Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Sudah dua minggu berita tentang Amanda mengandung diketahui oleh Harris . Tetapi layanan Harris terhadapnya dingin sahaja . Mungkin marah sebab merahsiakan kandungannya itu . Walaupun Harris dingin dengannya , tetapi Harris tidak naik tangan pada dirinya .
Kata Harris , sebulan lagi dia dengan Diyana akan pergi ke Thailand . Kahwin disana sahaja . Memandangkan Datin Rohana tidak mahu memandang wajah Harris , jadi lelaki itu mengambil keputusan berkahwin di siam . Diyana pula sudah tidak duduk disini . Katanya nak duduk rumah sendiri dulu sebab lepasni kan hidup bermadu .
Tentang rahsia kansernya pula , masih disimpan rapi oleh dirinya . Oh ya , lusa mungkin hari terakhir Amanda belajar dikolej . Memandangkan sakit kepalanya menganggu perhatiannya ketika belajar , jadi dia ambil keputusan untuk berhenti belajar . Bila Harris tanya mengapa , Amanda cuma jawab tak larat mahu kesana kesini dengan anak dalam kandungan . Daniel pula faham dengan masalah Amanda . Walaupun Amanda akan berhenti kolej , tapi tugasnya yang akan menemani Amanda ke hospital sentiasa dijalankan .
" Minggu depan Doktor Laila nak tahu keputusan kau Rose , kau dah fikir ke belum ? " Pertanyaan Daniel menyentak lamunan Amanda .
" Ha ? Dah Daniel . Saya dah fikir . " Nafas dihela . Betulkan keputusannya itu ? Daniel sekadar menganggukan sahaja .
Habis sahaja waktu belajar , Amanda berjumpa dengan ibunya . Mereka sudah berjanji untuk berjumpa pada hari ini . Ingatan Amanda juga sedikit sebanyak merosot . Dia sering lupa akan sesuatu benda .
" Assalamualaikum ibu ! Lama ke tunggu " Kerusi disebelah ibunya ditarik . Tudungnya dibetul betulkan sedikit .
" Waalaikumsalam Amanda , ibu baru je sampai . Amanda nak makan apa , makan la ibu belanja . " Kepala Amanda diusap oleh Puan Nora . Hati ibunya kuat mengatakan yang Amanda seperti sedang menyorokkan sesuatu darinya .
" Amanda .. apa yang Amanda sorok dari ibu ? " Amanda yang sedang leka menghirup air minuman ibunya tersedak sedikit .
" Ssor–sorok apa ibu ?? Mm–mana ada apa apaa . " Sengihan ditayang oleh Amanda . Pantas Puan Nora mengusap pipi anaknya itu .
" Amanda luah la kat ibu , apa yang Amanda pendam . Ibu memang tak tahu , tapi hati ibu kuat mengatakan Amanda ada sorok sesuatu dari ibu " Tangisan Amanda pecah juga akhirnya . Dipeluk erat badan ibunya . Teresak esak dia menangis . Betul . Dia ibunya . Banyak rahsia dia sorok dari ibunya . Dia patut beritahu segalanya .
•••••
Pulang sahaja dari berjumpa ibu , Amanda memilih untuk duduk dikerusi yang disediakan di balkoni . Pemandangannya menghadap kawasan jalan raya yang sedikit sibuk . Tiba tiba air matanya jatuh . Perutnya yang makin membulat walaupun kecil itu diusap usap . Entah mengapa tangisannya berubah menjadi tersedu sedu . Terus ingatannya teringat tentang perbualan dia bersama ibunya .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.