Selepas membuat perbincangan dengan Doktor pakar pembedahan , tarikh operation Amanda telah ditetapkan . Memandangkan kansernya sudah ditahap 4 , jadi operationnya dipercepatkan . Lusa dia bakal dibedah . Dan esok anak dalam perutnya pula terpaksa digugurkan . Perasaan takut sering menyerangnya . Dia kena kuat ..
" Rose , tidurlah . Dah dekat pukul 1 pagi ni . Rehatkan minda kau Rose . Jangan terlampau tertekan . " Amanda sekadar mengangguk kecil sahaja . Badan dipusing menghadap arah lain . Dia tidur bersama tangisan .
•••••
Pagi itu , Amanda bangun awal . walaupun tidur lambat .. tapi perasaan takutnya mengatasi mata mengantuknya . Dia sudah sedia maklum lagi beberapa minit lagi dia akan jalani proses pengguguran . Daniel disebelahnya diperhatikan . Sebuah senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu .
" Daniel , doakan saya ye . Saya takut .. " Daniel tersenyum lalu menghampiri Amanda .
" Kau jangan takut Rose , aku sentiasa doakan kau " Bahu Amanda dipegang seketika .
Seketika kemudian , Doktor masuk ke ward Amanda . Katil Amanda ditolak oleh Doktor Doktor tersebut . Amanda mengeluh perlahan . Perutnya diusap seketika . Selamat tinggal anak ibu .. air mata merembas keluar .
•••••
Selesai sahaja pembedahan , Amanda ditempatkan kembali di wardnya . Sayu hati Daniel melihat keadaan Amanda . Dilihat wajah Amanda .. wajah yang tiada tenaga . Amanda juga sudah kurus . Walaupun begitu , Amanda tetap cantik pada pandangannya .
Sedang dia menilik wajah Amanda , wanita itu mencelikkan matanya secara tiba tiba . Daniel kelam kabut membetulkan rambutnya dan meraup muka . Amanda hanya tersenyum sahaja . Daniel mengambil tempat disebelah Amanda . Wajah Amanda ditenung .
" Rose , kau nak apa apa ke ? " Daniel memulakan bicara . Amanda hanya menggeleng sahaja . Tenaganya kurang . Jadi kalau nak bercakap pon bila perlu je .
" Dan , operation saya esokkan ? " Amanda bercakap dengan suara yang sangat perlahan . Seperti sedang berbisik pun ada . Seketika Daniel menganggukkan kepalanya .
" Daniel .. ambil telefon saya , cari nombor ibu saya , dan tolong telefon dia beritahu saya disini . " Ucap Amanda perlahan . Tanpa buang masa , telefon Amanda dicapai . Dilihat di screen telefon itu , tiada notifikasi dari siapa siapa pon , termasuklah Harris . Benarlah yang Harris tidak kisah tentang isterinya . Kenalan 'ibu' dicari lalu didail .
Tutt .. tutt
" Hello , assalamualaikum anak ibu . Lama tak telefon ibu ye . Amanda macam mana sekarang ? " Riang sekali suara Puan Nora apabila anaknya itu menelefonnya . Walhal , bukan Amanda yang menelefonnya , tetapi Daniel .
" Waa–waalaikumsalam makcik , boleh datang ke hospital ? Esok Amanda operation , jadi dia nak jumpa dengan ibu dia . " Lancar Daniel berkata . Dia tahu ibu Amanda pasti terkejut tentang ini .
" Aa–apa ? Ya allah .. hantar location dekat makcik sekarang ya , terima kasih sebab bagitahu " Terus Puan Nora mematikan telefonnya . Bergegas wanita itu bersiap . Mahu jumpa anaknya .
" Rose , kau tidur la dulu . Kau rehat secukupnya . Kejap lagi ibu kau datang . " Telefon Amanda diletakkan diatas meja kembali . Amanda menggelengkan kepalanya . Lantas Daniel mengangkat kening .
" Kenapa ? Kau kena rehat Rose . "
" Daniel , carikan saya kertas dan pen .. "
" Untuk apa Rose ? "
" Saya nak tulis surat dekat Harris , andai kata saya tak sempat nak berjumpa dengan dia . Esok dia akan nikah dengan Diyana . Jadi saya taknak la ganggu dia . Biarlah saya tulis surat sahaja .. " Keluhan Daniel lepaskan sangat kuat . Amanda ! Kau memang kuat ..
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...