Wardah sedang sibuk menyiapkan makanan tengahari di dapur. Selama hampir seminggu dia berada sebumbung dengan Umar, hubungan mereka berdua langsung tidak macam pasangan suami isteri.
Gadis itu hanya banyak berdiam diri dan melakukan apa sahaja kerja yang dia rasa perlu dilakukan. Umar pula asyik menghabiskan masanya dengan keluar.
*****
Uwais menjengukkan kepalanya dari tepi tangga. Apa yang dilihatnya ialah Umar yang sedang duduk bersahaja di ruang tamu tanpa melakukan apa-apa.
Uwais tersenyum lebar lantas berlari ke biliknya dan turun ke bawah dengan membawa sesuatu.
"Baba! Jom teman Aish main!" ujar kanak-kanak itu sambil menunjukkan beberapa barang mainan di tangannya.
Umar merenung tajam ke dalam wajah Uwais. Uwais pula menarik lembut tangan Umar untuk bermain dengannya.
"Eish! Pergi la main sana! Sibuk betul!" Umar menengking Uwais.
Wardah yang mendengar jerkahan Umar itu terus keluar dari dapur untuk lihat apa yang terjadi. Uwais terus berlari memeluk tubuh Wardah dalam ketakutan.
"Kenapa ni? Kenapa awak marah-marah?" soal Wardah kepada Umar dengan nada lembut.
Umar hanya menjeling sekilas ke arah Wardah dan Uwais.
"Anak kau tu la! Menyibuk je..suruh dia main sana diam-diam." balas Umar kasar.
Wardah memandang Uwais dan terus mencangkung untuk menyamakan kedudukannya dengan Uwais.
"Aish..kenapa Aish kacau baba? Kan umi dah pesan kat Aish.."
Uwais mengesat air matanya sebelum membalas persoalan Wardah itu.
"Tsk..tsk..A..Aish nak ajak..ba..baba main je..tadi baba tak sibuk pun..Aish ingat pesan umi.." kata Uwais dalam esakkan dan sedu-sedan.
Wardah pula memandang Umar sekilas. Lantas, tangannya mengusap perlahan wajah Uwais.
"Dah-dah..tak mo menangis. Nanti kita main sama-sama okay? Umi nak masak sekejap..Aish main elok-elok dekat atas.." ujar Wardah selepas meninggalkan Uwais di hadapan tangga.
Umar hanya mendengar 'drama' yang disampaikan oleh dua beranak itu.
"Ceh, mengada betul.."
*****
"So, macam mana? Best kahwin?"
Umar hanya menunjukkan wajah menyampah dengan soalan itu.
"Best apanya? I rimas dengan diorang tu. Tak habis-habis menyusahkan i. I bosan duduk rumah tu..that's why i ajak you keluar ni.." jelas Umar.
Iris hanya melemparkan senyuman gedik.
"Itulah..you yang nak kahwin sangat dengan perempuan tu. Bila you nak start plan you ni? I tak suka la you lama-lama tinggal di dengan dia.." tanya Iris sambil membetulkan kedudukannya.
"Soon sayang..very soon.."
Senyuman sinis terbit di bibir Umar.
🌺🌺🌺🌺🌺
"Haih..esok dia dah mula kerja. Aku pun kena pergi kerja juga. Aish lagi kena hantar pergi taska..nak discuss dengan Umar, tapi dia macam tak berminat je nak bercakap dengan aku.." bebel Wardah sendirian.
Pada jam 9.43 malam itu, Wardah masih berada di hadapan televisyen untuk menunggu kepulangan Umar.
Vrooom..skrettt (bunyi kereta parking. Haha ko ada?)
Pintu dikuak dari luar dan automatik Wardah menoleh ke arah Umar yang sedang terhuyung-hayang itu.
"Eh..a..awak kenapa ni?" Wardah cuba mendekati Umar tetapi Umar menahan pergerakan Wardah.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...