Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Apa kau dah buat ni Harris , dia cuma buang makanan tu je . Mungkin dia kecil hati dengan sikap kau . Tapi kau buat macam ni pulak kat dia ? Kau belasah dia separuh mati . Bodoh kau ni ! Suara hati Harris mula bersuara .
Tubuh isterinya yang terdedah itu , ditutupi dengan baju yang sudah terkoyak itu . Lalu dicempung Amanda menuju ke bilik mereka . Dia mengambil air sebekas dengan sapu tangan lalu diletak di meja sebelah katil itu .
Disarungkan baju tanpa lengan dibadan isterinya . Dahi yang berdarah itu dilap dengan kain basah . Sudah puas dia mengelap darah itu , tapi tiada tanda tanda seakan darah mahu berhenti . Terlihat koyakkan didahi Amanda . Telefon dipoket dicapai lalu mendail nombor sesorang .
" Okay okay , saya akan kesana sekarang " Ucap pemanggil sebelum mematikan panggilan .
Harris meneruskan mengelap sekitar mulut Amanda . Mulut Amanda pecah dek kerana makan penampar 3 das dari Harris . Tepi bibirnya pula membiru dan membengkak sedikit . Teruk rasanya Harris mengerjakan isterinya itu . Sedang mengelap sekitar bibir Amanda , matanya tertancap dekat lengan Amanda . Kelihatan memerah disitu . Ya , dia yang merentap lengan wanita itu . Sungguh kejam . Rambut serabai isterinya dirapikan .
Abang minta maaf sayang .
•••••
" So Harris , apa yang awak dah buat dengan dia ? Teruk ni . Macam kena belasah . Awak pukul dia lagi ke ? " Tanya doktor Hafsam itu .
" Saya tak sengaja , sss-saya ter-pukul dia . Arghh ! Dia yang buat saya naik angin ! " Harris memberontak . Kalau bukan sebab Amanda , tak adanya wanita itu dibelasah .
" Kalau memang salah dia pon awak tak patut belasah dia sampai macam ni , ni nanti kalau dia dah sedar bagi dia makan ubat tahan sakit ni . Risau dahi dia tu berdenyut nanti . Then , ni ubat demam . Dia demam sebab terkejut tu . Tampalan dekat dahi dia tu tukar setiap kali lepas mandi . " Usai berbicara doktor Hafsam keluar dari bilik itu untuk pulang kerumah .
Dahi Amanda diusap oleh Harris . Seketika telefon nya berdering menandakan ada mesej masuk .
Diyana - Hi , you busy ke harini ? Teman i pergi Pavilion . I nak cari baju and macam macam lagi . Boleh tak ?
Harini Harris tidak pergi ke kerja , kerana dia mahu menjaga Amanda . Jadi , mustahil la dia hendak keluar dengan Diyana sebab dia sudah kata dia hendak jaga Amanda ,
Harris - Sorry , but harini i tak masuk office and i tak boleh teman you . Wife i sakit . Maybe next time ?
Diyana -Urgh ! Fine !
Malas mahu membalas mesej terakhir Diyana , telefon ditutup lalu tuala dicapai . Mahu mandi bagi segarkan badan .
•••••
Malam sudah melabuhkan tirai , Amanda sudah sedar , tapi dia masih tidur . Sakit mungkin . Di dapur , Harris menyiapkan bubur untuk Amanda . Dah buat salah kenalah pujuk balik .
Pintu bilik dikuak , suasana didalam kamar gelap sekali . Ditatang dulang yang berisi bubur dan air masak dengan penuh berhati hati . Diletakkan disebuah meja kecil dan dinyalakan lampu disebelah Amanda . Dikejutkan isterinya itu untuk bangun makan . Amanda yang tidak berapa larat itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja .
