" Oi Amanda , tu makanan untuk kau aku dah bungkuskan . Ni kau dah siap kemas ke belum ? Kalau dah jom la kita balik . Dah pukul 7:45 pm dah ni . Aku rasa ayah kau pon dah balik kan . Naya kau nanti kalau dia tengok kau takde kat rumah waktu macam ni . " Tegur Ayra seraya mengajak Amanda pulang . Ayra lah yang paling kesian dekat Amanda , kalau dia balik lebih dari pukul 7:30 pm , makian yang menanti di rumah .
Ayra Nabila
" Ha ye ye aku dah siap kemas .. makanan ? Kau ni buat susah susah jela Ayra. Thanks tau . Sayangggg kauu .. " kata Amanda sambil tangannya didepakan ingin memeluk si Ayra . Lantas Ayra menahan muka Amanda menggunakan tapak tangannya .
" Sayang , sayang jugak , bapak kau kat rumah tu tak makan lagi . Dah jom jom . " Saja Ayra menakutkan Amanda . Bukan ' saja ' tapi memang Amanda akan kena marah sebab waktu sekarang sudah menunjukkan jam 7:50 pm . Kalau naik motor mereka akan sampai sekitar pukul 8:05 pm macam tu .
•••••
Sesampai sahaja dirumah , kelihatan motorsikal ayahnya sudah siap parking dihadapan rumah . Habislah , ayah dah balik . Gumam Amanda sendirian .
" Assalamu— " salam yang diberikan Amanda tidak sampai ke penghujungnya apabila Encik Razif tengkingnya menyebabkan dia keras di depan pintu .
" KAU PERGI MANA AMANDA ROSE ?!!! KAU TAHU TAK AKU NI TUNGGU KAU BALIK , AKU NI TAK MAKAN LAGI . TUNGGU KAU MACAM TUNGGU BAB* BERJALAN KAU TAHU TAKKK !! KAU PERGI MANA BARU SEKARANG KAU NAK SAMPAI RUMAH ? JANTAN MANA KAU JUMPA !!? BERAPA DIA BAGI KAU ? " Tengkingan Encik Razif membuatkan Amanda beristighfar dalam hati .
Sampai hati bapa kandungnya maki dia sebegitu rupa . Hina dia , caci dia malah sampai memfitnah dia . Siap panggil dia bab* lagi . Tapi dia tahu , kecik hati macam mana pon dia masih ada salah satu orang tuanya . Dia masih tanggungjawab ayahnya .
" Ayah ! Apa ayah ni ? Tergamakkan ayah cakap Manda jumpa lelaki kat luar sana tu . Amanda kerja ayah , Amanda kerja dekat Warung Pak Abu . Amanda kerja lebih masa . Supaya kita ada duit nak makan . Gaji sehari Amanda tak cukup nak tampung kita dua ayah . Amanda terpaksa kerja keras sikit . Demi ayah . Demi keperluan ayah . Demi Amanda juga . " Pasrah Amanda kerana dia sudah penat menangis depan ayahnya kerana dia tahu , takkan ada benda yang boleh berubah melainkan dia sendiri yang mengalah .
" Dalam plastik tu makanan ? Bak sini , kau pergi mandi dulu , nanti kita makan sekali " Terkejut Amanda mendengar ayat yang keluar dari mulut ayahnya . Biar betul ? Kalau macam ni la ayah layan aku , aku dah cukup bersyukur . At least ayahnya masih ada perasaan . Walaupun layanan ayahnya biasa , bagi dia , itu sudah buatkan dia tersenyum .
•••••
" Ayah nak tambah lagi ? Ni ada lagi lauk tak habis , meh sini Amanda tuangkan . " Tegur Amanda ketika dia melihat pinggan ayahnya sudah licin .
" Aku dah kenyang , aku nak tidur , kau kemas semua ni ye " Tegas Encik Razif berkata . Amanda mengangguk perlahan .
Selesai mengemas meja makan tadi , Amanda terus kebilik tidurnya , dia duduk di meja belajar nya sambil tangannya bergerak gerak main game didalam telefon nokia 3310 nya . Dia tahu , teknologi sekarang sudah canggih , cuma duitnya saja masih tak canggih lagi untuk beli smartphone baru .
Setelah penat bermain game ular , dia merebahkan badannya di atas toto , biliknya tiada katil , kerana katil sudah diberi kepada ayahnya . Dia lebih mengutamakan keselesaan ayahnya .
Sambil Amanda cuba memejamkan mata , dia termenung menghadap almari pakaian nya . Seketika air matanya menitik . Ibu , dah hampir 10 tahun ibu tak datang jenguk Amanda . Ibu kat mana ? Amanda rindu ibu sangat . Amanda nak duduk dengan ibu . Amanda kat sini sakit ibu . Ayah dah berubah . Ibu , walau kat mana ibu berada , Amanda tetap sayang ibu . Selamat malam ibu . Bisik hati Amanda sambil matanya yang berair itu masih memandang almari pakaian nya .
Almari tersebut pernah menjadi tempat pakaian ibunya disimpan . Tetapi setelah ibu tidak ada disini lagi , Amanda menggunakan almari tersebut . Dengan cara itu , dia dapat la melepaskan rindu setiap kali menatap almari itu . Dalam tidak sedar Amanda tertidur bersama air mata .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...