"Umar! Umar Haziq! Bangun sekarang!"
Tempikkan ibunya itu diendahkan. Umar masih dalam posisi terlentang itu tanpa berkutik sedikit pun.
Tiba-tiba..
Splashhhh
(Amek kau)
"Ish mama ni dah kenapa?! Habis la basah katil Umar ni..aduhai.." kata Umar setelah disimbah air itu.
"Lain kali, buat donno lagi bila mama kejut. Kamu tau kan harini first day kamu masuk kerja? Tak reti nak bangun ke? Ayah cakap 8.30 sharp mesti kena ada kat sana. And now dah pukul 8.15 Umar Haziq.."
Puan Madihah berkata sambil memeluk tubuh. Lantas, Umar mula gelabah. Dia segera terjun dari katil lalu menggeledah almarinya untuk cari pakaian yang sesuai dipakai.
"Aduhh mati la Umar macam ni ma..mesti ayah marah. Eish nak pakai baju apa ni?? Nak mandi dulu ke tak eh? Haihhh."
Umar merungut sambil tangan tak lepas menyelak satu persatu bajunya itu.
"Mama dah pesan kan siapkan semua semalam. Tu mama dah gosokkan..pergi mandi cepat lepastu siap." pesan Puan Madihah sebelum keluar dari bilik itu.
Umar memandang ke arah yang ditunjukkan ibunya itu. Tersedia sehelai baju kemeja merah muda beserta seluar slack hitam yang sudah siap bergantung. Tanpa berlengah dia terus memecut ke bilik air.
*****
"First day kerja dah lambat. Ini kamu nak ayah jadikan kamu CEO? Langsung tak punctual..tak set jam ke?" kata Encik Majid tegas.
'Eh macam pernah dengar ayat ni..tapi kat mana eh?' kata Umar didalam hati.
"Er..sorry la ayah. Umar terlajak tidur..mama yang tak kejutkan Umar. So, bukan salah Umar.." balas Umar sengaja membabitkan ibunya.
"Adaa je alasan kamu ni.."
Butang intercom ditekan.
"Safa, masuk bilik saya sekejap."
'Baik tuan.'
Tidak lama kemudian, Safa muncul dimuka pintu.
"Assalamualaikum tuan. Ada apa panggil saya?" soal Safa tanpa menyedari kehadiran seseorang disitu. Melihat gadis itu, Umar cuba mengakses sesuatu.
Aha!
'Ni..ni kan ex classmate aku masa kat uni dulu. Yang berkawan dengan..'
"Umar! Dengar tak apa yang ayah cakap ni?!" Umar tersentak dek kerana jerkahan Encik Majid itu.
"S..sorry ayah. Ayah cakap apa tadi?" dia menggaru kepalanya.
"Haih..bazir air liur aku je tadi. Ni Safa Radhiyah, your assistance. Apa-apa yang kamu nak atau tak faham, kamu boleh rujuk kat dia. Got it?"
Encik Majid mengulang semula apa yang dikata tadi.
"Heh, perlu ke assistance? Umar dekat Australia sana pun kerja dalam company juga..boleh je buat sendiri." balas Umar bongkak sambil meletakkan kaki diatas kerusi disebelahnya.
Encik Majid menggeleng kepala melihat perangai tidak senonoh anaknya itu.
"Yes, perlu. Kamu dekat sana pegang jawatan kecil..memanglah tak ada assistance. Kat sini, kamu pegang jawatan tinggi..pangkat CEO. Kamu kena jaga reputasi company ayah ni.." jelas ayahnya panjang lebar.
Umar membuat muka bosan. Dia mengetuk jarinya di atas meja dihadapannya.
"Okay Safa..awak tolong tunjukkan bilik Umar ni ya." pinta Encik Majid.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...