Angin pada awal pagi itu sangat menenangkan hati Wardah. Dia mengucapkan syukur kehadrat Ilahi dan bergegas ke tandas untuk menunaikan solat subuh.
*****
"Morning Fiya!”
"Ish kau ni..terkejut aku! Selamat pagi Dee..Uwais mana?" soal Wardah seraya meletakkan semangkuk mee goreng diatas meja makan.
"Tadi dia.."
"Selamat pagi umi, mama!" satu suara menerjah masuk ke ruang makan itu.
"Ha tu pun anak umi ni. Dah siap?" Wardah bertanya kepada Uwais yang sudah mengambil tempat duduk disitu.
"Mestilah dah umi! Aish dah pakai smart-smart ni. Tak sabar nak pergi taska!" jawab budak 5 tahun itu.
"Hahaha anak mama ni memaang handsome.." balas Safa sambil menggosok lembut kepala Uwais.
"Hehehe ada-ada jela Aish ni..dah jom makan. Nanti kita pergi taska.."
"Aish nak baca doa! Bismillahirrahmanirrahim.."
Mereka makan bersama dengan tenang ditemani oleh telatah lucu Uwais itu.
*****
"Bye mama! Pergi kerja elok-elok ya..jangan nakal-nakal." pesan Uwais apabila dia tiba di pintu taska itu.
"Eh kita pula yang dinasihatnya..mama yang patut pesan kat Aish. Jangan naughty..jangan susahkan umi ya?"
"Hehe okay mama! Bye, Aish masuk dulu..jom umi!"
"Bye Dee..baik-baik drive. Assalamualaikum.." mereka berdua melangkah masuk ke dalam taska itu.
*****
"Aish masuk, minum susu lepastu ambil kismis dekat Ustazah Siti ya. Makan elok-elok..nanti umi masuk. Okay?" Wardah memberi arahan kepada Uwais.
"Eh umi tak masuk? Umi nak pergi mana? Jangan tinggal Aish kat sini.." Uwais sudah mula gusar.
Wardah tergelak kecil melihat riak wajah Uwais itu.
"Umi nak sambut kawan-kawan Aish kat pintu pagar tu je. Mana mungkin umi nak tinggalkan anak umi ni sorang-sorang.." Wardah berkata untuk menenangkan Uwais.
"Ohh ingatkan apa tadi. Okay umi! Aish masuk dulu ya.." pamit Uwais sebelum beredar.
Wardah menggangguk dan menghantar pemergian Uwais dengan pandangan mata. Lantas dia berjalan menuju ke pintu pagar.
Seorang demi seorang tiba di taska itu dan bersalaman dengan Wardah sebelum masuk. Wardah menyambut mesra kedatangan mereka.
"Assalamualaikum ustazah!"
"Waalaikumussalam, awal Amir sampai..harini tak lewat bangun lagi ek?" Wardah mengusik anak muridnya itu.
"Hihi takk! Harini tokma kejut Amir awal sikit. Amir masuk dulu ye ustazah..bye tokma!" kata Amir sebelum meninggalkan mereka berdua disitu.
"Ha yela belajar elok-elok ya.." pesan wanita lingkungan 50-an itu.
Wardah hanya tersenyum disebalik purdahnya sambil menundukkan kepalanya sedikit apabila wanita itu menghampirinya.
"Kamu Ustazah Fiya ya? Amir tu selalu juga ceritakan pasal kamu kat makcik.." tegur wanita itu.
"Er..ya saya Fiya makcik. Hihi ada-ada jela Amir tu.." balas Wardah tersimpul malu.
"Haha cantik manis orangnya..sama macam apa yang Amir cakapkan. Eh, lama pula makcik kat sini..makcik balik dulu ya Fiya. Assalamualaikum." pamit wanita itu.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...