Kandungan yang sudah mencecah 9 bulan itu diusapnya lembut. Kini, dia hanya perlu menunggu hari untuk melahirkan anak-anaknya.
Dekorasi bilik yang terhias indah dilihatnya dengan senang hati. Bilik yang dulunya diduduki oleh arwah Uwais akan disambung legasinya oleh bakal adik-adiknya.
Tersenyum lebar Wardah apabila teringatkan kisah yang berlaku semasa dia dan Umar menyediakan persiapan menyambut kelahiran putera dan puteri sulung mereka itu.
FLASHBACK
"Saya penatlah ikut awak jalan ni..ingatkan awak membebel je macam perempuan..rupanya kaki shopping juga."
Wardah mengeluh lantas memandang Umar yang sedang memegang erat tangannya sambil berjalan masuk ke kedai-kedai barangan bayi itu.
"Alaa..saya kenalah excited. Nak sambut baby so we have to prepare everything!" ujarnya teruja.
"Awak punya everything tu macam anak yang nak keluar ni ada 10 pula. Dahlah tu..kaki saya dah tak larat.." Wardah berhenti berjalan.
"Erm-yela-yela. Kesian dia dah penat..okay, jom kita balik. Tapi sebelum tu, ada nak apa-apa tak? Makan?"
Mata Wardah mula bersinar.
"Nak! Saya nak makan! Jom-jom kita makan dekat kedai makan yang kita lalu tadi. Saya tengok dia ada jual nasi ayam. Cepatlah awak!"
"Aik? Tadi kata penat. Ada sajalah awak ni.." Umar menggeleng kepala melihat ke arah Wardah yang sudah berjalan di hadapan.
*****
Segala plastik berisi barangan bayi itu diletakkan di atas meja di ruang tamu. Umar bersandar pada sofa itu oleh kerana terlalu penat.
"Awak.."
"Yes, dear?"
"Erm..awak dah ada nama ke untuk anak kita nanti? Saya tak ada idea lagi sebenarnya.." Wardah meneguk air botol yang ada di atas meja itu.
"Actually..
Botol bertukar tangan. Umar meneguk air itu sehingga licin lantas Wardah hanya mencebik.
"Saya dah ada nama. Tapi, tak sure awak setuju ke tak.."
"Bagitahu la dulu.." Wardah mengubah posisi duduknya.
"Untuk baby boy, saya cadangkan Umair Saufi and untuk yang girl, Ulya Sufi. How?"
Dagu diketuk perlahan sebelum memberi pandangan.
"Okay juga..menarik nama tu. Kalau ditambah nama awak kat belakang, panjang pula. Tapi, saya suka! Pandai juga awak ni ya.."
"I know..ni Umar la.." bongkak.
END FLASHBACK
Pergaduhan kecil antara mereka untuk memilih warna cat untuk bilik itu turut diimbas kembali. Umar mengatakan warna ungu cair lebih sesuai namun lain pada Wardah yang lebih berminat dengan warna hijau cair.
Akhirnya, bahagian atas dicat dengan warna hijau cair dan dibahagian bawah warna ungu. Fair and square.
"Umi tengah termenung apa tu? Baba ni tak ke mana pun la.." Umar berbisik di telinga Wardah dari belakang sambil mengecilkan suaranya.
"Ish awak ni..mana ada termenung. Cuma, teringat kenangan lama. Tak lama lagi nak pegang title umi balik..saya tak sabar sebenarnya tapi dalam masa sama nervous juga.." jujur Wardah.
"There is nothing to worry about sayang..i always there for you. Set in your mind that your husband will be together in the labour room to give you support."
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...