Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Harini adalah hari terakhir Amanda dan pelajar baru yang lain menjalani hari orientasi . Bermakna selepas ini dia bakal memulakan pelajarannya . Sepanjang 5 hari itu juga la Amanda mula rapat dengan Daniel . Dan Harris pula ? Berkepit dengan Diyana tanpa pengetahuan Amanda .
Daniel satu satunya kawan yang dia ada di kolej itu . Ayra dan Lily pon kawannya juga cuma mereka batch lain . Ada je yang nak berkawan dengan Amanda , tapi kebanyakkan macam nak buli Amanda sahaja . Daniel la yang pertahankan Amanda . Bila sudah lama kenal dengan Daniel , baru dia tahu Daniel ni anak Dato ' . Masa mula mula kenal Daniel memang nampak garang . Tapi sebenarnya dia baik .
" So Rose , tak sangka kan kita satu course . Lepasni boleh la aku tengokkan kau , risau kau kena buli je dengan Diva taik tu " Daniel memulakan bicaranya setibanya mereka di kantin .
" Kan . Hahaah . Jom la makan , nanti boleh balik awal . " Sesetengah pelajar yang rumahnya dekat dengan kolej duduk rumah sendiri , ada juga yang duduk hostel yang disediakan .
Selepas habis makan , mereka berjalan menuju ke pintu gerbang kolej , memandangkan harini dibenarkan balik awal . Isnin sudah mula belajar .
" Kau balik dengan siapa harini ? " Daniel bertanya kepada Amanda . Melihatkan wanita itu terjenguk jenguk kepalanya mencari seseorang . Telefon ditangan Amanda pon dilihat banyak kali wanita itu tekan tekan . Mungkin call seseorang .
" Ah .. er ssaya tunggu orang amik . " Amanda tidak memberitahu Daniel yang dia sudah pon berkahwin . Risau lelaki itu menjauhi dirinya .
" Siapa ? Husband ke ? " Seloroh Daniel . Membuntang mata Amanda mendengar . Takkan dia tahu ? " Aku dah tahu lama dah Rose . Suami kau ok ke kau berkawan dengan aku ni ? "
Tertunduk wanita itu apabila Daniel sudah tahu akan statusnya . " Tak mungkin dia marah . Saya pon takde kawan dekat sini . Mungkin dia faham kalau saya berkawan dengan awak " Senyum Amanda .
30 minit sudah berlalu , kelibat kereta Harris tidak kelihatan . Malah dicuba call lelaki itu juga tidak berjawab . Daniel yang melihat wanita itu mengeluh perlahan mula jatuh kasihan kepada Amanda .
" Jom , naik dengan aku . " Ajakan lelaki itu ditolak sopan oleh Amanda . Tak mahu menyusahkan orang .
" Jom je . " Malas mahu buang masa , lelaki itu menarik hujung lengan baju Amanda . Amanda hanya membontoti Daniel dari belakang .
----------
" Boss , gambar dah tangkap . Cuma kena edit sikit la supaya nampak real . "
" Bagus . Edit and send gambar tu kat aku sekarang "
----------
" Rose , kau okey ke ? Aku tengok kau tersengguk sengguk . Mengantuk ke ? " Daniel memecahkan kesunyian didalam kereta itu .
" Ha .. mengantuk sikit . Hehehe . Bawak cepat sikit eh Daniel . " Malu malu Amanda tersengih depan Daniel . Daniel tertawa kecil melihat telatah Amanda . Kalau kau single aku dah masuk minang kau Rose .
Setelah 30 minit perjalanan , Kereta Daniel berhenti dihadapan pintu pagar rumah Suami Amanda . Ditoleh ke kiri terlihat wanita itu terlentok menghadap tingkap . Tali pinggang yang dilihat seperti menjerut badan wanita itu lantas dicabut dari soketnya . Ditilik wajah Amanda .
Rose , sumpah kau dah buat iman aku berterabur tengok kau . Kau cantik . Muka bersih kau pon cantik . Kalau parut kat dahi kau tu takde . Mesti kau lagi cantik kan Rose ? Sayangnya kau isteri orang ..
Tersedar dari lamunan lantas Daniel mengejutkan Amanda .
" Rose , dah sampai , bangun " Dicuit sikit lengan Amanda , sekali kejut sahaja wanita itu bangun . Sepet matanya melihat sekeliling .
