Selepas kejadian itu , Harris terpaksa memberitahu mama dan papanya tentang apa yang terjadi . Kerana dia perlu menghantar Amanda ke rumah keluarganya itu , supaya Amanda dijaga oleh mamanya .
" Jay , kalau boleh kamu jangan la percaya segalanya bulat bulat . Periksa dulu . Baru bertindak . Mungkin boleh jadi ada orang sengaja aniaya Amanda ? " Kata kata mamanya itu menusuk ke kalbu . Betul juga . Entah entah Diyana sengaja hantar semua tu semata mata mahu meruntuhkan rumah tangga mereka ?
" Baik ma , lepas ni Jay janji Jay lebih peka . " Janji Harris kepada mamanya .
" Jay pergi kerja dulu ye mama , Amanda , abang pergi kerja dulu " Beritahu Harris kepada dua orang wanita yang disayangi itu .
•••••
Harris tidak puas hati memikirkan , mengapa Diyana harus menghantar gambar gambar tersebut kepadanya . Gambar tangan Amanda disentuh lelaki , gambar Amanda bercakap dengan lelaki itu dan gambar Amanda berlalu pergi meninggalkan lelaki itu , dalam gambar itu menampakkan lelaki itu seperti tidak puas berbual dengan Amanda .
Telefon dikocek dikeluarkan . Dicari nombor Diyana lalu dia menghantar pesanan kepada gadis itu .
Harris
- I nak jumpa you . Dekat Cafe depan office i ni . Waktu lunch . I tak suka orang lambat .Usai menghantar pesanan itu , Harris membuka galeri telefonnya . Banyak gambar Amanda yang ditangkap senyap senyap . Isterinya itu tidak suka bergambar . Katanya dia tidak suka pamerkan diri . Haih la isteri Harris . Tersenyum Harris mengscroll gambar gambar itu .
Sedang ralit melihat gambar , telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk .
Diyana
- Aww you nak jumpa i ? For what baby ? Okay i otw kesana , tunggu tau sayang .Dikerling jam ditangannya . Sudah masuk waktu makan tengahari . Sebentar lagi mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya itu . Ada benda mahu dicakapkan .
Seperti yang disuruh , Diyana sudah tercongok menunggu Harris di cafe yang ditetapkan . Diyana melambaikan tangan kepada Harris , supaya Harris nampak dimana dia duduk . Harris mengorak langkah dan duduk berhadapan dengan Diyana . Diyana dari tadi masih tersenyum lebar . Mungkin dia fikir Harris nak getback kot ?
" So , Harris , orderlah . Kita makan dulu " Ajakkan Diyana ditolak oleh Harris .
" Its okay . I ada bawa bekal . Wife i yang masak " Sengaja ditekan perkataan 'wife'' .
Wife ? Diorang ni dah okay ke ? Patutnya diorang gaduh besar and then Harris beralih arah kat aku . Takkan dorang dah berbaik ? Gumam Diyana tidak puas hati .
"Oh ya , er ada apa you ajak jumpa ni ? " Tanya Diyana apabila dia merasakan dia berdiam diri dari tadi .
" Oh , i nak tanya , apa motif you bagi i gambar Amanda dengan lelaki lain ? You sengaja nak runtuhkan masjid orang lain ke apa ? " Pertanyaan Harris membuatkan wajah Diyana berubah cuak .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...