Wardah dan Umar saling berpandangan tetapi pantas Wardah berpaling semula. Berita yang di dengari mereka itu sangat mengejutkan mereka berdua.
"Aku betul betul minta maaf..aku menyesal sebab kerjasama dengan Iris tu untuk hancurkan rumah tangga korang..
"Memang..memang jauh dalam sudut hati aku, aku masih simpan perasaan dekat kau Fiya. Tapi, tu dulu. Aku dah sedar apa yang aku buat ni salah..aku hampir bunuh korang. Tolong maafkan aku.."
Danial kembali bersuara apabila mereka berdua hanya berdiam diri dari tadi.
"Tak apalah..benda dah jadi. Lagipun, Iris dah tak ada. Buat apa nak simpan dendam dekat dia. Tak tenang dia dekat sana nanti..
"Kau pula, jangan risau. Aku boleh maafkan kau tapi, kau jangan ulang balik salah kau ni. Bahaya simpan dendam sampai boleh bagi kesan buruk dekat orang.." ujar Wardah.
Umar masih tak dapat menerima kenyataan itu..sakit hatinya apabila sahabat sendiri menikam belakangnya. Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
"Yela..aku pun sama. Aku tak nak dah buang masa marahkan kau lagi..tak dapat apa faedah pun. Aku maafkan kau ya Danial." Umar tersenyum kecil.
Danial mengesat air matanya yang hampir mengalir. Pantas dia bangun dan memeluk tubuh Umar.
"Terima kasih..terima kasih sangat."
Malam itu..
Wardah menyikat rambutnya yang panjang dihadapan meja soleknya sebelum dia turun ke dapur untuk minum air.
"Nak ke mana?" Wardah melatah kecil apabila mendengar suara itu.
"Ish awak ni! Main sergah je..kalau saya ada sakit jantung, dah lama KO ni.." Umar tergelak kecil dimarah begitu.
"Nak turun minum air sekejap..nanti saya terus tidurlah.." Wardah memulakan langkah untuk turun.
"Ehh sekejaplah..jom saya temankan. Nanti jatuh tergolek, saya juga yang susah.." Umar cuba mencapai tangan Wardah tapi pantas dielak wanita itu.
"Tak apa..saya boleh pergi sendiri. Selama ni pun saya buat semuanya sendiri..awak pergilah tidur dulu." Wardah terus menuruni tangga itu.
Umar tersentak. Dia terasa dengan kata-kata Wardah itu, namun segera dia terus menepis rasa itu.
"Itulah kau..padan muka! Buat jahat lagi dekat dia ." Umar menyalahkan dirinya sendiri.
Dia menggosok belakang lehernya seraya berjalan menuju ke biliknya.
Wardah mengambil cawan dan di isikan air suam di dalamnya. Kerusi ditarik perlahan dan dilabuhkan duduk.
'Tak baik tau kau cakap macam tu tadi! Dia tu suami kau! Berdosa tau tak?! Banyak sangat ke pahala tu sampai nak tambah-tambah dosa ni?'
Wardah mengeluh perlahan lantas rambutnya diselitkan belakang telinga. Tiba-tiba, kepalanya terus menunduk..
Setitis..dua titis..
"Saya minta maaf..bukan tu yang saya maksudkan..saya tak tahu apa jadi dekat saya..saya sayang awak..sayang sangat.."
Dia melepaskan segala tangisnya sebelum berlalu ke ruang tamu. Dia tiada mood untuk naik ke biliknya kerana dia mahu menonton televisyen di situ.
Keesokan paginya..
Umar menjenguk ke dalam bilik Wardah untuk lihat sama ada isterinya itu ada atau tidak. Namun hampa kerana wanita itu tiada.
Dia terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Matanya tertancap ke arah televisyen yang masih hidup itu.
Wardah yang sedang terbaring di atas sofa itu membuatkan hati Umar lega. Dia lantas menekan butang padam untuk televisyen itu dan terus mendekati Wardah.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...