Bab 10

2.4K 87 1
                                    

Uwais tidak dibenarkan pulang dan perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi. Sejak dari semalam, dia masih tidak menyedarkan diri. Lebih merunsingkan lagi apabila doktor sendiri tak dapat mengenalpasti apakah sebab Uwais pengsan begitu lama.

"Aish..umi tau, anak umi ni kuat. Lawan sakit tu ya sayang..jangan tidur lama sangat. Umi rindu Aish..bangun ya sayang. Aish tak kesian kat umi ke?" kata Wardah sambil diselangi esakkan kepada Uwais yang hanya berdiam diri.

"Ya Allah..aku tak kuat ya Allah.." rintih Wardah lagi. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

Hatinya hiba dan menyesal melihat keadaan anaknya yang terlantar sakit itu.

🌺🌺🌺🌺🌺

Tok tok tok

"Come in!"

Safa muncul di muka pintu. Umar mengangkat keningnya kerana pelik dengan kehadiran gadis itu.

"Kau nak apa?" soal Umar seraya menatap semula skrin komputernya.

"Er..encik. Saya nak minta cuti harini boleh?" balas Safa berjaga-jaga.

Umar berpaling ke arah Safa sambil menyandarkan badannya di kerusi.

"Untuk apa?"

Safa yang berdiri di hadapan meja Umar itu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berkata.

"Saya nak pergi lawat anak kawan saya dekat hospital. Dia tak sedarkan diri lagi..katanya dia tiba-tiba pengsan kat taska. Kawan saya tu single mother, so saya nak temankan dia. Please Encik Umar.." Safa memujuk.

Umar menunjukkan riak terkejut. Matanya berkelip beberapa kali.

"Sampai kena warded kat hospital?!" soal Umar dengan agak kuat.

Safa mengerutkan dahinya.

"Er..haah. Kenapa encik terkejut sangat ni?" tanya Safa pula.

Umar terkedu sebelum menggeleng kepala.

"Okay, you may go. Aku bagi kau cuti 2 hari." kata Umar senada.

Safa tersenyum lebar. Dia berterima kasih kepada Umar sebelum bergegas keluar dari bilik itu.

Setelah Safa hilang dari pandangan, Umar bangun dari duduknya dan menuju ke tingkap kaca biliknya itu.

'Kawan yang dia maksudkan tu, Wardah ke? Tapi, takkan la sampai tak sedarkan diri. Teruk sangat ke Iris buat kat budak tu?' desus Umar didalam hati.

"Haih aku suruh pancing Wardah tu..yang dia nak bunuh budak tu pula.." kata Umar sebelum kembali duduk di kerusinya.

🌺🌺🌺🌺🌺

Safa tiba di bilik yang menempatkan Uwais. Dia segera mendapatkan Wardah yang sedang duduk membaca Al-Quran di samping kanak-kanak itu.

"Assalamualaikum Fiya. Macam mana? Ada good news tak?"

Soalan itu dibalas dengan gelengan lemah dari Wardah.

"Doktor still tak dapat detect penyakit Aish..kalau pengsan biasa, dalam beberapa jam dah boleh sedar. Tapi ni..dah seharian..aku tak tau apa aku kena buat Dee.." luah Wardah.

Safa segera mendakap tubuh rakannya itu sambil menggosok lembut belakangnya.

"Sabar Fiya..Allah tengah uji kita ni. Jangan putus harap..insya Allah, tak ada apa-apa yang buruk jadi kat Aish..

"Sebenarnya Fiya..aku ada something nak bagitau kau ni.." kata Safa gementar.

"Apa dia?"

"Umar, dah ada dekat sini. D..dia sekarang jadi CEO dekat tempat kerja aku. Baru aku tau yang boss company tu..ayah Umar..

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now