Uwais menunjukkan reaksi positif setelah 2 hari terlantar di hospital. Dia sudah mula sedar dari 'pre-coma' itu.
Selama itu juga, Wardah terpaksa menipu ahli keluarganya yang bertanyakan tentang kehadiran Umar untuk menjenguk Uwais di hospital.
"Harini Aish dah boleh keluar. Kalau Aish nak apa-apa, Aish bagitau mama ataupun umi tau. Kitorang akan dapatkan aapa je yang Aish nak.." Safa menggosok lembut kepala Uwais.
"Okay mama! Tapi, sekarang..Aish nak jumpa baba..kenapa baba tak datang tengok Aish?"
Safa mengalihkan pandangan ke arah Wardah. Gadis itu menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
"Aish..baba tak ada masa nak jenguk Aish. Baba kan banyak kerja..baba cari rezeki untuk kita juga. Lagipun, harini kan Aish dah boleh balik..nanti kita jumpa la baba kay.." Wardah memujuk kanak-kanak itu.
Uwais mengangguk lemah.
"Okay umi..Aish nak makan la umi..Aish lapar.." rintih Uwais.
Safa tersenyum lebar mendengar permintaan Uwais itu.
"Haa tau dah anak mama ni mesti lapar. Ni mama ada masakkan lauk kegemaran Aish..ayam masak merah!" ujar Safa teruja.
"Ehh mama masak?! Uishh.." Uwais mengusik.
Mendengar itu, Safa memuncungkan bibirnya. Sementara Wardah tergelak kecil di sebelah Uwais.
"Yela..Aish mana sudi nak makan apa yang mama masak. Kalau umi yang masak, semuaaa Aish suka kan? Tak apa la..lauk ni mama bagi je dekat uncle guard kat bawah tu.."
Safa sengaja membuat suara seperti merajuk.
"Ehh mama! Okay Aish minta sorry..Aish nak makan mama masak tu!" kelam kabut Uwais berkata.
Gadis itu melemparkan senyuman manisnya lantas menyuapkan makanan itu kepada Uwais.
🌺🌺🌺🌺🌺
"Eish! Aku dah lambat ni! Ada isteri pun tak guna..bukan nak kejutkan." bebel Umar sendirian sambil tergesa-gesa turun dari tangga.
Tiba-tiba..
"Aduh! Sakitlah!"
Kaki umar tersepak bucu tangga terakhir itu. Dia memandang ke bawah dan mengusap-usap kakinya yang kesakitan.
"Tak guna punya tangga! Pergi main tempat lain la!" tempik Umar.
Tangga: Aik?
Umar berjalan ke meja makan sambil terhincut-hincut dan duduk di situ..tudung saji dibuka. Dan..
"Aik perempuan ni tak masak ke? Aku dah la lapar ni. Hish! Wardah! Wardah!"
Laungan Umar itu kedengaran dari luar pintu rumah. Pantas Wardah menarik tangan Uwais untuk masuk ke dalam rumah.
Pintu rumah yang terbuka dengan sendirinya menarik perhatian Umar. Kepala laju menoleh ke arah itu.
"Kenapa awak jerit-jerit ni?" soal Wardah setelah menyuruh Uwais untuk naik ke biliknya.
Umar bangun dari duduknya dan menuju ke arah Wardah.
"Kau boleh tanya kenapa aku terjerit-jerit tadi?! Kau tu dah tak reti nak buat kerja dekat rumah ni ke? Kau ingat free-free je aku bagi kau duduk sini?" Umar berkata dengan kasar.
Wardah mengumpul segala kekuatannya untuk membalas kata-kata Umar itu.
"Kan saya baru balik tadi..saya dah bagitau awak yang Aish kena stay dekat hospital 2 hari. And, saya ada cakap yang harini Aish boleh discharge." balas Wardah lembut seraya melemparkan senyuman nipis.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...