Umar termenung di birai katilnya. Masih segar di ingatan tentang apa yang dikatakan oleh Amir tempoh hari..
FLASHBACK
"Amir, siapa nama ustazah Amir tadi?" soal Umar semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Nama ustazah tu Fiya la."
"Takkan dia tak ada nama penuh?" Umar mendengus geram sebelum berkata.
"Entah. Yang Amir tau, ustazah-ustazah lain panggil Sa..Safiyya. Haa..kalau uncle nak tau kan, Ustazah Fiya tu boss kat taska tu!" kata Amir sambil menjilat jarinya yang ada sisa keropok itu.
'Safiyya..Wardah Safiyya! Wah..maju eh kau sekarang..dah jadi boss' ujar Umar dalam hati.
"Ohh. Er..yang budak kecil tadi tu..anak dia ke?" tanya Umar lagi.
"Eyy uncle ni banyak tanya la! Uncle suka ustazah tu ke? Bagitau tokma.." usik Amir sambil tersengih.
Umar memandang anak buahnya itu sekilas.
"Oi-oi. Bila masa pula uncle cakap yang uncle suka dia tu? Eyy..jawab jela apa yang uncle tanya.."
"Amir tak pasti, tapi Uwais tu selalu panggil dia tu umi. Maksudnya, Ustazah Fiya tu mak dia la. Tapi..ayah dia tak ada.." jelas Amir lagi.
"Eh, ayah dia pergi mana?"
"Ey apa uncle ni?! Ayah dia dah meninggal dunia la.."
Umar terdiam lama.
"Ohh macam tu.."
Lambat-lambat, satu senyuman sinis terbit di bibir Umar.
END FLASHBACK
"Tapi, betul ke apa yang Amir cakap tu? Macam susah je nak percaya. Hurm.. akuku kena fikirkan cara untuk balas dendam kesumat aku ni."
Umar kehulu-kehilir di dalam biliknya untuk mendapatkan idea.
Aha! Otak dah naik 3gb
"Hahaha Iris..aku tau dia mesti boleh tolong aku.."
Telefon dicapai dan didail nombor Iris.
'Hey, wassup sayang?' kata Iris di dalam talian.
"Hai! I nak jumpa you sekejap please. I ambil you..lagi 10 minit i sampai.."
'Okay babe! I tunggu you. Bye!'
"Bye-bye.." talian dimatikan.
"Tunggulah Wardah.." ujar Umar sambil tersenyum sinis
*****
"Ya Allah..engkaulah yang Maha Melindungi. Aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan manusia. Lindungilah anakku Ya Allah..
"Hadirkanlah kekuatan dalam diriku untuk menempuh segala ujian yang bakal aku hadapi Ya Allah..aamiin Ya Allah Ya Mujib.."
"Umi.."
Wardah berpaling apabila pintu di buka oleh seseorang.
"Ya Aish? Kenapa ni sayang?" Uwais menghampiri Wardah dan meletakkan kepalanya di paha Wardah.
"Aish sakit kepala la umi..rasa macam nak demam.." ujar Uwais dengan nada lemah.
Wardah gelabah meletakkan tangan di dahi Uwais. Tetapi, dia tidak merasa apa-apa tanda yang Uwais sedang demam.
"Erm..Aish kurang tidur kot ni..dahi Aish tak panas pun. Esok kita pergi klinik..sekarang Aish pergi tidur dulu.." kata Wardah sambil mengusap rambut Uwais.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...