" Ha ? Ha ye terima kasih Daniel . Jumpa isnin nanti " Senyum Amanda sebelum pintu kereta ditutup . Setelah kereta Daniel sudah meluncur pergi , terus dia masuk ke rumah .
Aik , kereta ada . Kenapa aku call tak jawab . Amik aku pon tidak . Emm
" Assalam— "
Panggg !!
" Perempuan murahan !! "
Flashback .
Harris sedang buat kerja di officenya . Telefon didalam meja kerjanya disilent supaya tidak menganggunya . Sedang dia focus buat kerja , Pintu officenya diketuk . Terlihat wajah Mia P.A nya sambil disisi seorang gadis seksi .
" Boss , Miss Diyana nak jumpa " Mia memulakan bicara .
" Okay , you boleh sambung kerja . " Sejurus itu Mia terus keluar dan Diyana masuk kedalam office Harris .
" Hi Harris , i ada satu benda nak cakap dengan you . I call you . You tak angkat pon . Tu yang i datang sini je " Seakan merajuk sahaja nada Diyana .
" Sorry Diyana , i busy sangat, phone pon i tak sempat sentuh. Sorry okay ? You nak cakap apa tu ? " Harris memujuk Diyana . Timbul rasa sayang terhadap gadis itu , walaupun hanya 30% sahaja dia menyayangi gadis itu , tapi Diyana sentiasa ada bila dia perlukan apa apa .
" Em i nak ajak you lunch . Dah pukul 1:30 tghhari dah ni . Sambil tu i ada benda nak tunjuk kat you " Ajak Diyana . Sambil tangannya lincah mengurut bahu Harris .
" Em okay juga tu , jom la kita makan dekat Cafe Rasta jelah . " Harris mengemas kertas kerja nya lalu pursenya dicapai , tetapi telefonnya lupa diambil .
Sesampai sahaja mereka di Cafe itu , terus mereka memesan makanan ikut selera masing masing . 20 minit menunggu , hidangan sudah siap dihantar ke meja mereka .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Apa benda yang you nak cakapkan tu ? " Setelah mereka habis makan Harris mengutarakan soalan yang Diyana mahu cakapkan sebentar tadi .
" Oh , i cuma nak cakap , Amanda takde dekat rumah kan ? Dia kat kolej harini kan ? " Terdengan sahaja kata Diyana , lantas poketnya diraba raba mencari telefonnya kerana Amanda kata dekat Harris dia balik awal sekitar pukul 2:00 macamtu . Jam ditangan ditilik . Sudah 2:05 petang .
" Don't worry Harris , Amanda dah otw balik tu , kawan kolej dia hantar " Pelik Harris mendengar apa yang dicakapkan oleh Diyana . Macam mana Diyana boleh tahu semua ni ?
" Siapa ? You kenal kawan kawan Amanda ke ? " Pertanyaan Harris mendapat gelengan dari Diyana . Lantas telefon bimbitnya dibuka lalu menunjukkan satu gambar dimana spy dia mengambil gambar Amanda yang ketika itu Daniel menarik lengan bajunya . Tapi didalam gambar itu telah diedit menampakkan Daniel memegang pergelangan tangan Amanda .
" Ww-what ? You nak tunjuk apa ni ? " Harris sudah bengang . Darahnya mula mendidih . Dia hantar Amanda ke kolej supaya belajar , tapi wanita itu menggatal .
" Nama lelaki tu Daniel , satu satunya kawan Amanda yang Batchnya Sama dengan Amanda . You better balik sekarang , kalau you tak percaya you boleh tengok dengan siapa Amanda balik " Usai berkata Diyana menutup kembali telefonnya lalu merenung wajah kacak Harris yang sedang menahan api amarahnya .
" Sorry Diyana , i pergi dulu . Nanti kita jumpa lagi " Terus Harris mengorak langkah kembali ke pejabatnya untuk mengambil telefonnya .
20 minit perjalanan pulang kerumah akhirnya tiba . Dia tiba sebelum Amanda sampai kerumahnya itu . Setelah menunggu 10 minit , terdengar bunyi seseorang menutup pintu kereta , diintai dari tirai ruang tamunya itu . SAH ! memang sah Amanda balik dengan lelaki lain .