Start ; 28 May 2020
End ; 25 Oct 2021
- " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . "
" Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...
Ditoleh kebelakang .. kelihatan Diyana yang mengintai disebalik pintu itu seperti memanggilnya .
Lantas Harris menuju kebilik Diyana . Pintu dikuak , tangan Harris ditarik oleh Diyana . Mereka sama sama jatuh atas katil . Diyana merenung Harris sedalam dalamnya .. begitu juga Harris . Tangan Harris melingkar dipinggang Diyana .
Bibir mereka bersatu dengan kerelaan masing masing . Kedua duanya hanyut dengan perasaan masing masing . Harris mula membaringkan Diyana , lalu dia memanjat tubuh kekasihnya itu . Tangan lelakinya mula mahu menyingkap baju kekasihnya. Serentak itu juga kedengaran suara memanggil ..
" Abang .. cepatlah turun . Lamanya ? " Termati terus perlakuan Harris . Begitu juga Diyana . Cepat cepat mereka mengemaskan pakaian . Risau Amanda syak sahaja . Sedang mahu melangkah masuk kedalam lift .. Diyana berbisik ditelinga Harris .
" Malam ni datang la bilik i . Teman i . " Usai berbisik , Diyana turun menggunakan tangga .. manakala Harris menggunakan lift . Dimeja makan .. mereka makan dengan senyap sekali .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Diyana .. berapa lama awak tinggal kat sini ? " Amanda memulakan bicara apabila dia terasa seperti sunyi sangat.
" Amanda ! Apa cakap macamtu ? Macam menghalau je ? Dia baru je datang petang tadi " Marah Harris . Diyana dan Amanda terkejut . Tiba tiba je marah. Orang tanya elok elok . Diyana mengukir senyuman sinis untuk Amanda .
" Ish , Harris dah la you ni .. " Diyana menenangkan Harris yang sedang marah itu . Dihadapan Amanda , Diyana selamba sahaja mengusap usap pipi Harris . Amanda seperti biasa .. tunduk memandang pinggan dihadapannya .
•••••
Selesai mengemas dan membasuh pinggan didapur , Amanda mengorak langkah kebiliknya . Letih sekali rasanya . Dengan kertas kerjanya yang masih tidak siap lagi . Malas mahu fikir , pintu bilik dikuak .. katil dituju .
Kelihatan Harris disebelahnya sudah tidur . Tanpa memandangnya . Sanggup menghadap bilik air dari menghadapnya . Amanda senyum nipis .
" Selamat malam abang . Amanda minta maaf kalau Amanda tanya soalan kat Diyana tadi nampak macam kurang ajar " Amanda membisikkan ditelinga Harris . Dengar tak dengar belakang cerita . Yang penting dah minta maaf .
•••••
Harris terjaga dari lena , tekaknya meminta air . Jam dimeja dikerling. Baru pukul 3 . Lantas dia mengorak langkah menuju ke dapur . Usai minum air , dia menuju ke biliknya kembali .
Sedang dia melintasi bilik Diyana , dirinya seakan dipanggil . Pintu Diyana yang tidak tutup rapat itu , memudahkannya masuk kebilik itu . Kelihatan Diyana sedang tidur dengan pakaian seksinya . Harris berjalan menuju ke katil Diyana . Dia mengambil tempat dan duduk disebelah tempat tidur Diyana . Rambut kekasihnya dikuis kuis lembut .