Wardah berjalan seorang diri di dalam pusat beli belah itu sebelum bertolak pulang ke rumah sewanya. Dia masuk ke dalam butik bayi dan memilih beberapa helai pakaian bayi untuk persediaan anaknya yang bakal lahir nanti.
"Eh, Fiya? Fiya kan?"
Wardah berpaling melihat gerangan yang memanggilnya itu.
"Ohh Danial. Iye, ni aku lah..kau buat apa dekat sini?" dia menggantung beg plastik barang bayi tadi di lengannya.
"Saja jalan-jalan..beli barang sikit. Kau?"
Pandangan Danial jatuh pada beg barangan bayi di lengan wanita itu seterusnya ke arah perut Wardah yang kian membesar. Tidak lama, dia segera berpaling dan menggeleng perlahan.
"Samalah..beli barang baby sikit. Lepastu, nak balik terus ni.."
"Oh..er..Umar tak ikut ke? Dah berapa bulan?" soalnya gugup.
Wardah tak bersuara untuk beberapa saat.
"Tak..dia tak ikut..busy katanya kat office tu. Dah masuk 6 bulan lebih..bakal twins ni.." balas Wardah berbasa-basi.
"Busy kat office? Sejak dia keluar hospital haritu, dia tak pernah lagi datang office pun. By the way, congrats!" Danial tersenyum kecil.
"Eh, er..entahlah aku pun tak pasti. Aku gerak dulu la Danial..risau jalan jem pula nanti..assalamualaikum.." Wardah segera lari dari situasi itu.
Danial berkerut dahi. Dia pelik dengan apa yang keluar dari mulut Wardah itu.
"Betul ke dia ni? Kenapa aku rasa ada something wrong?"
*****
Umar memarkirkan kereta di hadapan kedai makan itu. Dia memakai cermin mata hitam sambil berjalan masuk. Tempat yang diingini dipilih dan minuman dipesannya.
Matanya melihat pada sekelilingnya melalui tingkap restoran itu.
Tiba-tiba,
Dia membuka cermin mata hitamnya dengan pantas seraya memerhati seorang wanita berpurdah yang sedang mengandung itu berjalan mengampu perut ke keretanya. Umar terkedu dengan apa yang disaksikannya itu.
'T..tu Wardah kan?! Ya tu Wardah! Aku kenal kereta dia! Ya Allah..alhamdulillah..'
Sebaik saja kereta Wardah hilang dari pandangan, Umar menyelitkan duit di bawah cawannya dan berlalu mengikuti kereta itu.
Dia mengambil jarak yang agak jauh agar Wardah tidak perasan akan keberadaannya di situ.
"Ya Allah..teruknya aku ni! Kesian dia..tengah pregnant lepastu kena drive pula. Damn you Umar! Tapi, dia nak pergi mana ni?" katanya seorang diri.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Nauzubillahi min zalik..lindungilah hamba-Mu ini ya Rabb.." Wardah mengusap dadanya yang kian berdebar.
Dia melihat pada cermin sisi kereta namun tiada apa-apa yang mencurigakan. Dia beristighfar banyak-banyak di dalam hati untuk memenangkan dirinya.
Tidak lama itu, dia tiba di rumah sewanya. Dan tanpa berlengah, dia terus bergegas masuk ke dalam rumah.
"Ya Allah..letihnya. Kesian anak-anak umi kena ikut umi jalan jauh harini. Tapi tak apa, umi ada beli hadiah untuk sayang umi ni.." tangan Wardah tak henti mengusap perut sambil tersenyum lebar.
"Baik aku mandi dulu. Waktu asar dah nak habis ni.."
Dia terus bangkit dan menuju ke biliknya.
*****
"Dia..tinggal sini. Ya Allah.." hancur hati seorang suami yang tahu isterinya yang sedang sarat mengandung tinggal di dalam rumah tanpa peneman di sisinya.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...