Bab 15

2.2K 74 2
                                    

"Kak ngah serius ke ni? Dah fikir habis?" soal Encik Sufian.

"Ye bah..kak ngah dah buat keputusan. Nanti ibu dengan abah tentukan tarikh untuk pihak belah sana datang sini ya?" jawab Wardah lembut.

"Yela..kalau itu yang kak ngah nak. Ibu dengan abah ikut saja. Kita jumpa pihak lelaki tu dalam minggu ni juga la ye bang?" kata Puan Asma teruja.

Sungguh dia bersyukur kerana akhirnya Wardah terbuka hati untuk berkahwin.

"Saya ikut je..buat je la apa yang awak suka.."

"Okay kak ngah, bagi sini nombor telefon mak lelaki tu..ibu nak call dia."

Wardah menghulurkan kertas yang telah siap tertulis nombor telefon Puan Madihah.

"Ish ibu ni! Kak ngah yang kahwin, dia pula excited..hahaha." ujar adiknya, Waiz Safiy.

"Eh, suka hati ibu la! Anak ibu nak kahwin kan? Dulu..ibu tak sempat tengok abang long khawin..tak merasa ibu nak sambut menantu.." lirih saja suara wanita itu.

Wardah dan Waiz sudah gelabah. Waiz meluru ke arah ibunya dan memeluk tubuh Puan Asma.

"Ala..ibu jangan la sedih. Waiz minta maaf ibu..Waiz tak ada niat nak buat ibu ingat balik dekat arwah abang long. Maafkan Waiz ye bu?.." Waiz memujuk.

"Ibu..tak baik kita meratap dekat orang yang dah tak ada. Kita doa banyak-banyak untuk arwah. Insya Allah, tenang dia dekat sana.." giliran Wardah pula memberi kata semangat kepada ibunya.

🌺🌺🌺🌺🌺

"Mama."

Puan Madihah menoleh ke sisinya apabila ditegur seseorang.

"Oh, Umar. Kenapa ni?" soalnya.

1..2..3

"Umar terima dia. Umar nak kahwin dengan dia."

Puan Madihah terdiam. Lama-lama, baru lah dia tersenyum lebar kerana gembira tak terkata. Dia lantas mencapai tangan Umar dan menggenggam kemas.

"U..Umar betul ni? Tak main-main?" tanya Puan Madihah mahukan kepastian.

Umar mendecit kuat.

"Iyelah. Mana ada main-main..percepatkan semua ni. Umar malas nak lambat-lambat.." kata Umar senada.

Puan Madihah tersenyum lebar.

"Amboii tak sabarnya anak mama ni. Yela nanti mama uruskan semuanya.." jawab Puan Madihah.

'Semuanya akan bermula tak lama lagi Wardah..tunggu lah nasib kau. Kalau kau rasa berkahwin dengan aku ni, satu kebahagiaan untuk kau, heh kau silap..' Umar berkata di dalam hati.

*****

"Eh, kenapa anaknya tak datang sekali?" soal Puan Asma seraya meletakkan dulang berisi air dan kuih diatas meja kecil.

"Dia tak dapat datang..ada mesyuarat penting katanya. Insya Allah, ada masa nanti saya suruh dia datang sini.." jawab Puan Madihah sambil tersenyum.

"Ohh macam tu. Yela..nanti dapatlah saya tengok bakal menantu saya."

"Okay dua-dua pihak dah setuju. Jadi, berapa hantarannya? Nak bertunang dulu atau bernikah terus?" giliran Encik Majid pula mengajukan soalan.

Puan Asma dan Encik Sufian berpandangan.

"Kami tak ada ketetapan berapa hantarannya. Terpulang pada pihak Encik Majid dan Puan Madihah. Kami rasa, ada baiknya kalau tunangkan dulu mereka berdua..boleh la diorang kenal lebih rapat lagi."

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now