" Bb-bila abang ? "
" Em lagi dua hari kami akan pergi ke Thailand . So maksudnya lagi 3-4 hari kami kahwin la " Diyana sendiri yang terangkan . Dengan gaya gediknya . Amanda menayang senyuman kelat kepada mereka .
" Oh yeke .. nanti Amanda kemaskan pakaian abang malam ni " Amanda menangis dalam hati . Dikuatkan dirinya untuk menguntum senyuman .
" You , its okay , i boleh kemaskan . Lepasni i kan dah jadi isteri kedua dia . So biar i je yang buat " Makin sakit hati Amanda apabila Diyana menawarkan diri untuk mengemas baju Harris . Makin sakit apabila Harris setuju sahaja dengan Diyana .
•••••
Malam itu Harris masuk kedalam bilik agak lewat . Lepak dengan bakal isteri kedua kot . Amanda didalam bilik hanya mampu menangis sahaja . Perutnya yang makin membuncit itu diusap usap . Seketika kemudian Harris masuk kedalam bilik . Cepat cepat Amanda mengesat air matanya .
Harris masuk kebilik air untuk beberapa tika . Keluar saja dari bilik air , dia terus merebahkan diri diatas katil . Tanpa memandang wajah Amanda . Tahu lah Amanda sudah tidak cantik seperti dahulu . Perlahan lahan Amanda menegur Harris .
" Abang .. "
" Hm .. "
" Abang pusing la sini .. " Pinta Amanda dengan nada lembut . Malas mahu cakap banyak , Harris terus memusingkan badannya menghadap Amanda . Cahaya dari jendela jelas menampakkan wajah Amanda yang sedang tersenyum itu .
" Abang .. peluklah Amanda .. " Tangan Amanda melingkar ke pinggang Harris , bila Amanda menyuruh dia memeluknya , lelaki itu enggan . Katanya rimas tidur rapat rapat . Amanda tersentap seketika .
" Kalini je abang .. mungkin ini kali terakhir Amanda peluk abang ? " Mendengar bicara Amanda seperti itu , Harris mendengus kasar lalu dipeluknya Amanda . Amanda tersenyum senang seketika .
" Abang .. lepasni kalau Amanda dah takde , Diyana la yang ganti Amanda . Sebabtu abang perlu kahwin dengan Diyana . Amanda sayang abang . Terima kasih ambil Amanda jadi isteri . " Tangan suaminya dicium lembut lalu dia memejamkan matanya .
•••••
Pagi itu , Amanda terkocoh kocoh bersiap , risau lambat pergi ke klinik . Kesian pula Daniel tunggu sana lama nanti . Amanda melilitkan selendang dikepalanya . Blouse mengandung disarung kebadannya . Blouse itupon ibunya yang belanja masa mereka keluar dulu hari . Sedikit makeup di touchup dimuka .
YOU ARE READING
Dia , Amanda Rose
RomanceStart ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gila jantan ke ?! Kau nak tengok gila jantan aku macam mana pulak ?!!! Kau memang cabar aku Amanda Rose...