Bab 2

2.8K 112 7
                                    

Seminggu telah berlalu..maka sudah seminggu jugalah Umar telah menuntut di universiti itu. Harini dia rasakan ada aura yang membuatkan dia terlalu bersemangat untuk ke uni. Dia bergegas siap dan melangkah ke keretanya.

"Assalamualaikum. Sorry lambat Dan."

"Waalaikumussalam, eh bro! Tak apa, aku pun baru sampai..nak makan tak?" balas Danial seraya menyambut huluran tangan Umar.

"It's okay, aku dah makan tadi."

Seperti biasa, mereka berdua akan menghabiskan masa di kafe sebelum masuk ke kelas.

"Dee, aku rasakan..lepas ni kita breakfast dekat rumah jela ye. Sampai uni kita terus masuk kelas. Boleh?"

Safa mengerutkan dahi apabila mendengar kata-kata Wardah.

"Kau pahal? Ada masalah ke? Kenapa tiba-tiba tak nak breakfast sini?"

Wardah termangu seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.

"Aku tak suka..aku rasa tak selesa. Kalau kau nak makan sini hari-hari, tak apa. Aku boleh gerak pergi kelas dulu.."

Wardah berkata sambil membuang pandangan ke sekitar kafe itu. Dia terpaku apabila bertentangan dengan sepasang mata yang sedang asyik merenung ke arahnya.

*****

"Woi! Apa yang kau menungkan tu? Aku cakap sorang-sorang rupanya dari tadi.."

Sergah Danial yang berada di hadapan Umar. Dengan pantas, dia turut menoleh ke arah yang ditengok oleh Umar.

"Eh, s..sorry Danial. Kau cakap apa tadi?" kata Umar untuk menutup malu.

"Amboi..kau tenung perempuan tu eh?" Danial menebak sambil mengangkat kening beberapa kali.

"Ma..mana ada la. A..aku tengok makcik tukang cuci tu..kesian dia angkut sampah berat-berat." tipu Umar. Alasannya langsung tidak membuatkan Danial berpuas hati.

"Kau syok kat budak kelas kita tu ke? Tapi yang mana satu? Ada dua tu..satu macam wanita melayu terakhir, berpurdah. Yang satu lagi ayu-ayu gitu.."

Lagi galak Danial mengusik untuk mengorek rahsia.

Umar tergamam. Dia buntu sama ada perlu berterus-terang atau hanya berdiam diri.

"Er..tak ada apa la. Aku..aku rasa kita kena masuk kelas sekarang..lambat nanti." Umar berura-ura untuk beredar dari situ.

"Tak payah tipu aku la Umar..kelas lagi setengah jam. Aku kawan kau, nak story meh aku dengar."

Mendengar itu, Umar kembali ke posisinya tadi.

"Er..sebenarnya..er..a..aku cuma nak tanya.
Pasal..tu..perempuan yang pakai purdah tu." Umar berterus-terang.

Danial tersenyum kecil sebelum berkata-kata.

"Aku dah agak dah. Apa kau nak tau pasal dia?"

Umar tergelak sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Er..nama dia siapa? Dia tu orangnya macam mana? Aku rasa, macam dia sorang je yang berpurdah kat uni ni. Ada apa-apa yang menarik tak pasal dia yang aku perlu tau? Dia dah berpunya ke?"

Bertalu-talu soalan diajukan kepada Danial dan membuat sahabatnya itu ternganga.

"Woi bro! Satu-satu la..macam dah lama sangat je pendam soalan ni. Hahaha."

Umar menunduk dan tersenyum malu.

"Okay aku jawab. Nama dia, Wardah Safiyya..kat uni ni orang panggil Fiya je..

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now