"Kat sana nanti, jangan suka-suka pergi mana-mana tempat..berjaga jaga sikit. Jangan menonong je seronok-seronok sampai lupa diri. Solat jangan tinggal.." pesan Puan Asma kepada Wardah.
Umar di sebelahnya hanya senyum menyenget melihat Wardah yang sedang ditarbiah itu.
"Haa kamu pula Umar, jaga Fiya tu elok-elok. Jangan main tinggal je dia kat mana-mana. Jaga makan minum kat sana nanti..ingat tu?" giliran Umar pula mendengar nasihat dari bapanya.
"Hehe okay ayah, menurut perintah! Jangan risaula, insya Allah semua baik-baik je. Doakan kitorang selamat pergi dan balik ye.."
Semua di situ tersenyum sebelum pengumuman tentang penerbangan mereka akan bergerak 10 minit lagi. Mereka berdua berjalan meninggalkan keluarga mereka untuk naik ke kapal terbang.
"Ha ni seat kita..masuklah.." Umar memberitahu.
"Er..awaklah duduk kat dalam. Saya tak nak duduk tepi tingkap.." balas Wardah sedikit gusar.
"Aik? Kenapa pula? Bukan ke..
"Eh, jangan banyak cakap la. Nanti terbalik kita dalam ni..pergi duduk sana.." Wardah menolak Umar untuk duduk di situ sebelum habis dia berbicara.
Umar hanya menuruti kata-kata isterinya. Dia tersenyum kecil dengan gelagat Wardah itu. Tidak lama kemudian, kapal terbang mula membelah ruang udara dan membuatkan Wardah menjadi tak keruan disitu.
"Eh, kau ni okay ke tak? Panas ke dalam ni sampai berpeluh-peluh tu?" Umar menyoal.
Tangan Wardah mengesat peluh yang ada di sekitar dahinya. Purdahnya yang sudah basah dengan peluh turut di selaknya dan dilap cecair itu.
"Tak ada apa." balasnya tanpa memandang wajah Umar.
Umar semakin pelik dengan jawapan itu. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Wardah tadi
"Yeke tak ada apa? Aku rasa, aircond ni dah cukup sejuk ni. Takkan la kau panas pula.."
"Ish, kan saya dah cakap tak ada apa? Means, saya okay lah.."
"Cuba kalau bercakap tu, pandang muka aku yang handsome ni. Tak suka lah cakap dengan aku, tapi pandang tempat lain.." tegur Umar.
Wardah hanya menggerakkan bola matanya untuk memandang Umar yang berada di sisinya itu. Air liur kelat ditelannya.
"Saya gayat lah..takut tengok ikut tingkap tu.." Wardah mengaku.
Terbuntang mata Umar setelah mendengar itu. Dia tersenyum menahan tawanya atas pengakuan isterinya.
"Ustazah gangster macam kau ni pun gayat ke? Hahaha dah tu,bkenapa tak bagitau? Boleh aku cancel je.."
Wardah terkejut mendengar kata-kata Umar itu. Tangannya naik mencubit lengan Umar.
"Mana ada gangster la! Dah memang takut tinggi..nak buat macam mana lagi? Lagipun, saya tak nak susahkan orang..biarlah saya je yang susah.." balas wanita itu.
Umar berhenti menggosok kesan cubitan Wardah tadi. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya kepada gadis itu
"Lah kenapa kau cakap macam tu? Tak adanya menyusahkan..Aku lagi tak rela tengok kau macam ni..
"Erm..kalau macam tu, kau tidur la..meh sini baring kat bahu aku..baru tak rasa takut sangat. Nanti dah sampai, aku kejutkan kau.." cadang Umar sambil menepuk bahunya beberapa kali.
"Tak naklah. Tak ada masa saya nak tidur kat bahu awak tu..lagipun, tak mengantuk lagi..jangan risau, saya okay.."
Umar hanya mengalah. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mula menonton cerita di situ
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...