu la dia . " Tengking salah sorang dari mereka yang dikenali sebagai Affan .

" Bagi 5 teh o ais ya . " sambungnya lagi . Tanpa sebarang kata Amanda terus pergi ke dapur untuk menghantar order nya .

Fikir aku apa suka suki dia je pegang . Nasib ada mamat hensem tu . Apa nama dia ? Affan kot . Em thankyou to you Affan . Gumam Amanda dalam hati .

                                          Amanda Rose

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                                          Amanda Rose

First bab memang boring sikit . Enjoy ..

Dia , Amanda RoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang