DAR 17

669 18 0
                                        

Tiga hari berlalu , keadaan Amanda beransur pulih , tapi Amanda didatangi penyakit baharu . Dia sering muntah muntah . Lepastu cepat penat .

Harini Harris pulang lewat katanya . Iphone di sebelah dicapai , nombor Harris didail . Lima saat berdering , telefon diangkat ..

" Assalamualaikum abang , abang sibuk ke ? Sorry kalau Amanda ganggu . " Tanya Amanda dari dalam telefon .

" Waalaikumsalam , abang tak sibuk sayang , tapi kejap lagi abang nak jumpa client , kenapa call ni ? Ada apa apa ke ? "

" Saya ingat nak pergi beli barang dapur , lepastu terus nak pergi farmasi , nak beli panadol . Saya naik grab je . Boleh tak abang ? "

" Seorang je ke sayang ? Kalau dah sayang nak pergi , abang izinkan , hati hati sayang . Kalau ada apa apa call je abang . Bye " Usai berkata Amanda mematikan panggilan . Jam dikerling sekilas . Dah pukul 2 . Makan pon tak lagi ni . Emm makan kat luar jelah . Desis hatinya . Tangga didaki menuju kebilik untuk bersiap .

•••••

Barang dapur sudah pun dibeli oleh Amanda , kini tinggal mahu ke farmasi sahaja , membeli panadol dan pregnancy test . Orang cakap kalau muntah muntah ni mungkin tanda berbadan dua . Jadi dia cuba nasib saja lah .

Sedang dia menuju ke farmasi , tangannya dilanggar oleh seseorang . Lantas lelaki itu memegang tangan Amanda . Risau wanita itu jatuh . Rasanya kuat juga dia langgar tangan wanita itu . Nasib plastic bag ditangannya digenggam kemas . Kalau tak berterabur dah .

" Eh sorry cik . Saya tak perasan cik tadi . Sorry sang– " Ayatnya terbantut .. lalu dia menyambung kembali kata katanya . " A–Amanda ? Yang kerja dekat warung Pak Abu dulu ? " Tanya lelaki tersebut .

Dek kerana pelik namanya dipanggil serta tempat kerja dahulunya dibicarakan , lantas kepala didongak memandang gerangan tersebut . Terkejut dia .

" Affan kan ? " Tanya Amanda dengan riak terkejut .

" Affan la ni . Wah sekarang Amanda duduk KL ya ? Patutlah lama tak nampak korang . Ayra duduk dengan Amanda sekali ke ? Ayra sihat ? " Pertanyaan Affan membuatkan senyuman mekar Amanda mati serta merta .

" Ay–Ayra tak dduduk kampung dah ? " Mungkinkah sahabat baiknya sudah sambung belajar ?

" Affan ingat Amanda duduk dengan Ayra . " Affan tersengih sambil belakang kepalanya diusap .

" Eh , Amanda balik dulu la , nanti kita jumpa lagi " Tidak sempat Affan mahu meminta nombor Amanda , Wanita itu telah pergi meninggalkannya .

Makin cantik awak sekarang Amanda Rose . Tidak sedar ada sepasang mata sedang mengambil gambar mereka berdua secara senyap .

•••••

Bismillah , harap harap positif . Amanda berharap pregnancy test itu bertukar dua lines . Seperti yang diharapkan , dua lines muncul di atas benda itu .

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia , Amanda RoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang