Wardah kelam-kabut menyiapkan sarapan pagi kerana dia terlewat bangun hari itu. Oleh sebab sudah kesuntukan masa, dia hanya menyapukan jem pada beberapa keping roti untuk dihidangkan.
"Morning!" sapa Umar dengan mesra.
"Hehe selamat pagi. Jom makan..sorryy saya terrbangun lewat sikit harini. Tak sempat nak masak.." kata Wardah sambil menayangkan sebaris gigi putihnya.
Umar mengecilkan matanya sambil memandang wajah isterinya.
"Tak apa la..asalkan ada benda nak makan." dia terus menarik kerusi itu dan duduk.
Setelah selesai bersarapan, Wardah menghantar Umar sehingga ke muka pintu sebelum lelaki itu bergerak ke pejabat.
"Er..awak. Harini saya nak keluar sekejap boleh? Saya nak pergi beli barang sikit. Janji tak lama and tak merayau.." pinta Wardah.
"Tak kerja harini? Kalau nak pergi, tunggu aku balik la..kita pergi sekali.." balas Umar.
"Ehh tak apa la. Saya ambil cuti harini..nak drive sendiri. Please Umar.."
Dia menyatukan tangannya bersama sambil menayangkan wajah comelnya untuk memujuk Umar.
"Erm..sure ni? Okay boleh, tapi ada syaratnya.." Umar berkata.
"Alaa apa pula main syarat-syarat? Haa apa dia?" soal Wardah sedikit kecewa.
"Kau kena mesej aku sebelum kau pergi, masa dah sampai, sebelum gerak balik and masa kau sampai je kat rumah ni. Boleh?"
"Uish..okay-okay..saya akan mesej awak nanti. Ha dah habis kan? Cepat-cepat pergi kerja!" kata Wardah teruja.
"Amboii halau aku ye..okay bye.." Umar baru saja mahu melangkah keluar tetapi lengannya ditarik semula ke belakang.
"Kenapa?" keningnya terangkat sebelah.
"Hehe nak salam.." ujar Wardah sambil menghulurkan tangannya.
Umar terpinga-pinga di situ. Lambat-lambat, dia menyambut huluran itu.
"Oh..okay.." tangannya disambut oleh Wardah dan dikucup lembut.
"Bye! Drive elok-elok tau! Assalamualaikum!" kata Wardah.
"Oh, haa..kau pun sama. Waalaikumussalam.."
Di dalam kereta..
'Uish..aku ni dah kenapa? Takkan dah angau pula? Macam ni rupanya rasa cinta berbalas. Tapi..qku betul-betul dah terima dia ke?' desus hatinya.
Tanpa di sedari, senyuman kecil terukir di bibir Umar.
*****
'Umar dah maafkan aku ke? Lately ni, dia asyik baik je dengan aku. Hurm..yang aku ni satu hal juga..selalu je moody dah apahal?
'Terima kasih ya Allah kerana kau telah makbulkan doaku untuk aku berbaik dengan Umar..alhamdulillah..'
Dia tersenyum kecil sambil tangannya asyik membelek-nelek gelang pemberian Umar tempoh hari.
Dia sangat bersyukur dan gembira kerana suaminya sudah boleh menerima kehadiran dirinya dalam hidup Umar.
"Erm..kemas rumah sekejap la. Lepas tu, terus siap pergi shopping!" Wardah bangkit dari duduknya dan mula membuat tugasannya sebelum keluar.
🌺🌺🌺🌺🌺
Umar sedang ralit menaip sesuatu di komputernya dengan hati yang terasa begitu tenang dan gembira pada hari itu. Tetapi, tolakan kuat pintu biliknya itu menghentikan aktivitinya tadi..
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...