"Sayang! Cepatlah sikit! Anak-anak ada dengan baba ni!"
"Ye, datang ni!"
Wardah yang cantik berbaju blouse labuh itu kelam-kabut mengunci pintu apabila nama diseru.
"Abang dengan adik duduk elok-elok ye.." ujar Wardah setelah selesai meletakkan anak-anaknya di kerusi kanak-kanak itu.
"Umi, kita nak pergi rumah mama kan?" tanya Umair yang sudah berusia 6 tahun itu.
"Ye, sayang. Mama ajak kita datang sambut birthday anak dia hari ni.." jelas Wardah lembut.
Umar tersenyum mendengar perbualan isteri dan anaknya itu.
"Serius la mi?! Hari ni birthday Dania? Alaa abang tak ada hadiah nak bagi dia.."
"Eh? Kenapa abang terkejut sangat ni? Erm..macam ada something jee. Abang syok kat Dania ehh." Umar mula bersuara.
"Apa baba nii? A..abang tanya je.." dia mula menunduk malu.
"Amboii bukan main ye. Abang kecil lagi jangan nak menggatal macam baba awak ni.."
"Lah? Baba diam je dari tadi...tiba-tiba kena petik.." bantah Umar.
Wardah hanya tergelak mendengar kata-kata itu. Tidak lama kemudian, tibalah mereka di destinasi yang dituju.
*****
"Haa sila masuk. Duduklah, buat macam rumah orang ye." pesan Danial setelah Umar sekeluarga menjejak kaki ke dalam rumah.
"Eh, macam lain macam je ayat kau ni." mereka berdua hanya tertawa kecil.
"Papa!"
Dania Sofea memanggil Danial dari tingkat atas.
"Dah kenapa anak awak tu?" soal Safa yang turut berada di situ.
"Entah..jap saya tengok."
Tangga di daki untuk naik ke tingkat atas. Segera dia berjalan menuju ke bilik anaknya.
"Kenapa ni? Apa jadi?"
"Papa! Cantik tak Nia?" Danial pantas mendapatkan anak perempuannya yang berada di meja solek itu.
"Astaghfirullah hal azim..HAHAHA apa awak buat ni sayang oii?" tergelak Danial melihat wajah anaknya yang comot di tonyoh lipstick milik Safa.
"Nia..nak cantik macam mama!"
"Ya Allah, sayang..awak tu dah cantik dah. Tak payah pakai benda ni lagi. Sekarang, papa nak padam macam mana?" wajah anaknya di lap dengan tisu kering.
"Betul dah cantik?"
"Iyee."
"Papa tak tipu?"
Danial menggeleng mendengar soalan anaknya itu.
"Nia ni banyak tanya lah..perempuan memang macam ni eh? Dah jawab pun tetap tanya berkali-kali.."
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...