Harris malas mahu memujuk , dipeluk isterinya itu lalu disandarkan di bucu katil . Sudah hampir masuk dua hari wanita itu tidak menjamah apa apa . Amanda yang separa sedar hanya memegang kepalanya yang terasa sakit .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bubur dicedok dengan sudu lalu disua ke mulut Amanda . Meringis sedikit Amanda kerana bubur yang suam itu terkena bibirnya yang luka . Semangkuk bubur telah pun habis itu pun dipaksa oleh Harris . Dilihat Amanda sudah memejamkan mata dalam keadaan bersandar . Digendong isterinya itu menuju ke bilik air lalu membuka satu persatu pakaian yang terlekat dibadan Amanda . Dibasahkan sedikit badan isterinya itu bagi segar .
Setelah selesai segalanya , ditidurkan Amanda . Kepala wanita itu diusap penuh kasih sayang .
" Amanda , maafkan abang . Harini seharian abang tak dengar celoteh sayang . Amanda sakit sebab abang . Lusa isteri abang ni nak sambung belajar dah , so sayang cepat sembuh tau . Abang sayang Amanda . Selamat malam cinta " Usai berkata sendirian , Harris menutup lampu bilik lalu rebah disisi Amanda . Pinggang Amanda dipeluk erat .
•••••
Pagi itu , Amanda sudah kebah dari demam , cuma rasa sakit dan sengal sengal masih ada . Harris ? Amanda banyak mengelak dari Harris . Waktu breakfast Amanda cuma sediakan makanan sahaja . Tapi dia tidak teman Harris makan . Ya peristiwa semalam masih terngiang ngiang dikepalanya . Kenapa perlu samapai macam ni sekali ?
" Amanda , abang nak pergi kerja ni . Nanti abang janji abang balik awal , kita pergi beli barang yang sayang nak " Dilihat Amanda termenung di balkoni bilik itu . Terus dia mendekati wanita itu .
" Sayang , abang cakap tadi sayang tak dengar ke ? " Tangan Harris melingkar ke pinggang Amanda . Terkejut wanita itu . Tangan sasa Harris ditepis lembut , senyuman nipis diberikan , dan terus dia masuk semula kedalam bilik untuk mengutip baju kotor .
" Sayang , abang pergi kerja dulu ye . Maafkan abang " Tutur Harris dengan nada lembut lalu melabuhkan ciuman hangat didahi Amanda . Seraya memeluk isterinya yang separas dadanya itu .
4 minit berkeadaan begitu , kenapa 4 minit ? Sebab Amanda menangis . Dia sakit diperlakukan sebegitu oleh Harris semalam . Harris menenangkan Amanda . Semakin erat pelukan mereka .
Kasihan isterinya . Muka Amanda masih terpancar riak letih dan tidak sihat . Memandangkan Amanda masih lagi menangis , dibawa isterinya itu ke katil , lalu dibaringkan Amanda dan selimut ditarik hingga paras dada .
Kepala Amanda diusap supaya wanita itu tidur . Amanda masih tidak cukup rehat . Tapi sibuk mahu buat kerja . Tidak sampai 3 minit , Amanda sudah memejamkan mata . Tepi bibir wanita itu diusap perlahan , masih lebam . Esok dia sudah mula belajar , mesti wanita ini malu kerana wajahnya bengkak . Bibir isterinya dikucup sekilas lalu mengorak langkah untuk ke tempat kerja .
•••••
" Boss , harini kita ada meeting dengan syarikat JT Williams . Memandangkan meeting ni lepas waktu bekerja , sekitar pukul 5 , owner company tu ajak minum petang dekat cafe Rasta . " Terang P.A Harris ketika Harris minta wanita itu membacakan jadualnya harini .
" Cancel meeting tu .Saya ada hal . Tunda hari lain " Balas Harris . Dia sudah berjanji mahu keluar bersama Amanda . Isteri tercinta . Sudahlah semalam dia menipu wanita itu . Takkan harini dia mahu menipunya lagi ?
" Maaf Boss , tapi meeting ni penting . Bukan syarikat kita sahaja , syarikat ternama yang lain pon dipanggil sekali . " Syarikat JT Williams adalah syarikat paling terkenal . Lagi lagi syarikat itu paling terkaya , dan syarikat itu juga sering berurusan dengan company Harris .
" Haih , okay .. awak ikut sekali . No excuse . " Boss kena extend takkan P.A boleh balik pulak kan ? No way !